Analisis Taktikal: Kelantan 0-2 Pahang

Prestasi buruk Kelantan di halaman sendiri berterusan apabila tewas 0-2 kepada Pahang dalam perlawanan Liga Super semalam.

Selepas tewas 1-2 dalam perlawanan Pantai Timur derby menentang Terengganu pada minggu lepas, kekalahan terbaru ini bermakna Azraai Khor masih belum mencatat kemenangan sejak mengambil alih tugas ketua jurulatih daripada George Boateng.

Kesebelasan utama Kelantan

Meskipun ura-ura bertiup kencang mengatakan Isaac Pupo dan Emmanuel Kenmogne bakal diganti dengan 2 pemain import baru, Azraai Khor tetap menurunkan 2 pemain tersebut.

Erwin Carillo hanya bertahan 20 minit sebelum diusung keluar kerana kecederaan. Beliau diganti oleh Khairul Izuan.

Kelantan vs Pahang - Football tactics and formations
Kesebelasan utama Pahang

Seperti yang dijangka, pemain naturalisasi dari Australia Matthew Davies membuat kemunculan pertama dalam Liga Super di posisi bek kanan. Tetapi kejutan terbesar adalah keengganan Zainal Abidin Hassan untuk menggunakan Fauzi Roslan di sayap kanan.

Sebaliknya Azidan Sarudin diletakkan di sayap kanan dan Zesh Rehman – seorang pertahanan tengah sepanjang kariernya – bermain di posisi midfield tengah bersama Hafiz Kamal.

4-4-2 vs 4-4-2

Secara umumnya jika dua pasukan yang bermain dengan formasi yang sama dan sistem yang sama, kemenangan akan berpihak kepada pasukan mana yang mempunyai pemain yang lebih bagus. Dan inilah tema utama perlawanan ini. Dickson Nwakaeme lebih bagus berbanding Emmanuel Kenmogne. Zesh Rehman yang tidak bermain di posisi kegemarannya kelihatan berada di satu tahap berbeza berbanding Isaac Pupo.

Pada separuh masa pertama, Kelantan menguasai majoriti perlawanan dengan sekali-sekala Pahang mengancam melalui larian sayap kiri R. Gopinathan. Berbanding Pahang yang lebih direct, Kelantan lebih tenang ketika memegang bola. Pertahanan mereka tidak membuat hantaran jauh. Sebaliknya mereka menunggu Badhri Radzi untuk turun mengutip bola dan membiarkannya merancang serangan.

Pahang adalah Pahang. Pertahanan mereka dibenarkan membuat hantaran jauh ke bahagian sayap dan sekelip mata mereka dapat menyerang. Dengan Dickson Nwakaeme di hadapan, Pahang dapat menyerang dari tengah dan tepi (sayap).

Baca: Adakah Zainal Abidin Hassan Menjadikan Stoke City Sebagai Rujukan Taktikal Pahang?

Serangan Kelantan terencat di sayap kiri

3

Pengulas perlawanan di TV3 menyalahkan ketumpulan penyudah Khairul Izuan sebagai punca Kelantan ketinggalan 0-1 di sebalik dominasi mereka. Tetapi selain Khairul Izuan, tiada pemain Kelantan yang benar-benar berbahaya. Ada puncanya.

Setiap kali Wan Zaharulnizam mendapat bola di sayap kiri dan mula menyerang, beliau cenderung untuk cuts inside (melakukan larian dari sayap dan masuk ke tengah). Ini normal bagi pemain sayap kiri yang berkaki kanan. Tetapi yang menjadi masalahnya adalah ketiadaan larian sokongan daripada bek kiri, Noor Hazrul.

Akibatnya Kelantan kehilangan width (keluasan) pasukan mereka ketika menyerang. Mereka berkumpul di tempat sama, sedangkan mereka perlu ‘membuka ruang’ ketika menyerang. Apabila Wan Zaharulnizam cuts inside, beliau akan menjadi buntu, tidak mempunyai banyak pilihan selain cuba melakukan link-up play dengan Kenmogne. Menentang backline Pahang langsung tidak memberikan ruang dibelakang mereka, melakukan link-up adalah kerja sukar. Kebanyakan link-up play Kelantan di sayap kiri berakhir dengan mereka kehilangan bola.

Matthew Davies memberi apa yang Saiful Nizam tiada

11130109_880317192028976_3872881447763189191_n

Jika dilihat permainan Matthew Davies semalam, beliau berkebolehan untuk melakukan larian sokongan di bahagian sayap kanan. Inilah apa yang tidak dapat diberikan oleh Saiful Nizam dan Shahrizan Salleh: larian sokongan ketika pemain sayap mereka memegang bola.

Larian sokongan Matthew Davies membolehkan Azidan Sarudin membawa bola dan membantu tugas Dickson Nwakaeme di kawasan tengah. Width (keluasan) pasukan dapat dikekalkan dan Azidan tak perlu bermain seperti pemain sayap walaupun diarahkan bermain di sayap kanan.

Kekuatan set-piece Pahang

2

Setiap kali set-piece, 4 pemain import Pahang akan menyerang. Pasukan yang normal akan meletakkan 4 pemain mereka untuk mengawal 4 pemain import Pahang ini. Tetapi Kelantan tidak.

Entah bagaimana situasi 5v4 boleh berlaku dalam situasi set-piece – kami tidak tahu. Apa yang kami tahu adalah: situasi sebegini tidak sepatutnya berlaku.

Hasilnya Pahang berjaya menjaringkan gol melalui tandukan Damion Stewart yang langsung tidak dicabar sesiapa.

Separuh masa kedua

Pada separuh masa kedua, semuanya masih sama. Kelantan masih tidak mungubah apa-apa. Tempo permainan mereka masih perlahan, Noor Hazrul masih tidak berani membuat larian sokongan kepada Wan Zaharulnizam (dan Fitri Omar yang menggantikan Wan Zaharulnizam) dan paling utama; Emmanuel Kenmogne dan Isaac Pupo masih bergelut untuk memukau penyokong Kelantan.

Seperti yang kami beritahu sebelum ini, Azidan yang bermain di sayap kanan cenderung untuk membawa bola ke tengah. Pada minit 55′ beliau menghantar bola ke Nwakaeme. Hantaran beliau tidak berbahaya kerana Nwakaeme tidak berada di posisi bahaya. Tetapi kualiti Nwakaeme sendiri boleh menukar situasi tidak berbahaya kepada situasi berbahaya.

4

Menerima hantaran daripada Azidan, Nwakaeme melepasi kawalan 3 pemain Kelantan untuk memusingkan badannya 180 darjah sebelum melepaskan rembatan luar kotak penalti yang cantik. Pahang mendahului 2-0. Disinilah beza kualiti Nwakaeme dan Kenmogne. Mereka bermain di posisi dan mempunyai tugas yang sama (sokong penyerang utama) tetapi kualiti mereka sangat berbeza.

Selepas ketinggalan 0-2, barulah Noor Hazrul mula membuat larian sokongan di sayap kiri. Kelantan kembali menguasai perlawanan tetapi Pahang sudahpun bertahan secara kompak ketika ini, hanya membiarkan Matias Conti berseorangan di hadapan. Kenmogne berjaya mendapat satu lagi peluang ketika Kelantan mendominasi perlawanan tetapi beliau gagal menyudahkannya. Seperti yang kami tulis sebelum ini; kualiti Kenmogne tidak diterjemahkan dalam perlawanan ini.

Kesimpulan

Ketika ini, Azraai Khor mempunyai tugas berat untuk menjustifikasi pemilihannya sebagai pengganti George Boateng. Seperti ketika kekalahan Kelantan kepada Perak dalam Liga Super, Kelantan mendominasi perlawanan tetapi gagal menang. Kegagalan taktik mungkin boleh dijadikan alasan kekalahan tetapi kualiti pemain import juga perlu diberikan perhatian oleh KAFA.

Kelantan perlu sibuk membeli-belah pada bulan ini jika mereka mahu memelihara status Liga Super mereka pada musim depan.

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sumber gambar: TV3, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN