Analisis Rusia 2018: Taktikal 3-5-2 Southgate & Peranan Bek Sayap England

Banyak yang boleh diperkatakan mengenai skuad England, terutamanya dari segi perubahan taktikal sejak Gareth Southgate mengambil alih jawatan pengurus The Three Lions pada 30 November 2016 yang lalu.

Setahun setengah diberikan masa untuk Southgate untuk membentuk sebuah England Baru; menggantikan England yang sering dilabel sebagai ‘gagal’ di pentas antarabangsa.

Cabaran England

Dimalukan oleh Iceland dua tahun yang lalu di Euro 2016, harus dijadikan pengajaran kepada England ketika berhadapan dengan Panama yang melakukan debut dalam kejohanan ini.

Namun lebih sukar buat England ialah Belgium yang turut dibarisi senarai pemain yang bukan asing di kalangan pemain England sendiri.

Satu lagi pasukan yang mampu menjadi kuda hitam di dalam Kumpulan G ialah Tunisia. Sebarang unsur kejutan pasti tidak dialukan oleh England.

Salasilah sistem England

Ketika mengemudi England melalui pusingan kelayakan ke Rusia, Gareth Southgate menggunakan formasi 4-3-3/4-5-1 yang kemudiannya berubah menjadi 4-2-3-1.

Namun di dalam tempoh itu, dua perlawanan telah mengubah persepsi dan falsafah bola sepak Southgate untuk England.

gareth southgate, england
Pengurus England, Gareth Southgate. Foto: Getty Images.

Pertama, ialah ketika England seri 2-2 menentang Scotland di Hampden Park. Harry Kane menjaringkan gol pada lewat perlawanan sekaligus menunjukkan karakter sebagai calon kapten di masa hadapan.

Namun dalam perlawanan tersebut, Southgate jelas tidak gembira dengan bagaimana pasukannya membina serangan dari bahagian bawah. Beliau turut kecewa dengan prestasi Chris Smalling.

Penyerang Tottenham dan England, Harry Kane. Foto: Getty Images.

Dalam perlawanan menentang Perancis selepas itu, tiada lagi nama Smalling, dan sistem empat pertahanan  turut diubah kepada sistem bek bertiga, yang turut memiliki dua bek sayap di bahagian tengah.

England tewas kepada Perancis 3-2 dalam perlawanan tersebut. Namun formasi 3-5-2 membenarkan England lebih efektif ketika membina serangan dari bawah. Sejak daripada itu, 3-5-2 adalah asas kepada taktikal skuad senior England termasuklah menuju aksi Piala Dunia 2018.

3-5-2 England yang lebih mirip 3-3-2-2.

3-5-2 Gareth Southgate

Bagaimana taktikal di dalam sistem 3-5-2 Gareth Southgate berfungsi untuk skuad England?

Disebabkan skuad England ini tidak memiliki seorang deep lying playmaker yang berkualiti seperti Luka Modric (Croatia), Toni Kroos (Jerman), ataupun Corentin Tolliso (Perancis), sistem 3-5-2 Southgate mirip kepada formasi 3-3-2-2 di atas kertas.

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Jordan Henderson dan juga Eric Dier adalah pemain tengah yang bagus. Namun dua pemain ini tidak memiliki kualiti dan profail sebagaimana tiga pemain di dalam perenggan di atas.

Ruben Loftus-Cheek turut menyerlah dalam beberapa perlawanan bersama England, namun faktor pengalaman menjadikan pemain tengah Crystal Palace ini sebagai pilihan ketiga di belakang Henderson dan Dier.

Empat pemain penyerang berada di hadapan.

Kelebihan utama sistem 3-3-2-2 Southgate ini ialah ianya membenarkan sehingga empat pemain untuk berada di bahagian tengah hadapan ketika fasa serangan.

Lakaran di atas adalah ilustrasi kepada posisi dan formasi England. Sudah tentu, Southgate turut mempunyai pilihan untuk merubah posisi pemain dengan meletakkan Rashford bersama Kane, dan Sterling digandingkan bersama Dele Alli misalnya.

3-3-2-2 England ini turut bersandarkan kekuatan serangan dari kedua-dua belah bek sayap.

Perhatikan corak serangan England ketika melancarkan serangan. Ketika bek sayap kanan yang dijangka akan diberikan peranan kepada Kieran Trippier ataupun Trent Alexander-Arnold, empat pemain menyerang England bersedia untuk menyerang bola yang akan dihantar.

Perhatikan juga posisi Young yang memberikan sokongan di width area. Perkara sama turut berlaku ketika serangan dilancarkan oleh England dari bek sayap kiri.

Gerakan bek sayap dari arah kiri.

Melalui lakaran di atas, akan ada sentiasa ada empat pemain England bersedia melakukan larian, sambil disokong oleh seorang lagi bek sayap dari arah bertentangan.

Sistem ini memaksa pasukan yang bertahan menggunakan sistem empat pertahanan sentiasa mengikuti pemain England menggunakan man marking. Ia sekaligus memberikan ruang yang luas kepada bek sayap England untuk melakukan ancaman.

Kepentingan bek sayap

Di dalam sistem 3-5-2 Gareth Southgate, bek sayap mempunyai peranan yang besar dalam serangan skuad The Three Lions.

Southgate akan sentiasa mengarahkan kedua-dua bek sayap untuk berada di garisan atas serangan pasukan.

Seperti yang diperkatakan tadi, kedua-duanya memberikan sokongan di bahagian width area.

Bukan itu sahaja. Gerakan kedua-dua bek sayap turut membuka ruang kepada dua pemain di bahagian hadapan ruang untuk dieksploitasi sepertimana lakaran di bawah.

Di dalam lakaran di atas, Young berjaya menarik perhatian bek kanan pasukan lawan, sekaligus memberikan ruang untuk dieksplotasi oleh Sterling.

Kelemahan dan penyelesaian Southgate

Berdasarkan kualiti pemain tengah yang dimiliki, bermakna kawasan tengah adalah kelemahan paling ketara skuad England.

Ini bermakna England harus mengelakkan sebarang jenis ancaman dari kawasan tersebut.

Southgate menyedari perkara ini dan mewujudkan dua rumus untuk mengatasi kelemahan tersebut.

Pertama, barisan pemain hadapan England seperti Lingard, Rashford, Sterling, Kane ataupun Alli diarahkan untuk melakukan pressing di garisan atas serangan.

England melakukan pressing secepat mungkin untuk memenangi kembali penguasaan bola.

Ini adalah untuk membolehkan England memenangi bola secepat mungkin di kawasan lawan. Ia mirip kepada peraturan ‘6 saat’ yang diterapkan oleh Guardiola bersama Manchester City.

Untuk mengekalkan bentuk yang kompak di bahagian atas sepanjang 90 minit perlawanan adalah mustahil.

Jika lawan berjaya mengelakkan pressing daripada England, Southgate turut mengarahkan anak buahnya untuk bertahan.

Ketika mengubah transisi serangan dari 3-3-2-2 kepada sistem bertahan, England akan pantas membentuk formasi 5-3-2. Taktikal sebegini akan mewujudkan sistem yang kompak di antara dua blok pertahanan di bahagian tengah.

Turut menarik perhatian kami ialah peranan Kyle Walker sebagai pemain bek tengah. Peranan Walker di dalam sistem Southgate adalah mirip kepada peranan beliau di bawah kendalian Guardiola sebagai seorang ‘modern full-back’ yang tidak rigid berada di posisi pertahanan sahaja.

(Photo by Erwin Spek/Soccrates/Getty Images)

Di EPL, Tottenham Hotspur dan Manchester City adalah dua pasukan yang cemerlang menggunakan sistem yang mirip kepada England.

Maka tidak hairanlah jika ada yang mengatakan taktikal Mauricio Pochettino dan Pep Guardiola adalah asas kepada taktikal Southgate bersama England.

Pemain tumpuan

Marcus Rashford dan Harry Kane adalah dua pemain tumpuan di dalam skuad England untuk memastikan badi di kejohanan utama tidak berulang.

(Photo by Mike Egerton/PA Images via Getty Images)

Namun jika taktikal pasukan yang diberi keutamaan, dua bek sayap England adalah kunci kepada sejauh mana kemaraan England di Rusia nanti.

Sasaran realistik

Penyokong England sering dikecewakan dengan pencapaian pasukan kebangsaan mereka di pentas antarabangsa.

Maka tidak hairanlah ramai yang agak skeptikal dengan kemampuan pasukan pilihan Southgate ini.

(Photo credit should read ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images)

Sasaran realistik ialah untuk England mara sehingga ke suku akhir. Namun sebelum itu, mereka harus melepasi saingan peringkat kumpulan, terutamanya dariapada Belgium untuk laluan yang lebih mudah di pusingan kedua.

Penutup

Di pertandingan antarabangsa peringkat usia, England cemerlang muncul juara Piala Dunia B-20. Begitu juga dengan skuad B-17 negara berkenaan dalam kejohanan peringkat umur yang sama.

Mampukah skuad senior The Three Lions mencapai keputusan membanggakan di Rusia?

 

 

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN