Kajian Analisis Sistem Midfield Croatia Dan Peranan Luka Modric.
Dalam perlawanan ini, kami telah mendapati pemain seperti Luka Modric dan Darjo Srna adalah pemain yang telah menjadi asas kepada perubahan taktikal Croatia.
[adrotate group=”2″]
Permulaan
Croatia turun dengan 4-2-3-1 dengan sistem target man yang bereputasi tinggi. Manakala Turki turun dengan formasi 4-1-4-1 yang banyak beorientasikan gerakan di sebelah kanan.
Fungsi Luka Modric
Luka Modric bermain dalam role yang sudah bertahun tahun dimainkan beliau sebelum Real Madrid adanya pure Defensive Midfielder, Casemiro.
Pada lampiran kertas formasi, beliau adalah pemain pivot dalam sistem double pivot. Namun yang menarik perhatian adalah, cara beliau bermain sebagai progressive deep lying midfielder.
Satu peranan yang seperti box to box tetapi Modric bukanlah pemain no.8 yang boleh bertarung secara fizikal bila bertahan.
Sebaliknya beliau menggunakan kebijaksanaan dan kecerdasan ketika menghapuskan build up pihak lawan dan juga menggunakan skil yang lincah, serta vision yang tinggi apabila terlibat di serangan.
Beliau juga menyumbang kepada 3 tackles yang sukses dalam perlawanan ini.
Dalam lampiran chalkboard di bawah anda boleh lihat sumbangan dan orientasi permainan Luka Modric dalam separuh masa pertama dan separuh masa kedua.
Ini adalah chalkboard report untuk separuh masa pertama
Dan ini pula laporan chalkboard Modric untuk separuh masa kedua.
Fungsi Darjo Srna
Dalam perlawanan ini, Darjo Srna adalah pemain fullback yang paling banyak melakukan serangan daripada wide area.
Analisis kami mendapati, ia adalah sebahagian daripada usaha untuk Croatia menolak Brozovic untuk masuk ke kawasan lebih narrow dan membolehkan mereka sentiasa ada 3 pemain untuk menerima hantaran silang (cross).
Secara teknikalnya,memang amat sukar mengharapkan cuma Mario Mandzukic untuk bersaing dengan duo center back Turki yang kuat secara duel.
Ini adalah penerangan secara lakaran, untuk taktikal Croatia yang berorientasikan sayap.
Ini adalah gambaran lebih visual, bagaimana Croatia meletakkan sekurang kurangnya 3 pemain di dalam kotak penalti apablia Srna beroperasi di wide area dan 3 nama yang sama terlibat dalam banyak situasi adalah Brozovic, Mandzukic dan Rakitic.
Perisic akan sentiasa memastikan sayap kiri ada pemain. Begitu juga yang dilakukan Srna apabila keadaan sebaliknya, iaitu, apabila operasi serangan dilakukan Perisic di sayap kiri.
Verdict
Penilaian akhir kami adalah, ia adalah hari yang sepatutnya Crotia boleh mendapat lebih daripada satu gol. Namun mereka gagal untuk melakukan lebih banyak cubaan bahaya yang lebih berkualiti.
Luka Modric dan Darjo Srna adalah 2 individu yang penting dalam memastikan pasukan ini berada dalam keadaan yang fluid sepanjang perlawanan ini.
Croatia bermain sangat sangat wide untuk perlawanan ini, mungkin kerana mereka tahu Turki akan bertahan kompak di kawasan gol.
Turki agak di bawah par dalam semua aspek termasuk aspek untuk mengekang plan taktikal Croatia ini. Mereka juga gagal mendapatkan output lebih baik daripada pemain seperti Arda Turan dan Hakan Calhanoglu.
Man of The Match
Kami memilih Luka Modric sebagai Man Of The Match dengan Statistik :
Cubaan Gol -1
Cubaaan Tepat – 1
Gol – 1
Hantaran Tepat – 88%
Tackles – 3/5
Statistik