Xavi Hernandez menyatakan yang Barcelona lebih bergantung kepada keupayaan individu dalam perlawanan ini berbanding dengan taktikal. Apa yang menarik, keupayaan individu yang ada pada pemain seperti Messi jelas memberikan perbezaan yang ketara.
Perlawanan berakhir 2-2 dan meneruskan lagi potensi mereka untuk menjadi invincible.
Permulaan
Barcelona turun dengan formasi 4-4-1-1. Manakala Real Madrid pula turun dengan formasi 4-3-3 dan bertahan dengan 4-4-2, BBC menjadi penggempur bertiga pasukan ini.
Intensiti Barcelona
Barcelona sangat bergantung kepada intensiti dalam perlawanan ini. Pada 10 minit pertama mereka menekan Real Madrid dengan sangat kuat dan intensif. Boleh dikatakan mereka tidak memberikan ruang kepada Real Madrid bernafas dan ‘settle down’.
Lionel Messi menguasai zon 14 dengan sangat baik. Manakala 2 pemain bek sisi mereka sentiasa menjadi ancaman tambahan di bahagian sayap. Real Madrid kerapkali ditewaskan di garisan pertahanan tinggi.
Namun selepas menjaringkan gol pertama. Mereka seakan-akan semakin merosot dari segi tempo. Pengulas perlawanan beberapa kali menggunakan perkataan ‘terlalu perlahan’, merujuk kepada permainan Barcelona terutama sekali selepas Real Madrid menyamakan kedudukan.
Ruang untuk Ronaldo
Dalam perlawanan ini, Barcelona bermasalah dengan kawalan ke atas Cristiano Ronaldo. Mereka kerap kali memberikan pemain ini ruang yang sangat selesa.
Ronaldo sangat menikmati separuh masa pertama dengan kemampuan beliau menewaskan pertahanan Barcelona dengan duel udara.
Barcelona juga bergelut untuk bertahan ketika hantaran lintang lawan.
Separuh masa kedua
Pada separuh masa kedua, Valverde memasukkan semedo dan mengorbankan Coutinho. Coutinho dan Bale dalam perlawanan ini diarahkan lebih defensif.
Bale lebih komited untuk turun bertahan berbanding dengan Coutinho dari segi duel dan teknikal bertahan. Mungkin sebab itu Coutinho dikeluarkan kerana Valverde tidak melihat kualiti pemain ini untuk bertahan dengan situasi 10 vs 11.
Apa yang berlaku pada separuh masa kedua, Real Madrid merasai kesan kehilangan Cristiano Ronaldo. Mereka hilang inspirasi dan motivasi.
Barcelona meningkatkan intensiti mereka berganda. Ini sudah biasa untuk pasukan yang kehilangan seorang pemain. Kekuatan teknikal yang ada pada Messi banyak membantu Barcelona di bahagian serangan.
Messi berterusan mencipta ruang, peluang dan menjaringkan gol kedua dalam perlawanan ini.
Isu yang jelas pada Real Madrid adalah, di bahagian kanan. Marcelo dan Asensio bergelut untuk membentuk kombinasi yang lebih berkesan. Mereka kerap kali ‘miscommunication’ dalam usaha untuk memanipulasi ruang.
Zidane terpaksa memasukkan Lucas Vazquez untuk menggandakan lagi ciptaan peluang. Real Madrid akhirnya kembali dengan pelan asal mereka iaitu dengan memperbanyakkan hantaran lintang.
Karim Benzema menjadi masalah Real Madrid kerana tidak menunggu di kawasan yang baik ketika hantaran lintang.
Penilaian
Real Madrid memenangi pertarungan taktikal pada separuh masa pertama. Apabila Barcelona tampil lebih teknikal pada separuh masa kedua, Real Madrid gagal memainkan taktikal mereka.
Barcelona bermain dengan ‘fast and furious’ football pada separuh masa kedua dengan berpkasikan Lionel Messi.
Real Madrid hampir tewas dan mujurlah mereka diselamatkan gol roket Gareth Bale.
Apa yang kita boleh pelajari, apabila anda tak mamou bersaing secara taktikal, kuatkan aspek teknikal dan komitmen.
Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA
Lionel Messi (Barcelona)