Analisis Taktikal: Chelsea Gagal Membendung Intensiti Manchester City

Manchester City menang 0-1 di Stamford Bridge. Pep Guardiola mengekalkan corak high pressing seperti mana yang beliau janjikan kepada wartawan sebelum perlawanan ini.

Permulaan

Chelsea turun dengan formasi yang sama seperti mereka gunakan ketika menang ke atas Atletico, 3-5-2.

Manchester City pula turun dengan formasi 4-1-4-1 yang sangat fluid dan dinamik di dalam perlawanan ini.

Fluiditi Manchester City

Daripada 4-1-4-1, Pep Guardiola telah menarik Delph ke tengah dan Walker ke posisi bek tengah ketika membina serangan.

Sesuatu yang agak unik kerana sebelum ini Guardiola menjadikan Fernandinho sebagai bek ketiga ketika mereka berkembang sebagai unit menyerang.

Dalam perlawanan ini, Walker menjadi bek ketiga di sebelah kanan. Dan Sterling pula dijadikan pemain yang bermain seperti bek sayap.

Anda saksikan penjelasan di bawah ini.

(Tekan butang play pada fail gif)

Sistem ini secara tidak langsung mewujudkan 3-4-2-1 ataupun ke mod lebih ofensif 3-2-5.  Dengan jelas anda melihat Delph seperti bermain false fullback dalam sistem mereka musim lalu.

Lihat bagaimana Fernandinho turun dan bertukar posisi Walker. Walker ke tengah dan Fernandinho ke posisi ke bek tengah kanan. Fluid!

Ini adalah heatmap Delph dan juga laporan hantaran beliau.

Lihat pula jaringan hantaran mereka di dalam padang.

Intensiti Manchester City yang sangat tinggi ini menyukarkan Chelsea. Pada satu fasa Chelsea tak mampu keluar daripada blok rendah mereka.

Sistem serangan Conte tak berfungsi

Morata dan Hazard telah terpecah daripada organisasi (isolated). Musim lalu Chelsea banyak kali bermain dengan sistem bertahan di blok rendah dan melakukan serangan balas yang efektif.

Namun kali ini mereka gagal. Eden Hazard dan Alvaro Morata terasing di atas.

Lihat heatmap di bawah ini dan anda dapati gandingan Hazard dan Morata sangat lemah pengaruh mereka di dalam perlawanan ini kerana kurang menerima bola.

Selepas Morata dikeluarkan, saya jangkakan Conte akan memasukkan Batshuayi untuk mengekalkan sistem beliau. Namun Conte telah memasukkan Willian dan menolak Hazard ke garisan paling atas.

Willian tidak efektif bergandingan dengan Hazard. Chelsea jelas sangat memerlukan ‘target man’ seperti Morata yang telah menjadi salah satu sel penting dalam sistem taktikal mereka.

Conte gagal memperbaiki struktur serangan beliau walaupun 3 pertukaran beliau adalah pemain serangan. Ini adalah heatmap keseluruhan pemain Conte dalam perlawanan ini. Dan anda masih melihat lohong di sana.

Hubungan hantaran mereka juga lemah dan tidak ada kekuatan yang signifikan berbanding dengan Manchester City.

De Bruyne dan kekuatan di bahagian sayap Manchester City

De Bruyne jelas menjadi pemain yang memberikan City keputusan yang betul kerana, jika mereka seri, sudah pastinya mereka kecewa kerana bermain lebih baik. Pengaruh beliau di dalam padang sangat kuat.

Beliau telah memberikan dinamik serta kreativiti di bahagian tengah bersama-sama dengan David Silva.

Satu lagi perkara yang jelas adalah kekuatan City di bahagian sayap terutama sekali Raheem Sterling. Chelsea seringkali gagal untuk membentuk rantaian berlima dengan cepat kerana ancaman dari bahagian sayap yang terlalu laju.

Azpilicueta dan Alonso ternyata memiliki malam yang sukar. Displin pertahanan Chelsea tidak seperti tempoh hari. Blok tengah mereka gagal membentuk ‘trap’ seperti sebelum ini. Banyak hantaran City menghasilkan peluang bahaya namun mujurlah Courtois cemerlang.

Penilaian

3-5-2 Chelsea kali ini gagal! Pep Guardiola jelas sudah bersedia dengan pelan taktikal yang berkesan. Mungkin hype daripada kemenangan ke atas Atletico dengan 3-5-2 membuatkan Conte yakin formasi ini akan berkesan.

Beliau memiliki pemain seperti Pedro yang cergas tetapi dikorbankan kerana mahu kekalkan sistem 3-5-2 ini.

City menekan Chelsea dari awal dan cuba mengelakkan kesilapan ketika diserang balas. Hasil pelajaran mereka daripada musim lalu dengan Chelsea.

Conte gagal memperbaiki sistem beliau dengan pertukaran pemain yang kurang berkesan pada kali ini. Nampaknya, mungkinkah Chelsea akan kembali semula kepada 3-4-3 seperti sebelum ini.

Apa kata penyokong Chelsea, adakah anda rasa Chelsea harus kembali semula kepada 3-4-3 ataupun yakin dengan sistem 3-5-2. Kami mahu dengar pandangan anda di ruangan komen.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Kevin De Bruyne (Manchester City)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN