Permulaan
Arsenal dan Liverpool bermula dengan formasi 4-2-3-1. Krisis kecederaan sudah menjadi topik biasa untuk Arsenal. Mereka terpaksa menurunkan pemain seperti Holding di bek tengah.
Arsene Wenger menggunakan Sanchez sebagai false 9 sepertimana Klopp menggunakan Firmino.
Arsenal Menekan Liverpool Dengan Counterpressing
Arsenal bermula dengan baik dalam perlawanan ini. Pada separuh masa pertama mereka adalah pasukan yang lebih tajam dan lebih laju.
Counterpressing! Itulah yang dilakukan Arsenal. Mereka cuba memenangi bola di kawasan Liverpool di high block.
Bila ini berlaku, Liverpool agak panik dan sukar untuk membina asas/fundamental kepada gerakan mereka. Liverpool gagal untuk settle down hampir keseluruhan separuh masa pertama.
Iwobi dan Walcott mengekang Clyne dan Moreno di bahagian side back. Lihat sahaja bagaimana mudahnya Arsenal mendapatkan penalti dan juga mendapatkan gol apabila ada ruang ditinggalkan oleh Moreno.
Arsenal menghantar bola dengan cepat ke semua arah dan sektor. Mereka memiliki kekuatan teknikal bila bola di kaki pemain mereka. Liverpool agak hilang fokus kerana tekanan ini.
Sistem Midfielder Tengah LFC Agak Lemah Dalam Tugasan Defensif
Klopp tidak menggunakan pemain defensif di tengah. Di antara Henderson dengan Can, Emre Can lebih defensif. Tetapi Klopp memilih untuk tidak menggunakan DM yang lebih combatic. Namun, ini mungkin bayangan kepada sistem mereka di tengah musim ini.
Agak bercampur aduk penilaian di sini. Midfielder 3, Henderson-Lallana-Wijnaldun secara zonal dan posisi memang sangat berdisiplin dan sentiasa bergerak secara unit namun dari segi dirty work, agak lemah dan terlalu mudah diatasi oleh pemain laju seperti Walcott.
Klopp menggunakan 3 attacking minded central midfielder yang memiliki offensive minded. Bila diserang 3 CM ini akan drag back untuk mengecilkan ruang (space).
Unit midfielder 3 ini sudah cuba sedaya upaya untuk sentiasa dalam unit, namun apabila tiba ke situasi yang lebih memerlukan mereka melakukan tackles, mereka agak lemah dan pemain-pemain Arsenal bergerak bebas di sekitar back 4.
Secara zonal mereka memang teratur, tetapi mereka tidak ada kemampuan untuk bertindak lebih keras dalam melakukan dirty job.
Dengan bahagian kiri (Moreno), yang amat rapuh pada separuh masa pertama, unit ini banyak kali membantu di kawasan tersebut.
Arsenal Memanipulasi Kelemahan Moreno Dan Impak Oxlade Chamberlain
Dalam perlawanan ini, Moreno adalah tumpuan utama. Beliau memberikan Arsenal sepakan penalti. Namun ia diselamatkan Mignolet.
Tidak lama selepas itu, Moreno sekali lagi gagal mengawal Walcott dan ruang kosong beliau membolehkan Arsenal mendapat gol pertama.
Ia sudah cukup untuk Moreno diberikan arahan di bilik persalinan supaya lebih fokus kepada aspek pertahanan dan hanya menyerang bila pemain-pemain Arsenal drop deep.
Pendekatan Arsenal yang pressuring hard di high block adalah aspek yang sangat berisiko untuk beliau meninggalkan posisi.
Pada separuh masa kedua, aspek ini diperbaiki Moreno dan beliau lebih banyak berada di garisan rendah.
Pada separuh masa kedua, Arsenal lebih memberikan tumpuan di sebelah kiri seperti biasa. Pasukan ini memang terkenal dengan taktikal yang berpusat (centralized) di kiri, terutamanya jika ada Mesut Ozil.
Perubahan ini memberikan impak positif apabila Oxlade Chamberlain mendapat gol dari arah tersebut.
Kebanyakan peluang Arsenal juga adalah dari bahagian sayap kiri. Di bawah adalah chalkboard report untuk peluang yang dicipta oleh Arsenal.
Arsenal harus mengkaji semula Sanchez sebagai false no.9 selepas ini. Dalam perlawanan ini, Sanchez amat terhad sentuhan bola.
Pendekatan Liverpool Pada Separuh Masa Kedua
Arsenal bermain dengan sistem zonal marking yang berorientasikan bola. Maksudnya adalah, mereka akan mengikut arah bola. Ia juga pendekatan yang digunakan oleh Liverpool dalam perlawanan ini.
Sistem zonal marking seperti ini lebih kepada usaha untuk mematikan option /pemain yang menerima hantaran apabila hantaran dilakukan. Back 4 Arsenal dan Liverpool jelas kerap hilang fokus dalam zonal marking.
Di bawah ini pula adalah contoh pergerakan Arsenal dalam zonal marking berasaskan sistem yang sama, iaitu fokus kepada bola.
Sebab itu, aspek man marking oleh kedua dua dua pasukan ini tidak begitu ketat. Musuh utama zonal marking berorientasikan bola ini adalah, apabila ada pasukan yang mampu menggerakkan bola dengan baik dan laju serta boleh bergerak dalam ruang kecil (small space).
Di bawah ini adalah pergerakan daripada 19 hantaran bola untuk menghasilkan gol ke-3 oleh Coutinho.
Liverpool menggerakkan bola ke semua arah dengan cepat. Posisi Firmino, Mane dan Lallana lebih fluid. Firmino banyak beraksi di luar kotak penalti.
Ini kerana, mereka perlu memecahkan unit pertahanan Arsenal dari belakang. Liverpool berjaya menarik unit-unit dalam pasukan Arsenal dan memecahkan mereka dengan kelajuan yang ada pada Mane.
Penetration Liverpool pada separuh masa kedua sangat baik untuk memecahkan blok pertahanan Arsenal.
Ini adalah contoh formasi Liverpool dalam pressing tactic 4-2-4 dengan tidak ada pemain yang berada di zon target man. Mereka bergerak masuk dari luar untuk memecahkan blok rendah Arsenal.
Verdict
Karakter Liverpool pada separuh masa kedua adalah jauh berbeza dengan apa yang mereka persembahkan pada separuh masa pertama.
Arsenal memulakan perlawanan dengan sangat baik. Namun mereka agak sukar pada awal separuh masa kedua kerana tekanan yang kuat oleh Liverpool.
Liverpool harus memperbaiki isu bek kiri dan sistem defensive midfielder. Ia perlawanan pembukaan impian. 7 gol, 1 penalti diselamatkan dan gol gol yang menarik.
Serangan kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini sangat mengancam dan laju. Liverpool lebih kreatif dan mencipta lebih banyak peluang.
Tahniah Liverpool! – kerana memenangi perlawanan besar pada hari pertama.
Man Of The Match
Phillipe Coutinho (Liverpool)
Statistik