Perlawanan di antara Brazil dan Switzerland berakhir dengan 1-1. Dari segi kualiti pasukan ia dianggap satu kejutan. Dari segi ranking 2 pasukan ini adalah 10 teratas.
Brazil tidak decisive
Decisive yang dimaksudkan di sini adalah cepat dan tajam dalam melakukan tindakan seperti hantaran, penyudah serta gerakan. Apa yang berlaku adalah, mereka lambat untuk melakukan penyudah.
Mereka memulakan perlawanan dengan intensiti yang tinggi dan menekan Switzerland di kawasan tinggi. Namun perlahan-lahan dominasi yang tinggi itu diimbangi Switzerland.
Neymar terlalu individu
Kita semua tahu Neymar baru sahaja kembali daripada kecederaan. Beliau bermain dengan agak berisiko. Agak ‘provokatif’, seolah-olah sengaja menjemput pemain lawan melancarkan bentesan kepada beliau.
Neymar terlalu lama menyimpan bola dan tiada gerakan yang fluid. Penganalisis zonal marking merasakan ada simpton di mana apabila beliau bermain di PSG, Neymar mulai lebih kepada individu dan terlalu rendah semangat team player.
Di Barcelona beliau memang seorang penggelecek namun komitmen untuk bermain secara berpasukan lebih tinggi. Hal yang sama ditekankan kepada Draxler.
Michael Ballack berpendapat, Neymar tak boleh menyalahkan pemain lawan melakukan bentesan kerana tindakan beliau seolah-olah menunggu lebih ramai pemain mara kepada beliau.
Neymar terlalu mudah jatuh dan pada masa yang sama terlalu mudah dirapati (closing down) dan mahu menewaskan 5 pertahanan lawan secara berseorangan.
Kesannya, sistem serangan Brazil nampak pegun terutama pada separuh masa pertama. Apabila bola di kaki Neymar, pemain lain hanya menunggu apa yang Neymar akan lakukan.
Pada separuh masa kedua, aspek ini diperbaiki walaupun Neymar masih boleh dikira terlalu ‘fancy’. Valon Behrami diarahkan merantai Neymar dalam perlawanan ini. Beliau melakukan tugas dengan baik. Apabila Behrami dikeluarkan barulah Neymar lebih selesa.
Lihat sistem pertahanan Switzerland yang berasaskan tekanan antara pemain dengan Valon Behrami mengawal Neymar.
Gabriel Jesus boleh dikatakan ‘anonymous’ dalam perlawanan ini. Tidak melakukan sebarang percubaan tepat dan gelecekan berjaya.
Willian banyak melakukan ancaman sehingga ke byline namun hantaran silang beliau semuanya tidak berhubung dengan rakan beliau untuk menghasilkan gol.
Secara taktikal, Brazil boleh dikatakan terlalu individu. Gol mereka dihasilkan menerusi kehebatan individu (individual brilliance) oleh Coutinho yang memintas masuk (cut inside) dan melencongkan bola.
Switzerland agresif
Mereka tahu Brazil akan cuba bermain dengan teknikal, dan mereka sangat agresif. Mereka bertahan dengan menekan opsyen dan pemain Brazil secara 1 v 1.
Ketika menyerang mereka kelihatan bahaya kerana struktur pertahanan Brazil yang kurang perlindungan kepada pertahanan serta goyah.
Gol penyamaan Switzerland agak kontroversi namun ia adalah salah satu bukti, Brazil tak selesa dengan pendekatan agresif pasukan mereka.
Cara Switzerland cuba mengimbangi perlawanan ini sangat baik. Mereka tak panik. Mereka cuba bermain dengan tenang dan progres. Penjaga gol mereka cuba membina serangan dari bawah.
Pada awalnya Brazil memiliki penguasaan bola yang tinggi namun Switzerland dapat mengimbangi perlawanan ini sebelum masa pertama berakhir.
https://twitter.com/FTalentScout/status/1008438718296940544
Jika mereka lebih tajam dalam serangan balas, mereka boleh memenangi perlawanan ini.
Rumusan
Pemilihan pasukan dan pengurusan taktikal dalam perlawanan (in game management) oleh Tite boleh dipertikaikan. Sikap pemain yang ‘overplay’ adalah musuh yang mereka cipta sendiri mengurangkan kepantasan gerakan bola mereka.
Ini yang membuatkan mereka tidak cukup fluid dalam perlawanan ini. Berhadapan pasukan yang lebih defensif, anda perlu gunakan kepantasan dan permainan kombinasi yang banyak. Brazil sangat mampu melakukan perkara itu.
Apa relevannya Tite mengeluarkan Paulinho dan memasukkan Renato Augusto yang jelas seperti tak bersedia dalam perlawanan ini.
Paulinho adalah pemain yang paling komited untuk membantu pertahanan dan pada masa yang sama banyak melakukan serangan. Beliau lebih bahaya daripada Jesus dalam perlawanan ini.
Pemain tengah Beijing Guoan, Renato Augusto antara pemain yang tidak patut berada dalam padang. Beliau nampak belum cergas sepenuhnya selepas kecederaan lutut.
Seterusnya adalah, beliau terlalu lambat mengeluarkan Gabriel Jesus yang kurang impak dalam perlawanan ini.
Gabriel Jesus’ game by numbers vs. Switzerland:
0 goals
0 assists
0 shots on target
0 chances created
0/4 dribbles completed
53% pass accuracy💩💩💩 #BRA pic.twitter.com/dsqE2XHvO8
— Statman Dave (@StatmanDave) June 17, 2018
Neymar dan rakan-rakan perlu membuktikan kualiti mereka dalam 2 perlawanan selepas ini. Costa Rica dan Serbia bukan lawan yang mudah jika mereka tidak meningkatkan kualiti berpasukan.
Switzerland boleh dikatakan berpuas hati dengan keputusan ini kerana mereka tahu Brazil adalah pilihan utama dalam kumpulan ini.
Namun antara perkara positif dalam perlawanan ini untuk Brazil adalah Coutinho yang dilihat boleh bermain sebagai no.8 di peranan lebih ke bawah.
Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA
Coutinho (Brazil)