Penganalisis bebas Zuraimi Zukri tampil dengan analisis beliau berkenaan dengan ketiadaan panggilan untuk Natxo Insa.
Sebaik sahaja keluar senarai 26 pemain untuk latihan kebangsaan bagi persiapan akhir sebelum ke Piala AFF, ramai mempersoalkan di mana Natxo Insa?
Adakah relevan peminat mahu tahu kenapa Natxo tak dipanggil sedangkan beberapa pemain lain ada dalam senarai.
Analisis
Natxo (899) OUT, Syameer (62) IN
Ternyata Syameer lebih baik dari Naxto dari kaca mata Tan Cheng Hoe. Dengan hanya bermain selama 62 minit sepanjang 3 bulan-Ogos,September, Oktober, Syameer telah layak secara merit untuk menyarung jersi keramat Harimau Malaya.
Dalam satu statistik yang dikeluarkan sebelum ini lebih 400 pemain yang mencecah 1,000 minit keatas sepanjang musim ini (termasuk import, hampir 50 import).
Saymeer tidak capai 500 minit ataupun separuh musim sekalipun.
Buat masa ini, nak tak nak, Tan Cheng Hoe hanya mempunyai satu nama untuk dijadikan pemain tengah utama dari kelab JDT, Natxo Insa.
Pada permulaan musim JDT mampu memberi minit lebih kepada pemain tengah tempatan seperti Afiq Fazail dan Safiq Rahim.
Kehadiran Fernando Elizari pada jendela perpindahan tengah musim menjadikan 3 pemain tengah JDT adalah import, mujur Naxto berjaya di ‘copy local’.
Elizari awalnya dianggap Longhi sebagai pengganti Diaz, namun ternyata pemain itu adalah no.8 ataupun box to box. Dan mereka memberikan ruang kepada Safawi Rasid untuk menggantikan Diaz.
Bagaimana Tan Chang Hoe melihat Syamer Kutty, pemain 62 minit dalam tempoh 3 bulan/10 perlawanan sudah layak berada dalam kumpulan pemain yang bagi menggalas cabaran Piala AFF?
Malahan lebih kritikal pemain 62 minit ini di eksperimen jadi pemain utama ketika bertemu Kyrgyzstan.
Hanya Tan Cheng Hoe dan rakan-rakannya tahu. Saya tidak tahu.
Yang saya tahu saya mahu melihat Naxto. Secara asasnya, Tan Cheng Hoe memilih pemain yang bergelut menjadi pemain ke-2 di posisi tengah dalam pasukan JDT mengatasi pemain utama JDT yang membantu pasukan menjuarai Liga Super 2018.
FAM kekal tiada ‘method’ jelas dalam memanggil pemain, jurulatih di liga mungkin kehilangan ‘guide’ untuk memberi peluang dan membekalkan pemain mereka.
Berikut dilampirkan data cap ayam saya yang mana 50 tapak jauh lebih rendah dari FAM, 7 pemain lokal yang bermain sepanjang musim, yang mana Tan boleh panggil.
Pada masa sekarang ini kita bercerita tentang pemilihan skuad ‘provisional’ yang akan ke Piala AFF. Itupun kita langsung tak ada panik dengan pemilihan pasukan utama.
Tan Cheng Hoe masih melakukan petik dan buang pemain melibatkan kuantiti yang ramai pada fasa ini.
Sedangkan pasukan yang membuat persiapan Piala Dunia, dalam fasa terakhir ini, mereka sudah lama memiliki pasukan utama dan hanya menggantikan beberapa pemain atas sebab teknikal seperti kecederaan ataupun ada sebab drastik.
Didier Deschamps misalnya, beliau terpaksa mengeluarkan Martial daripada senarai kerana beliau perlu memilih pemain yang sudah ada dalam senarai utama beliau berbulan-bulan lamanya sebelum Piala Dunia.
Pada 2016/17 Deschamp memberikan amaran agar Martial sedar akan minit perlawanan beliau yang rendah. Dan pemain itu berjaya mendapat banyak minit pada 2017/18 walaupun kerap hadir dari bangku simpanan.
Bukannya minit seperti yang dimiliki Syamer Kutty.
Namun alasan Deschamps adalah beliau perlu pemain yang boleh bermain bahagian sayap dan no.9. Martial tak efektif bermain sistem sayap Perancis yang lebih klasik.
Memang akan ada pemain yang kurang minit dibawa sebagai tambahan depth kepada pasukan atas kapasiti tertentu. Cuma dalam kes antara Natxo dan Syamer Kutty ini ianya sukar untuk kita fahami.
Dalam kenyataan FAM semalam, Tan Cheng Hoe akan umumkan skuad akhir beliau selepas aksi antarabangsa menentang Maldives. Dan kita masih tiada skuad bayangan yang jelas.