Analisis Gerrard dalam program BT Sports memberikan analisis beliau tentang persaingan 4 teratas EPL.
Gerrard yakin bahawa Chelsea, Spurs dan Manchester City sudah memiliki 3 slot tertas. 1 lagi tempat akan menjadi persaingan di antara Liverpool, Manchester United dan Arsenal.
Beliau meramalkan Liverpool akan mendapat tempat ke-4 itu melayakkan diri ke pertandingan UEFA Champions League (UCL) tanpa Manchester United dan Arsenal!
Kedudukan Liga Perdana Inggeris setakat ini menyaksikan Liverpool berada di tangga ke-3. Skuad berpengkalan di Merseyside itu punyai kelebihan 6 mata berbanding Arsenal di tangga ke-5.
Manchester United kembali menghuni tangga ke-6 selepas sekadar seri dalam dua perlawanan terakhir minggu ini tadi.
Bagaimanapun, Liverpool bermain lebih 2 perlawanan berbanding Arsenal dan United kerana tidak lagi beraksi dalam kempen Piala FA pada separuh kedua musim ini.
Keputusan seri yang mengecewakan ramai pengikut The Kopites ketika menentang Bournemouth dikatakan dilihat antara yang membantut keupayaan pasukan menamatkan saingan liga di tangga empat teratas musim ini.
Tetapi Gerrard punyai pandangan tersendiri dan tetap optimis!
“Saya berpendapat Manchester United dan Arsenal akan terlepas empat kedudukan teratas musim ini,” kata lagenda Liverpool tersebut kepada BT Sport.
Manchester United tetap memiliki talian hayat tersendiri jika terlepas slot tempat ke-4. Mereka dilihat berpeluang cerah untuk menjulang Europa League jika mengekalkan prestasi cemerlang mereka dalam cup competition.
Gerrard berpendapat kekalahan Manchester City kepada Arsenal pertengahan minggu yang lalu bermakna satu mata berharga untuk Liverpool ketika menentang Bournemouth.
Selepas mengharungi 31 perlawanan, Liverpool berada di tangga ke-3 liga, hanya dua mata di atas Man City di tangga ke-4.
Gerrard yakin Liverpool boleh kekal sebagai salah satu pasukan yang akan ke UCL setelah Liga Perdana Inggeris menamatkan saingan pada minggu ke-38.
Lagenda Arsenal, Thierry Henry turut menyokong hujah The Gunners bakal terlepas slot tempat ke-4 musim ini.
Henry berkata:
“Arsenal sentiasa menjadi pasukan yang kuat untuk berada dalam 4 teratas, namun kali ini saya melihat situasi berbeza.”
Gerrard ramal Guardiola akan cemerlang
Gerrard juga berpendapat bahawa Pep Guardiola akan cemerlang bersama Manchester City bila tiba masanya.
“Anda boleh perhatikan bagaimana reaksi Pep sepanjang perlawanan tersebut”.
“Kita boleh lihat betapa emosi dan kecewanya Pep ketika diwawancara sebelum dan selepas perlawanan berlangsung”
“Dia melihat banyak perkara dan keperluan di Manchester City. Dia ingin membawa pasukan ini untuk terus maju, tetapi ia dibayangi oleh kekecewaan beliau”
“Saya berpendapat Pep Guardiola cuba memberitahu kepada pemilik kelab bahawa dia memerlukan mungkin lima atau enam pemain baru untuk membawa kelompok pemain sedia ada untuk mara ke depan.”
“Itu yang cuba disampaikan oleh Guardiola ketika sidang media beliau.” tambah Gerrard lagi.
“Perancangan Pep Guardiola akan menjadi di Manchester City. Tetapi dia perlukan pemain-pemain baru tersebut”.
Liverpool akan berkunjung ke Stoke City pada hujung minggu ini tanpa Sadio Mane yang tercedera dalam perlawanan menentang Bournemouth.
Dalam perlawanan hari yang sama malam ini, Hull City akan berkunjung ke Etihad bertemu anak buah Pep Guardiola. Totenham Hotspurs akan menanti kunjungan Watford di White Hart Lane.
Bournemouth akan menerima kunjungan Chelsea di laman sendiri dan pasti nekad untuk meneruskan rentak cemerlang tanpa kalah dalam 5 perlawanan terakhir aksi liga.
Manchester United pasti ingin membuang badi seri dua perlawanan dengan kunjungan ke Stadium of Light, bertemu kelab di kedudukan terbawah liga, Sunderland.
Arsenal turut ingin mencatatkan kemenangan untuk membuka kembali peluang beraksi di UCL musim hadapan.
Berkunjung ke Selhust Park pada awal pagi Selasa waktu tempatan , Crystal Palace bukanlah ujian yang mudah untuk anak buah Arsene Wenger.
Baca juga: Jersi Kelab Divisyen 4 Brazil Ini Tukar Nombor Pemain Kepada Tanda Harga!