Tiada siapa yang boleh menyalahkan jika ada di kalangan penyokong Arsenal yang berkerut dahi dan mempersoalkan pembelian Takehiro Tomiyasu pada musim panas lalu.
Ini kerana Arsenal telah membawa beberapa pemain yang gagal menghadirkan impak, dan pada ketika Arsenal sendiri tanpa sistem bola sepak yang jelas. Disebabkan itu, kehadiran pemain antarabangsa Jepun yang didatangkan dari Bologna dengan tanda harga £15.5 juta dianggap sebagai satu lagi pembaziran.
Lagipu tidak mudah untuk mana-mana pemain dari Jepun beraksi di Liga Perdana Inggeris. Arsenal sendiri pernah memiliki pemain Jepun seperti Junchi Inamoto, Ryo Miyaichi, dan Takuma Asano. Tiada satu pun yang berjaya memberikan impak seperti yang diharapkan.
Ia mungkin tidak adil untuk melakukan penilaian sedemikian begitu awal. Bagaimanakah prestasi pemain ini selepas dua perlawanan bersama Arsenal? Mengapa Arteta memandang tinggi kepada pemain berusia 22 tahun dengan berketinggian 1.88 meter ini?
Dipandang tinggi Arteta
Debut Takehiro Tomiyasu bersama Arsenal hampir berakhir dengan momen sempurna apabila hantaran lintang oleh Kieran Tierney disambut dengan tandukan terbang oleh pemain antarabangsa Jepun itu. Sayang sekali bola sedikit melewati palang.
Ia mungkin cara istimewa untuk memulakan karier bersama Arsenal jika menjaringkan gol. Namun sentuhan penyudah bukanlah kualiti yang dilihat oleh Mikel Arteta ketika mendatangkan pemain ini ke Emirates.
Selain dari gerakan spektakular itu ada banyak aspek lain yang menarik perhatian daripada Tomiyasu.
Mikel Arteta on Tomiyasu: “Really positive – that’s the first impression when we met him, it’s all joy, happiness, smiles & good energy. The moment he steps on the pitch, he’s really focused & determined. He understands the role really well & I think he was really good.” #afc pic.twitter.com/2HEpDMqFgu
— afcstuff (@afcstuff) September 11, 2021
Pemain pertahanan 22 tahun ini adalah sebahagian daripada bahagian pertahanan berwajah baharu yang cuba dibentuk oleh Arteta di Arsenal selain penjaga gol Aaron Ramsdale, bek kiri Tierney, dan dua bek tengah iaitu Gabriel dan Ben White.
Hakikat Arteta terus meletakkan Tomiyasu terus ke dalam kesebelasan utama menentang Norwich pada minggu lalu, dan 90 minit perlawanan menentang Burnley jelas bukti kepercayaan yang dimiliki oleh pengend
ali dari Sepanyol itu terhadap Tomiyasu.
Tomiyasu tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan segera dengan persekitaran di Arsenal memandangkan beliau cekap berbahasa Inggeris. Ini bermakna komunikasi bukan masalah untuk beliau.
Kualiti milik Tomiyasu
Merupakan seorang bek kanan, Takehiro Tomiyasu juga berkemampuan untuk beraksi sebagai bek tengah sekiranya diperlukan.
Bukannya Arteta tidak mempunyai pemain lain di posisi sama sebelum ketibaan Tomiyasu. Tetapi pemain seperti Calum Chambers and Cedric Soares sebelum ini mengecewakan.
Stastistik Tomiyasu bersama Bologna pada musim lalu menjelaskan pemain itu tidak pernah melakukan kesilapan sehingga menyebabkan pasukan dibocori. Ia adalah aspek penting yang Arteta perlukan dalam membina kembali pasukan Arsenal.
Membawa masuk pemain seperti Tomiyasu bermakna Arteta berusaha untuk membentuk barisan pertahanan yang kurang melakukan kesilapan, sekaligus memberi lebih peluang untuk menang – walaupun dengan jaringan 1-0.
Perlawanan menentang Norwich
Buat masa ini, Arteta berjaya mendapatkan hasil yang beliau harapkan. Dalam perlawanan menentang Norwich, Tomiyasu beraksi selama 66 minit, sebelum digantikan oleh Emile Smith Rowe.
Dalam perlawanan tersebut, Tomiyasu memenangi tujuh perebutan bola di udara. Ia adalah jumlah tertinggi yang dilakukan oleh mana-mana pemain dalam perlawanan tersebut.
Dalam perlawanan itu, Tomiyasu turut berjaya melakukan dua clean tackle. Ia adalah statistik yang mengkagumkan mengambil kira ia adalah debut pemain itu.
Perhatikan heat-map di atas. Tomiyasu jelas membuatkan kehadiran beliau dirasai dalam perlawanan menentang Norwich.
Kebanyakkan sentuhan adalah di zon di mana ancaman paling bahaya boleh dicetuskan oleh penyerang lawan dari bahagian sisi. Ini bermakna Tomiyasu berjaya meneutralkan serangan lawan lebih awal, dan menjadi cover kepada Ben White di bek tengah.
Aksi cemerlang menentang Burnley
Selepas apa yang ditampilkan dalam perlawanan menentang Norwich, Tomiyasu mendapat kepercayaan penuh untuk beraksi selama 90 minit menentang Burnley di Turf Moor semalam.
Takehiro Tomiyasu for Arsenal against Burnley:
◉ 100% aerial duels won
◉ 100% duels won
◉ 79 touches (most)
◉ 5 total duels
◉ 5 recoveries
◉ 5 clearances
◉ 4 aerial duels
◉ 1 interception
◉ 1 tackleMikel Arteta and Pierre Emerick-Aubameyang were impressed. pic.twitter.com/bPq0lYEfIG
— Squawka (@Squawka) September 18, 2021
Dalam perlawanan pada malam tadi Tomiyasu merekodkan 100% kejayaan dalam aerial duels, merupakan pemain paling banyak melakukan sentuhan iaitu 79 kali sepanjang perlawnan, 5 recoveries, dan 5 clearances untuk membantu Arsenal menang 1-0.
Jika prestasi sama berterusan, maka pembelian Tomiyasu boleh dianggap sebagai antara pembelian paling berbaloi pernah Arteta lakukan di pasaran pemain untuk Arsenal.
Penutup
Tidak dinafikan aksi Tomiyasu setakat ini amat mengujakan. Namun itu tidak bererti pemain ini sudah menjadi pemain yang lengkap. Ujian sebenar nanti adalah ketika Arsenal berhadapan dengan pasukan-pasukan utama di Premer League.
Antara aspek yang perlu ditambah baik oleh Tomiyasu ialah kemampuan melakukan larian serangan yang lebih berkesan, dan teknik hantaran yang boleh menghasilkan assist untuk pasukan.
Perkara positifnya adalah beliau baru berusia 22 tahun. Kini terpulang kepada Arteta dan Arsenal untuk menjadikan Takehoro Tomiyasu mencapai potensi yang sepatutnya.