England mara ke suku akhir selepas menang 4-3 dalam penentuan penalti. Ini selepas perlawanan terikat 1-1 untuk 120 minit.
Sistem permainan England
Asasnya mereka bermain 3-5-2 dan membentuk 3-2-3-2 pada fasa serangan. England tiada masalah dengan binaan serangan daripada bawah dan di tengah.
Namun masalah utama mereka apabila sampai ke final third, mereka terus hilang arah. Raheem Sterling terlalu lama menyimpan bola. Kesannya, apabila tiba di zon serangan mereka tidak ada produk akhir.
England harus mempercepatkan pergerakan dan hantaran bola untuk memecahkan blok kompak dan agresif tersebut.
Dele Alli sekali lagi tidak berada dalam prestasi terbaik dalam perlawanan ini. Jese Lingard gagal untuk mendapat ruang yang beliau inginkan di dalam padang kerana Colombia sangat agresif dan kompak.
Bola mati England
England tetap memiliki DNA bola mati yang bahaya seperti mana yang sudah sinonim dengan mereka.
Setiap kali situasi bola mati, Colombia sangat sukar untuk mengawal mereka walaupun mengenakan kawalan 1 vs 1 di antara kesemua pemain.
England memaksa Colombia melakukan kesilapan dan melepaskan sepakan penalti. Sekali lagi mereka menjaringkan gol daripada penalti yakni disebut juga situasi bola mati.
Mereka menggunakan pendekatan fizikal (muscular approach) tanpa rasa takut. Bagi saya ia sangat berisiko lebih-lebih lagi dengan adanya VAR.
Colombia merosakkan permainan England
Dalam perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini England sudah menunjukkan mereka ada masalah dengan permainan agresif ataupun keras daripada pasukan lawan, ketika menentang Tunisia.
Perlawanan menentang Belgium pula jelas mereka tidak berminat untuk menang.
Colombia jelas berjaya merosakkan taktikal England pada perlawanan ini. Mereka bermain untuk mengganggu tempo pasukan England dengan apa jua cara sekalipun.
Falcao dan Cuadrado menekan John Stones dan Walker daripada melakukan hantaran kunci ke atas. Manakala Quintero diarahkan melekat pada Henderson untuk menutup sumber hantaran pembunuh utama England.
Mereka kehilangan pemain penting, James Rodriguez yang cedera. Mungkin sebab itu mereka merasakan mereka kalau boleh mahu mengheret perlawanan ini ke penentuan penalti dan cuba mengharapkan pemain seperti Falcao mendapat satu momen magis untuk mereka.
Colombia selesa menyerap asakan di bawah dan tidak mengenakan tekanan kepada England di kawasan lawan.
Apa yang pasti, Colombia mengenakan permainan yang keras dan agresif. Ini membuatkan England jelas tak selesa. Taktikal mereka ini boleh membuatkan mereka hilang seorang pemain.
Ketika serangan, Colombia bergantung kepada 2 atau 3 pemain sahaja untuk melakukan serangan balas. Sukar untuk mereka memberikan sokongan kepada rakan kerana mereka berada terlalu ke bawah ketika bertahan.
Falcao tidak mendapat bola di zon serangan kerana England terlalu mudah mematikan ancaman Colombia. Cuadrado tidak berada dalam prestasi terbaik dalam perlawanan ini.
Jika England mengancam dari situasi bola mati, Colombia ada Yerry Mina yang sangat bahaya daripada ancaman sepakan penjuru. Beliau menjaringkan gol minit akhir sekali lagi daripada situasi bola mati.
Rumusan
Perlawanan ini adalah perlawanan yang tidak terlalu taktikal. Colombia fokus kepada merosakkan struktur England. Manakala England tidak selesa dengan pendekatan keras pasukan Colombia.
Southgate pastinya harus risau dengan keadaan ini. Ini kerana untuk menjadi juara dunia, sesebuah pasukan itu harus bersedia berhadapan dengan pasukan yang menggunakan pendekatan ‘roburst’ sepanjang 90 minit.
Colombia agak mengecewakan kali ini kerana kita mengharapkan mereka bermain seperti mana mereka kerap lakukan iaitu cuba bermain dengan taktikal lebih ofensif dan lebih banyak bermain bola di kaki.
Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA
Yerry Mina (Colombia)
Yerry Mina's #WorldCup game by numbers vs. #ENG:
91% pass accuracy
78 touches
58 passes
10 clearances
5 aerial duels won
1 chance created
1 shot
1 goalThe first defender to score three headers at a World Cup tournament. pic.twitter.com/RrJBCxyoJS
— Squawka (@Squawka) July 3, 2018