Sistem diamond Melaka adalah tumpuan utama kami dalam analisis kali ini.
Permulaan
Selangor kekal dengan sistem 3-4-3. Manakala Melaka bermain dalam sistem 4-1-2-1-2 dengan bentuk berlian di tengah. Anda juga boleh sebut ia sebagai 4-4-2 diamond.
Sistem diamond Melaka
Formasi berbentuk berlian adalah untuk mendominasi tengah. Ketika bertahan ia akan mewujudkan perlindungan 3 pemain di atas bek berempat.
Ketika menyerang ia memberikan sokongan pemain penyerang ke-3 (3rd man attacker/running system) dan juga sokongan berbentuk mifielder 3 kepada 2 penyerang utama.
Rajah 1
Jom fahami label kepada pemain tengah dalam sistem diamond/berlian.
Ini adalah gambaran sokongan yang boleh diberikan oleh kaki, sisi dan mata berlian (base, side, spear) ketika menyerang.
Rajah 2
X adalah label posisi ketika bertahan, mereka mewujudkan perlindungan ke 3 sektor untuk mengunci ruang di celah-celah bek berempat.
Y pula posisi sokongan oleh unit berlian ini ketika menyerang. Y yang dibulat merujuk kepada diamond spear/bucu berlian yang dimainkan Amri Yahyah dalam perlawanan ini.
Gerakan (biru) mewakili cara dia bekerja dalam sistem 3rd man running. Ia adalah peranan terapung ataupun floating role. Sangat fluid.
Amri Yahyah bermain sangat baik dalam sistem 3rd man running attacking midfielder/no.10.
Beliau memberikan sokongan kepada 2 penyerang di atas ke kanan dan kiri. Pertukaran aktif posisi beliau dengan Aguero adalah kerana Melaka mahukan Spasojevic lebih kerap di dalam kotak penalti.
Ini yang membuatkan serangan Melaka banyak ke sebelah kiri. Amri dan Aguero seperti sudah bertahun bermain bersama.
Amri akan cuba menyusup masuk sebagai penyerang tambahan ke peranan ala no.9. Itulah 3rd man running attacker.
Sukar untuk Selangor mengenakan kawalan man to man. Kerana ia adalah floating role/terapung. Gambar di bawah ini menjelaskan kenapa ia digelar peranan terapung
A adalah garisan pertahanan paling bawah. B adalah garisan pemain tengah ketika bertahan. Anda lihat gerakan Amri di sekitar 2 sempadan tersebut.
Jika ada pemain di bek berlima Selangor cuba pick up Amri, ia akan mewujudkan manipulasi ruang di belakang. Jadi, sukar untuk mengenakan kawalan pemain.
Sistem ini membuatkan pemain tengah dan bek bertiga Selangor kerap celaru/confusion dalam mengawal floating attacker.
Kelemahan sistem diamond Melaka
Namun kelemahan sistem diamond Melaka ini adalah tidak stabil dari segi rantaiannya. Ia kerap terpecah. Pemain diamond kerap gagal bertahan dan menyerang dalam unit.
Ia memang tipikal masalah kebanyakan pemain Malaysia. Suka menjadi penonton apabila melihat rakan menyerang sebab merasakan mereka OK dan tidak perlukan sokongan setiap masa.
Ia silap. Walaupun anda menyerang dalam situasi 5 vs 3, anda perlu untuk memberikan sokongan.
Kesannya, Melaka tidak cukup bagus untuk recover possession dan circulation. Mereka lebih kepada, 1 build up untuk 1 serangan. Ia tidak ada tekanan kuat untuk memenangi bola semula.
Ini sampel diamond mereka tidak stabil dan gagal regroup ketika bertahan.
Satu lagi kelemahan adalah cara 2 sisi diamond (Syed Sobri dan Ezril) bermain ketika menyerang. Mereka cenderung untuk ke wide area. Ia tidak perlu kerana mereka menggunakan sistem yang ala attacking 3.
Sepatunnya bek sisi yang membekalkan width pasukan. Apabila sisi diamond ke wide area. Ia akan menjadikan bahagian tengah kosong (loop hole). Loop hole itu yang kerap dimanipulasi Selangor.
Ini adalah contoh diamond midfield model Ancelotti di AC Milan ketika menyerang.
Taktikal direct football Selangor
Selangor sekali lagi berhempas pulas dengan isu sokongan di antara pemain di atas dan di bawah. Banyak gerakan mereka berasaskan unit yang kecil.
Di kanan sekali lagi animasi pasukan ini lebih baik kerana Syahmi bermain sistem bek sayap sebenar manakala Raimi masih bermain peranan bek sisi (fullback).
Anda boleh rujuk analisis perlawanan pertama mereka di sini. Ianya sangat mirip dengan situasi dalam perlawanan pertama tersebut.
Sistem serangan mereka sangat direct. Mereka lebih bermain dengan teknikal dalam 2 perlawanan ini.
Isu transisi
Selangor bertahan baik dengan sistem 5-4-1. Namun ketika fasa serangan balas, hanya beberapa pemain seperti Veenod, Forkey Doe dan Syahmi yang aktif, yang lain lebih kepada kurang mobiliti dan tenaga.
Adam Nor Azlin kali ini agak hilang fokus.
2 pemain tengah mereka, Saiful dan Halim terlalu rigid dan limited. Mereka perlu memperbaiki kualiti dari segi pivotal role.
Baca juga: Pivot dalam taktikal bola sepak
Ini penting kerana sistem bek bertiga mereka berasaskan sweeper bukannya libeiro yang boleh menjadi penghantar bola yang mencetuskan bahaya dari belakang.
Kemasukan Victor Astafei menambahkan isu tenaga di dalam pasukan ini. Ia membuatkan Veenod bermain di tengah. Jadi, di pivot mereka ada pemain yang lebih ball playing.
Secara umunya pertukaran P.Maniam memperbaiki isu teknikal. Mereka menyamakan kedudukan selepas sepakan penjuru yang cantik dari Raimi ditanduk kencang oleh Astafei.
Sistem pressing Selangor
Kekuatan utama Selangor adalah ketika menekan pemain lawan di kawasan lawan (frontline).
Ia membuatkan Melaka banyak melakukan kesilapan. Serangan mereka banyak berasaskan serangan balas dan kecuaian pemain Melaka yang banyak melepaskan bola.
Namun di belakang pula, sistem pressing mereka kuran agresif kecuali ketika pertarungan duel antara pemain.
Penilaian
Secara taktikal Melaka ada perancangan yang lebih jelas. Namun mereka ada isu dengan stabiliti diamond mereka. Diamond mereka efektif di bahagian mata/spear namun lemah di sisi.
Namun ia adalah aksi pertama mereka dan kami yakin ia akan diperbaiki. Selainnya mereka boleh dikatakan ada kualiti yang baik di serangan dan pertahanan.
Melaka membuktikan mereka ada persiapan taktikal yang baik. Tahniah Eric Williams atas aksi yang memberangsangkan pada perlawanan pertama anda dan Melaka.
Selangor pula diselamatkan individual brilliance dalam perlawanan ini. Mereka masih perlu bekerja keras untuk aspek sokongan secara taktikal, kreativiti dan sistem yang lebih teamplay. Mereka bergantung kepada individu.
Sistem yang sangat direct, rigid dan memerlukan pemain serangan bertiga berhempas pulas dengan penggunaan tenaga yang terlalu banyak. Namun, ia masih perlawanan kedua dengan sistem ini. Harap ia juga diperbaiki.
P. Maniam harus mengkaji sistem 3-4-3 seperti Chelsea yang cuba memastikan semua pemain aktif terlibat secara unit.
Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA
Amri Yahyah (Melaka United)
Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: Benjamin Mora Ubah Taktik, Aliran Bola JDT Lebih Lancar