Analisis Taktikal: Arsenal Elakkan Pertarungan Di Tengah

Dalam perlawanan derbi utara London semalam Arsenal menang 2-0 ke atas Spurs. Satu aspek taktikal yang menarik adalah cara Arsenal mengelakkan untuk bertarung di tengah dengan Spurs.

Permulaan

Arsenal dan Spurs bermain dengan formasi yang sama iaitu 3-4-2-1. Wenger menggabungkan trio Ozil Sanchez dan Lacazette sekali lagi. Manakala Spurs menurunkan pemain yang separuh cergas, Harry Kane.

Arsenal memperbaiki counter-pressing

Dalam analisis kami sebelum ini, kami menerangkan bagaimana sistem counter-pressing Arsenal gagal berfungsi baik kerana mereka tidak menekan secara unit. Lihat gambar di bawah ini, ketika mereka menentang City

Di bawah ini menunjukkan sikap yang lebih positif daripada pemain-pemain Arsenal untuk melakukan pressing di garisan tinggi secara berpasukan.

Arsenal elakkan zon tengah

Sesuatu yang menarik dilakukan Arsenal dalam perlawanan ini, mereka cuba mengelakan pertempuran di tengah terutama sekali pada separuh masa pertama.

Mereka tahu Spurs ada kualiti pemain tengah yang sangat baik untuk menukarkan bola yang mereka rampas kepada peluang gol.

Arsenl berhadapan dengan beberapa isu melakukan kesilapan di tengah dan gagal untuk mematikan ancaman hasil daripada kitaran bola oleh pihak lawan.

Ini adalah laporan perlawanan untuk separuh masa pertama oleh Arsenal. Lihat heatmap oleh Arsenal yang jelas tidak berminat dengan aksi di bulatan tengah.

Pada separuh masa kedua, barulah Arsenal lebih banyak aksi di tengah dan Wenger memasukkan Coquelin untuk memastikan mereka ada pemain tambahan untuk bertahan di zon tengah.

Taktikal ini berjaya kerana mereka menyukarkan Spurs dengan gerakan lebih banyak di bahagian sayap. Sistem rantai berlima Spurs ketika bertahan kurang mantap.

Ini adalah laporan passmap Arsenal yang tidak banyak menuju terus ke Sanchez ataupun Ozil.

Isu taktikal Spurs

Ketika menyerang, Serangan bertiga Spurs tidak mampu berhubung dengan lebih baik. Harry Kane terputus daripada rantaian taktikal.

Seterusnya, Spurs berhadapan dengan isu kreativiti. Mereka kurang mencipta peluang dalam perlawanan ini. Mereka juga berkali-kali diserang balas oleh Arsenal dan gagal mematikan serangan itu.

Mujurlah Arsenal tidak menambah lebih banyak gol hasil daripada serangan balas. Di bawah ini, anda boleh lihat passmap Spurs yang jelas menunjukkan rantaian di antara Ali-Kane dengan pemain lain terputus.

Penilaian

Arsenal berhak menang dalam perlawanan ini. Mereka pasukan yang lebih baik dan memiliki keinginan untuk menang yang lebih tinggi.

Spurs masih perlu memperbaiki rekod mereka menentang pasukan big 6 walaupun mereka sebelum ini menang besar ke atas Liverpool.

Pertaruhan Pochettino meletakkan pemain yang tidak cergas sepenuhnya, Harry Kane juga memberikan impak kepada pasukan.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Mesut Ozil

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN