Analisis Taktikal: 4-4-2 Diamond Zidane Berfungsi Baik Menentang Juventus

Zinedine Zidane memang menggemari 4-4-2 diamond (berlian) di dalam formasi taktikal beliau. Dalam perlawanan menentang Real Madrid di Turin, Real Madrid turun dengan formasi tersebut dan menang 3-0 di tempat lawan.

Permulaan

Real Madrid seperti dijelaskan di perenggan atas, turun dengan 4-4-2 berlian. Manakala Juventus turun dengan formasi 4-4-2/4-4-1-1 dengan Dybala berada di belakang Higuain.

Peranan Isco

Dalam perlawanan ini, Isco diberikan peranan no.10 tipikal sayap tengah (central winger). Anda boleh baca penjelasan tentang peranan ini di dalam pautan yang kami kongsikan di bawah ini:

Mengenali Peranan Pemain Sayap Tengah (Central Winger), Baka Moden No.10

Fleksibiliti pada Isco dan keupayaan untuk menjana dinamik dari posisi no.10 memang banyak membantu Real Madrid.

Di bawah ini adalah lakaran taktikal untuk Isco bagaimana dia akan bergerak ke kawasan sayap dari tengah dan membolehkan Modric dan Kroos untuk menggunakan ruang di belakang Benzema Ronaldo.

Kroos dan Modric akan membekalkan sokongan dari belakang (depth) setiap kali Isco meninggalkan zon tersebut.

Platform inilah yang membolehkan mereka mencipta gol pertama.

Ini adalah laporan heatmap Isco yang jelas di merata tempat.

Kestabilan Real Madrid

Sistem berlian 4-4-2 memang diwujudkan untuk mendominasi bahagian tengah. Itu yang akan memberikan kestabilan. Mereka ada Modric yang boleh menjadi pemain no.6 kedua apabila perlu begitu juga dengan Kroos.

Fleksibiliti di tengah itu membolehkan mereka stabil secara berpasukan. Casemiro berjaya berkawal dengan baik di tapak berlian (base of the diamond) mereka.

Ini laporan posisi mereka. Kotak merah adalah Real Madrid. Anda akan dapati, sebelum isco dikeluarkan pada minit ke-75, Zidane mulai menurunkan intensiti untuk lebih bertahan dengan 4-5-1 dan memecahkan diamond mereka.

Sebelum itu mereka konsisten dengan sistem bentuk berlian ini. Selepas minit ke-75, Isco dikeluarkan anda lihat sendiri taburan posisi mereka.

Di serangan peranan Benzeman juga memainkan peranan penting untuk mencipta ruang kepada Ronaldo. Beliau berupaya menolak dan menarik pertahanan lawan secara taktikal (bukan tarik orang) keluar daripada zon mereka.

Sementara di bahagian sayap, mereka ada 2 pemain bek sisi yang sangat ofensif. Carvajal dan Marcelo sangat banyak aksi di serangan.

Paling menarik, Marcelo beberapa kali beraksi sebagai false fullback ataupun inverted fullback. Satu posisi di mana bek sisi bermain di zon dalam half-space ataupun tengah.

Idea ini lebih menjadi apabila Real Madrid ada kelebihan seorang pemain mereka di unit tengah. Juventus beraksi dengan 4-4-1 selepas Dybala dibuang padang.

Marcelo membekalkan sokongan di tengah dan bersedia untuk melakukan larian dari dalam dalam sistem ini.

Beliau menjaringkan gol ke-3 menerusi penglibatan aktif beliau di barisan serangan di kawasan lebih ke dalam.

https://twitter.com/JogaBonito_USA/status/981264319492100096

Ini pula statistik untuk Marcelo:

Adakah Juventus bermain teruk?

Sudah tentu tidak. Mereka memulakan perlawanan dengan baik. Ketika ketinggalan 1 gol, mereka memberikan respon yang sangat positif terutama sekali pada awal separuh masa kedua.

Masalah mereka adalah beberapa siri kesilapan pertahanan yang membuatkan mereka bolos. Jaringan pertama jelas sekali bukan karakter pertahanan Juventus yang kita kenal. Pemain hilang tumpuan ketika diserang dari sayap.

Gol kedua adalah kesilapan pertahanan yang membuatkan Ronaldo mengitar semula bola di kawasan bahaya dan hampir dihukum. Real Madrid kekalkan penguasaan bola di atas dan Ronaldo menyudahkan hantaran yang agak ‘lari’ daripada sasaran dengan aksi akrobatik.

Semua gol spektakular dengan aksi akroabatik memang biasanya kerana hantaran yang agak ‘lari’. Keupayaan teknikal yang tinggi membolehkan bola dihubungkan dengan pemain.

Gol ke-3 adalah sekali lagi kesilapan pertahanan yang gagal mengeluarkan bola dan terlalu mudah untuk dilepasi dalam unit yang ramai.

Rumusan paling tepat untuk Juventus adalah, mereka gagal menyempurnakan tugasan di hadapan dan hilang karakter serta disiplin apabila bertahan. Dybala melakukan kad kuning pertama yang merugikan.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA

Cristiano Ronaldo (Real Madrid)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN