Analisis Taktikal: Chelsea Tekankan Kestabilan Di Tengah, Liverpool Naikkan Intensiti

Chelsea dan Liverpool bertarung dalam ‘pusingan ke-2’ minggu ini. Kali ini dalam perlawanan liga yang berakhir dengan keputusan seri.

Klopp sebelum ini menyatakan beliau tak pernah lagi melihat perubahan DNA bola sepak sepantas apa yang dilakukan Sarri di Chelsea.

Chelsea kini semakin stabil untuk bermain dalam sistem yang dikehendaki Sarri. Jika sebelum ini Chelsea berhadapan dengan 2 pasukan high pressing. Berhadapan Man. City mereka dalam keadaan masih kurang bersedia.

Begitu juga ketika menentang Arsenal, kedua-dua pasukan masih bergelut dengan penerapan taktikal. Perlawanan Chelsea vs Liverpool ini adalah berbeza. Chelsea kelihatan sudah semakin stabil.

Sarri tekankan cengkaman di tengah

Sarri menyedari dalam perlawanan sebelum ini Liverpool akan menjadi sangat tajam jika bahagian tengah tak dibendung. Itu yang mereka lakukan ke atas PSG.

Di Stamford Bridge, Chelsea bermain dengan sistem 4-3-3 dengan mengekalkan Jorginho sebagai pivot.

Chelsea ternyata berjaya mengurangkan impak Liverpool di tengah. Namun Klopp sudah ada pelan di mana beliau menarik Firmino untuk ‘cover’ Jorginho yang menjadi sumber utama pertukaran arah hantaran Chelsea.

Hazard dan Kovacic menjadi 2 nadi penting Chelsea. Dan saya bersetuju dengan Lee Dixon, Kante jelas lemas dengan peranan no.8 apabila berhadapan dengan pasukan ‘possession hunger’ seperti Liverpool.

Kante adalah pemain no.6. Namun dalam sistem Sarri, no.6 utama adalah Jorginho.

Ini adalah heatmap Kante yang jelas tidak ‘panas’ untuk bertahan di kawasan half space.

Bandingkan pula degan Kovacic yang membantu meneutralkan Alexander Arnold.

Kovacic adalah pemain Chelsea yang paling cemerlang dengan hantaran yang banyak.

Sarri sedar akan Jorginho kali ini dibayangi (shadowed) oleh Firmino dan mereka memerlukan no.8 yang boleh menerima bola daripada bawah dan memainkan peranan sebagai ‘Jorginho’ kedua.

Heatmap: Firmino vs Jorginho

Chelsea serap tekanan Liverpool

Pada separuh masa kedua, Sarri lebih menekankan aspek menyerap serangan Liverpool. Ini kerana beliau sedar Jurgen Klopp akan menaikkan intensiti permainan yang memang dah tinggi.

Ya, separuh masa kedua, Chelsea lebih defensif namun bukan parking bas kerana statistik hantaran kedua-dua pasukan ini sangat gila. Chelsea melakukan 573 hantaran dan Liverpool dengan 642.

Anda boleh bayangkan yang pertarungan ini sangat laju. Sebuah pasukan yang menguasai bola akan melakukan hantaran lebih 500 kebiasannya. Statistik Chelsea itu dikira sudah menepatinya, namun tetap Liverpool melakukan lebih 640 hantaran.

Marcos Alonso diarahkan untuk tidak sesekali membenarkan Mohamed Salah masuk ke half-space. Begitu juga dengan di sebelah kanan, di mana Chelsea sedar akan ancaman Sadio Mane.

Kovacic dan Kante diarahkan untuk membantu mengentikan Trent Alexander Arnold dan juga Robertson. Ini kerana Sarri sedar, Hazard dan Willian tidak cukup untuk menghentikan ancaman apabila 2 pemain ini naik.

Dalam erti kata lain, Sarri tak mahu membukan ‘floodgate’ di bahagian halfspace kiri dan kanan.

Gol pertama Hazard adalah bukti di mana, hanya dengan 1 kelalaian secara taktikal, anda akan dihukum. Trent Alexander Arnold dan Mohamed Salah tidak membentuk platform pertahanan baik pada fasa ini. Ianya dimanipulasi.

Dan gol Sturridge pula bukti yang hanya dengan sedikit ruang diberikan Kante, Liverpool mampu menjaringkan gol.

Liverpool tetap memiliki beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol tambahan namun malangnya kali ini barisan serangan utama mereka agak tumpul.

Seterusnya, Sarri berjaya menjemput Liverpool masuk lebih jauh dan menyerang balas namun Alisson ternyata cemerlang menafikan tambahan gol Chelsea.

Serangan Liverpool

Kloppp mengeluarkan Mohamed Salah kerana pemain itu masih bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik beliau musim lalu.

Sistem Klopp adalah berasaskan penjaring gol utama daripada sayap iaitu Salah. Beliau kemudian memasukkan Sturridge untuk memastikan sistem itu dialihkan kepada no.9.

Kemasukan Xherdan Shaqiri memberikan impak yang baik dari segi distribusi. Pada fasa inilah Sarri berhadapan kesukaran untuk melaksanakan pelan tambahan.

Ini kerana Liverpool tidak memberikan ruang mereka bernafas. Kredit kepada bek berempat Chelsea yang sangat baik aksi mereka kali ini.

David Luiz memang tipikal bek tengah digemari sistem Sarriball. Dengan syarat dia kena on-form seperti malam itu. Fokus tinggi ketika bertahan yang dijadikan keutamaan.

Bukannya David Luiz yang kemaruk menyerang tetapi malas nak kejar balik.

Sarri kemudian menekankan untuk menghalang Liverpool bermain di zon 14 ataupun ruang di antara pertahanan dan pemain tengah.

Kualiti Liverpool dan intensiti skuad Klopp tetap membuatkan The Reds mampu untuk akses ke zon penting itu pada waktu tertentu.

Rumusan

Ini adalah pertarungan taktikal terbaik dalam EPL setakat ini. Kedua-dua pasukan sangat intensif dan sentiasa cuba melakukan gerakan pantas untuk menyerang.

Kualiti individu sangat penting untuk kedua-dua pasukan kerana secara taktikal, ini adalah perlawanan yang sukar.

Hazard berada dalam prestasi terbaik. Manakala Daniel Sturridge pula menikmati 2 gol canti dalam 2 perlawanan berturut-turut menentang Chelsea.

Secara asasnya sistem pertahanan kedua-dua pasukan berjaya mengekang serangan lawan dan tidak lupa juga penjaga gol kedua-dua pasukan yang cemerlang.

Begitu juga pada fasa serangan, kedua-dua pasukan memberikan masalah kepada lawan masing-masing.

Tamat perlawanan, Sarri menyatakan ini adalah keputusan seri yang adil. Walaupun beliau kecewa pasukannya tak dapat bertahan dalam beberapa minit lagi.

Dia menyatakan yang dia dan Klopp tersenyum puas pada wisel penamat kerana menghargai bola sepak cantik yang diperagakan di atas padang.

Saya tinggalkan anda dengan gambar ini yang menggambarkan bagaimana Sarriball cuba membina serangan daripada bawah dan gegenpressing cuba memenangi bola.

Pemain Chelsea cuba sedaya upaya untuk tidak panik dan mengekalkan corak taktikal mereka. Liverpool juga begitu, menekan lawan dengan gegenpressing yang sangat sistematik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN