ANALISIS: Taktikal Berani Mati KPG Hasilkan Untung Besar Buat Malaysia

Piala AFF 2022

Malaysia meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala AFF 2022 apabila mudah menewaskan Laos 5-0 dalam aksi peringkat kumpulan.

Kemenangan ini meletakkan pasukan Harimau Malaya unggul memimpin kedudukan Kumpulan A setelah mengharungi dua perlawanan setakat ini.

Meskipun mencatatkan kemenangan selesa dalam perlawanan ini, Harimau Malaya dilihat bergelut untuk merobek benteng pertahanan liat dan degil pasukan Laos di separuh masa pertama.

Setiap kali pasukan negara memperoleh penguasaan bola, pemain-pemain Laos lebih selesa membiarkan sahaja pemain-pemain pertahanan Malaysia untuk mengawal penguasaan bola, sebaliknya mereka memberikan penumpuan untuk membentuk ‘mid-blocks’yang disusun dengan struktur 4-5-1.

Organisasi bertahan ini disusun penuh berdisiplin dan membantu pasukan Laos untuk meneutralkan ancaman pemain sayap Malaysia, terutamanya daripada Faisal Halim dengan memastikan ‘double markings’ sentiasa dilakukan untuk mengekang kemaraan pemain-pemain Harimau Malaya.

Di separuh masa pertama, setiap kali memperoleh penguasaan bola, salah seorang daripada ‘double pivot’, iaitu David Rowley atau Mukhairi Ajmal akan turun ke bahagian bawah untuk menyokong ‘back 3’ negara dalam aspek progresif permainan.

Kebanyakan hantaran-hantaran bola yang dilakukan secara ‘diagonal’ banyak bermula dari kawasan bawah, dengan sasaran utama adalah untuk mengeksploitasi ruang di bahagian belakang barisan pertahanan lawan, serta mencari sebarang bukaan ruang di antara mereka dalam usaha untuk mencetak jaringan gol.

Mukhairi sememengnya diakui mempunyai visi permainan serta ‘range’ hantaran yang baik, sekali gus dilihat berpotensi untuk menjadi ‘kunci bagi memecahkan blok pertahanan lawan yang disusun secara kompak dan berdisiplin.

Namun pemain muda Selangor tersebut dilihat bergelut untuk mengekalkan konsistensi hantaran-hantaran berkualiti, sekali gus menjadi salah satu faktor kepada perubahan taktikal yang drastik daripada Kim Pan-gon (KPG).

Penggantian pemain oleh KPG di separuh masa kedua 

Sebaik babak kedua bersambung, KPG melakukan dua pertukaran iaitu dengan memasukkan Brendan Gan dan Lee Tuck untuk menggantikan Mukhairi dan Shahrul Nazeem.

Namun, perkara yang mencuri tumpuan adalah peranan Gan yang memulakan permainan sebagai pertahanan tengah dalam sistem bek bertiga, serta menarik Sergio Aguero untuk bergandingan dengan Rowley di jentera tengah, untuk menolak Tuck bermain sebagai nombor sembilan pasukan.

Pertaruhan taktikal ini menjadi kunci kepada kejayaan Harimau Malaya untuk membebaskan pemain sayap mereka, sekali gus menambah ancaman di bahagian ‘wide area” menerusi hantaran-hantaran lintang berkualiti yang menghasilkan beberapa gol di separuh masa kedua perlawanan.

Struktur serangan Malaysia yang fleksibel. 

Berbeza dengan aksi di separuh masa pertama, gerakan serangan Malaysia di babak kedua perlawanan dilihat lebih efektif, serta tidak mudah untuk dijangka oleh pasukan lawan.

Situasi ini terjadi apabila terdapat unsur ‘flexibility’ dalam organisasi serangan pasukan, apabila struktur 3-2-5 yang menjadi sandaran utama berubah kepada 4-2-4 untuk mengelirukan pertahanan pasukan lawan dalam melakukan tugasan ‘markings’.

Ia sekali gus membolehkan pasukan Malaysia membebaskan pemain sayap seperti Safawi Rasid dan Nor Hakim Hassan untuk melancarkan hantaran-hantaran lintang berkualiti kepada rakan sepasukan untuk mencetak jaringan gol.

Suntingan gambar di atas menunjukkan detik-detik awal sebelum gol kedua Malaysia dijaringkan. KPG dilihat memberikan arahan kepada pemain pertahanan sisi di bahagian ‘strong side’ (pemain pertahanan sisi yang berada di kawasan bola) untuk melakukan ‘inverting’ bagi membolehkan pemain sayap kanan (Safawi) beroperasi di bahagian ‘wide area’.

Struktur serangan pasukan Malaysia kini menjadi 4-2-4, dan anda perhatikan kedudukan Fazly Mazlan yang berada di kawasan dalam (inverting) ketika Gan mengawal penguasaan bola.

Gan kemudiannya melepaskan hantaran kepada Rowley, dan sekali lagi anda boleh perhatikan kedudukan Shamie Iszuan (pemain pertahanan sisi yang berada di kawasan ‘strong side’) bergerak masuk ke bahagian dalam bagi membebaskan Safawi di bahagian ‘wide area’.

Kedudukan Shamie turut menarik perhatian pemain lawan untuk menutup ‘passing lanes’ dengan menyusun struktur bertahan secara ‘narrow’.

Namun tindakan tersebut membuka ‘passing lanes’ terhadap Safawi di bahagian ‘wide area’.

Serta memberikan Safawi ruang serta masa mencukupi untuk melakukan ‘cut inside’.

Serta menggunakan kaki kiri beliau yang dominan untuk melakukan hantaran lintang berkualiti kepada Faisal yang bijak merancang lariannya.

Sekaligus membantu Faisal menjaringkan gol kedua pasukan Harimau Malaya sambil diiringi sorakan ‘siuuuu’ daripada hampir 30 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gol ketiga pasukan Malaysia juga berpunca daripada susunan taktikal yang sama.

Malaysia menyusun struktur serangan mereka dengan struktur 4-2-4.

Kedudukan Fazly yang melakukan tugasan ‘inverting’ membuka ruang buat Hakim di bahagian ‘wide area.

Tuck yang dimasukkan di babak kedua permainan tidak memainkan peranan sebagai nombor 9 klasik, sebaliknya beliau lebih berperanan sebagai ‘false 9′ dengan kerap turun ke bahagian bawah untuk mencipta situasi óverloading’, serta mencipta situasi dilema buat pemain lawan untuk melakukan tugasan ‘markings’.

Menerusi gambar di atas, Tuck dan Hakim berpotensi mencipta situasi 2v1 di bahagian ‘wide area’.

Ini menyebabkan pertahanan kanan Laos terpaksa memilih sama ada untuk kekal di posisi asalnya untuk mengawal Tuck, atau bergegas keluar dari posisinya untuk memberi tekanan kepada Hakim.

Namun pemain pertahanan lawan lebih memilih untuk kekal di posisinya, sekali gus memberikan ruang buat Hakim.

Ini membolehkan beliau menyerang ruang tersebut serta melakukan hantaran lintang berkualiti ke arah ruang di antara penjaga gol dan barisan pertahanan Laos tanpa sebarang tekanan.

Ia sekali gus membolehkan Faisal menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini.

Keputusan untuk meletakkan Gan bermain di posisi ‘centre back’ ini ada kaitan dengan visi serta ‘long range passings’ berkualiti yang dimilikinya.

Kemampuan ini membolehkan Malaysia untuk lebih berani mengambil risiko untuk melancarkan hantaran-hantaran secara ‘diagonal’ untuk melepasi tekanan pemain lawan dengan lebih berkesan.

Gan turut memiliki kemampuan dalam aspek progresif permainan dengan melakukan ‘lines breaking run’, sekali gus menolak garisan permainan Malaysia untuk menjadi lebih tinggi bagi menekan pasukan lawan.

Penutup 

Penggantian pemain merupakan salah satu elemen taktikal yang mampu mengubah nasib sesebuah pasukan dalam sesuatu perlawanan.

‘Football is a chess game’ merupakan antara pujangga yang popular untuk menggambarkan situasi permainan itu sendiri, apabila setiap gerakan daripada pihak lawan akan mencetuskan reaksi daripada pesaing mereka untuk melancarkan tindakan balas dalam usaha untuk memenangi pertarungan secara taktikal.

KPG berjaya menunjukkan sisi ‘flexible’ serta keberanian mengambil risiko dalam perlawanan ini, sekaligus membawa nilai tambah buat kem negara untuk mengharungi saingan Piala AFF 2022 ini.

Vietnam menanti kita dalam aski seterusnya, dan perlawanan ini bakal menguji kemampuan sebenar pasukan Harimau Malaya untuk mengukuhkan reputasi sebagai salah satu pencabar utama kejohanan dwi-tahunan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN