Dalam perlawanan pertama Liverpool bermain dengan sistem 4-3-1-2 walaupun di atas kertas kelihatan seperti 4-3-3.
Liverpool menterbalikkan kelebihan 3 gol Barcelona dengan kemenangan 4-0 di Anfield.
4-3-3 Liverpool
Klopp berhadapan dengan masalah kecederaan pemain utama untuk perlawanan ini. Barcelona pula merehatkan kesemua pemain utama dalam aksi liga untuk memberikan kesegaran kepada para pemain bagi perlawanan ini.
Dalam perlawanan pertama, masalah utama Liverpool adalah penyudah. Mereka tampil dengan aksi yang sangat baik. Boleh dikatakan kekalahan pada perlawanan pertama itu agak kejam dengan keputusan 3-0 kerana magis Messi pada 15 minit terakhir.
Jadi, Liverpool hanta perlu mencari sedikit penyelesaian tambahan kepada masalah mereka selain daripada isu ketajaman di hadapan gol. Dan Klopp kembalikan pasukan ini kepada 4-3-3.
Kali ini segalanya diperbaiki. Dan Klopp kembali kepada sistem biasa Liverpool iaitu 4-3-3. Bermain seperti mana mereka biasa bermain. Mereka akan cuba bertahan dengan 4-5-1 sekiranya gegenpressing mereka diatasi.
Cuma kali ini sudah pastilah lebih kerja keras dan intensiti disuntik di dalam permainan mereka.
Dengan sistem 4-3-3 mereka membolehkan pemain seperti Sadio Mane, Robertson, Arnold, Fabinho dan Van Dijk memahami dengan jelas gaya permainan mereka tanpa eksperimentasi false 9 dengan Wijnaldum.
Sadio Mane banyak menghadirkan ancaman dalam perlawanan ini. Dan Van Dijk, Robertson serta Trent Alexander Arnold melakukan tugasan rutin mereka untuk membantu serangan apabila perlu – Van Dijk membantu dengan keupayaan beliau ‘playmaking’ dari bahagian bawah.
Liverpool sangat cepat ‘overloading’ zon serangan dan juga zon bola. Dalam bola sepak, jika anda mewujudkan kelebihan numerical di sesuatu zon, anda akan memiliki kelebihan. Namun ia perlu dilakukan dengan baik.
Lihat analisis video ini menjelaskan bagaimana Liverpool overloading dan juga melakukan ‘fast break’ yang sangat intensif. Persetankan risiko serangan balas daripada Barcelona.
https://twitter.com/FootyAnalysis19/status/1125986019046825985
Barcelona tidak klinikal
Penyakit tumpul ini seakan-akan berpindah kepada Barcelona. Mereka beberapa kali memiliki peluang keemasan untuk mendapatkan 1 gol dan Liverpool perlu jaringkan 5 gol.
Jordi Alba misalnya, memilih untuk melakukan ‘cut back’ kepada Messi dan pemain itu melakukan sentuhan ekstra yang dikeluarkan oleh Matip.
Luis Suarez juga secara tak langsung membuatkan Liverpool masih di separuh akhir dengan kegagalan menewaskan Alisson dalam situasi 1 lawan 1.
Liverpool fokus kepada bertahan di garisan tinggi. Dan mana-mana pasukan yang bermain dengan sistem ini berhadapan Barcelona pasti akan terdedah dengan larian tanpa bola mengatasi garisan akhir.
Berbeza dengan Liverpool, skuad The Reds sangat klinikal dalam perlawanan ini. Divock Origi dan Wijnaldum menjaringkan gol menerusi 2 percubaan mereka miliki.
Barcelona bercelaru
Dalam perlawanan ini Barcelona ada 3 kelebihan gol. Valverde jelas sekali terganggu dengan pelan taktikal beliau. Dalam kedudukan agregat 1-3, Valverde boleh memilih untuk mengetatkan lagi pertahanan.
Mereka ada opsyen lebih baik daripada Liverpool untuk bertahan dan menyerang menerusi serangan balas. Ini kerana secara ofensif, gandingan Messi dan Suarez kali ini agak longgar. Mereka tetap ada momen yang tertentu untuk menjaringkan gol namun secara kombinasi, perlawanan pertama lebih baik.
Secara berpasukan, Barcelona kurang sedikit berbanding Liverpool. Namun mereka tetap ada ancaman daripada kualiti teknikal. Jordi Alba misalnya, beliau menjadi punca kepada gol Liverpool namun secara ofensif beliau antara pembekal utama bola kepada serangan.
Mourinho menegaskan gol ke-4 Liverpool bukti Barcelona sudah hilang fokus teruk dalam perlawanan ini. Tiada seorang cuba ‘shield’ garisan hantaran hantaran rendah. Biasanya ada seorang pemain akan menekan satu zon untuk mengelakkan keadaan seperti itu berlaku.
Sistem tengah Liverpool
Liverpool ‘menanam’ Fabinho sebagai pemain no.6 yang sangat defensif. Beliau tidak akan masuk ke zon serangan Barcelona seperti kebiasaannya. Fabinho banyak sekali mematikan serangan balas Barcelona dalam perlawanan ini.
Manakala Henderson dan Milner/Wijnaldum pula diarahkan untuk ofensif seperti biasa.
Selepas buntu untuk melepasi Fabinho, Barcelona lebih banyak mengaktifkan serangan daripada bahagian sayap. Mereka memasukkan Semedo untuk menambahkan lagi kepantasan di sayap.
Fabinho's game by numbers vs. Barcelona:
100% aerials won
90% pass accuracy
63 touches
10 recoveries
4 tackles
3 fouls won
1 interceptionWorthy of a 'VVD Bump'. 😅 pic.twitter.com/8WlUNmBCz1
— Squawka (@Squawka) May 7, 2019
Namun apa yang berlaku Barcelona sukar mengawal penguasan bola. Pasukan seperti Barcelona, apabila tidak banyak bola di kaki mereka, mereka akan bermasalah untuk bermain permainan kombinasi.
Squad depth
Agak pelik untuk menyatakan Liverpool membekalkan squad depth lebih baik dalam perlawanan ini berbanding Barcelona. Sudahlah pemain penting mereka cedera dan pemain penting di atas padang pula – Robertson terpaksa dikeluarkan.
Namun Liverpool berjaya mendapatkan impak menerusi pemain simpanan mereka iaitu Gini Wijnaldum. Manakala Barcelona gagal mendapatkan impak daripada kesemua pertukaran yang mereka lakukan.
Kemasukan Wijnaldum menjadikan beliau sebagai penyerang kedua di belakang Origi. Nampaknya, peluang bermain false 9 kurang menjadi minggu lalu memberikan sedikit pengalaman berguna kepada pemain ini untuk memperbaiki aspek ‘poaching’
2 gol Wijnaldum adalah tipikal daripada no.9. Pertamanya adalah dengan sentuhan yang ringkas tetapi berkesan. Yang kedua adalah beliau menyerang bola (attack the ball) dengan tepat.
Rumusan
Secara umumnya kami merasakan Jurgen Klopp melakukan kerja rumah tambahan selepas perlawanan pertama. Manakala Ernesto Valverde hanya memikirkan kecergasan pemain dan tidak mengubah apa-apa taktikal daripada perlawanan pertama.
Valverde sepatutnya sedar dalam perlawanan pertama Liverpool sudah melakukan banyak ancaman kepada mereka. Kredit kepada Ter Stegen, Pique dan Vidal yang banyak melakukan penyelamatan saat akhir kepada mereka. Mungkin beliau berpandangan Liverpool bermain dalam tekanan dan mereka akan mendapat 1 gol pemusnah yang membawa kepada gol ke-2 dan ke-3.
Untuk Jurgen Klopp, secara taktikal dan formasi beliau kembali kepada asas Liverpool 4-3-3 musim ini. Cuma beliau menaikkan intensiti untuk bergerak segera dan lebih ‘direct’. Jika anda menyaksikan perlawanan ini, anda akan perasaan Liverpool sangat direct dalam mengambil keputusan untuk melakukan percubaan gol serta menghantar terus bola ke hadapan.
Robertson dan Trent Alexander Arnold antara pemain yang menampakkan ada arahan agar terus tembak ke arah gol. Dalam modennya gaya permainan Liverpool diselit dengan minda tradisional. Mereka juga bermain dengan target man dalam perlawanan ini. Origi tidak diarahkan bermain sebagai floating attacker.
Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA
Alisson Becker (Liverpool)
Pastinya pedih nak memilih sama ada Alisson ataupun Trent Alexander Arnold. Tetapi kami anggap ini pilihan peribadi kami tanpa menafikan pilihan anda.
Don't sleep on Alisson's contribution to Liverpool's amazing comeback. ✋🚫 https://t.co/BdjfdAMNTv
— Tropikal (@mukaraamani) May 8, 2019
Alisson melakukan 5 saves dan 3 daripadanya adalah big saves untuk menafikan gol tempat lawan Liverpool.
https://www.youtube.com/watch?v=g2P4YPKFWE4