Analisis: Scott McTominay, Perancang Dari Masa Depan Untuk Man. United

Scott McTominay melakukan debut penuh beliau dalam perlawanan menentang Crystal Palace pada musim ini. Sebelum itu beliau melakukan debut dalam EPL ketika menentang Arsenal pada Mei 2017, masuk sebagai pemain simpanan.

Beberapa siri kecederaan yang melanda kem United membuatkan beliau dimasukkan ke dalam senarai pasukan. Beliau melakukan debut dalam UCL pada Oktober 2017, United menang 2-0 ke atas Benfica. Paul Scholes memberitahu:

“McTominay pasti berasa bangga dengan aksi beliau hari ini.”

Beliau juga pernah menjadi rebutan di antara England dan Scotland. Akhirnya McTominay memilih untuk mewakili Scotland.

Beliau juga memberikan tekanan persaingan kepada pemain termahal dalam sejarah EPL, Paul Pogba. Ketika Pogba gagal beraksi baik, McTominay memberikan Mourinho opsyen.

Pembangunan

Bekas jurulatih skuad simpanan Man. United, Warren Joyce adalah orang yang banyak membantu pemain ini meningkatkan fizikal beliau.

Pada 2015, McTominay seorang pemain yang tidak cukup fizikal dengan ketinggian 5 kaki 6 inci ataupun 170cm.

Program pembangunan fizikal dilakukan Man. United membantu beliau membesar sehingga 193cm. Mereka berjaya menaikkan 10 inci dalam masa 18 bulan. 

Dengan ketinggian baru beliau 6 kaki 4 inci, sudah pastinya McTominay menepati profail Mourinho untuk beraksi di tengah padang menggantikan pemain seperti Fellaini.

Manchester United’s Alexis Sanchez (left) and Manchester United’s Scott McTominay (right) celebrate after team-mate Manchester United’s Ander Herrera (not in picture) scores his side’s second goal of the game during the Emirates FA Cup, fourth round match at Huish Park, Yeovil. (Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)

Fellaini telah menjadi pemain penting Mourinho kerana fizikal beliau. Dalam satu sidang media, Mourinho menggelar McTominay sebagai kanvas kosong yang sangat ideal untuk bola sepak yang beliau mahukan.

Dengan McTominay, aspek permainan lebih luas dengan kelajuan dan skil yang lebih baik.

Joyce telah membantu McTominay untuk meningkatkan aspek fizikal termasuk menambah berat badan dan membentuk otot unutk membolehkan beliau bermain sebagai box to box.

Namun McTominay ada masalah terlalu agresif di dalam perlawanan dan mereka bekerja untuk itu juga, memastikan dia tidak hilang fokus di dalam perlawanan.

“Dia pemain yang sangat bagus, seorang yang teknikal dan ada skil. Beliau selalu menunjukkan aksi cemerlang dalam sesi latihan mengawal penguasaan bola.”

Joyce meletakkan nama McTominay sebagai pemain dalam pasukan B-21 dan berjaya muncul dalam 4 kesebelasan utama dan 5 sebagai pemain simpanan.

Selain daripada posisi pemain tengah, McTominay juga kerap bermain sebagai penyerang kedua.

Kehadiran Louis Van Gaal telah memberikan manfaat kepada pemain-pemain muda Man United. Sebelum ini Manchester United seakan-akan sudah melupakan produk akademi mereka. Hanya beberapa pemain diberikan peluang.

Louis van Gaal the head coach / manager of Manchester United checks his tactics folder before the game (Photo by AMA/Corbis via Getty Images)

Pada era Van Gaal beliau memberikan debut kepada 14 pemain akademi. Perkara yang sama diteruskan oleh Jose Mourinho yang memuji langkah Van Gaal itu.

Pendendali Portugis itu memberikan debut kepada beberapa pemain akademi termasuk Joel Pereira, Axel Tuanzebe dan kemudiannya Scott McTominay.

Getty Images

McTominay menjadikan Rashford dan Lingard sebagai inspirasi beliau. Bagaimana 2 pemain muda ini menjadi pemain utama dan mendapat kontrak mewah.

Corak permainan

McTominay adalah pemain tengah kotak ke kotak yang serba boleh. Beliau memiliki kemampuan untuk merancang permainan di tengah Beliau cepat matang di dalam permainan.

Lantas Jose Mourinho melabel McTominay adalah pemain muda yang berkualiti. Mourinho juga berpendapat, McTominay adalah pemain tengah moden yang dikehendaki oleh semua pengurus pada hari ini, terutama sekali yang mahu bermain dengan penguasaan bola.

HUDDERSFIELD, ENGLAND – FEBRUARY 17: Scott McTominay of Manchester United and Mathias Jorgensen of Huddersfield Town battle for the ball during the The Emirates FA Cup Fifth Round between Huddersfield Town v Manchester United on February 17, 2018 in Huddersfield, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Beliau bermain dalam 2 posisi buat masa ini. Posisi utama beliau adalah pemain tengah defensif dan satu lagi adalah pemain tengah.

Salah satu aksi terbaik beliau ketika menjadi ‘destroyer’ kepada Eden Hazard dalam perlawanan menentang Chelsea. Beliau juga menjadi ‘stabilizer’ kepada pasukan ketika Man. United menang 2-1 ke atas seteru mereka Liverpool.

Boleh dikatakan, setiap kali beliau diturunkan, beliau jarang menghampakan.

Perancang dari masa depan

Sebelum ini, ramai penganalisis bola sepak menggelar Toni Kroos sebagai perancang dari masa depan. Ini kerana mereka mampu menjadi perancang yang boleh beroperasi di bawah dan kemudian di belakang penyerang.

McTominay ada baka yang hampir sama. Dengan rekod pembangunan yang beliau ada serta kemampuan untuk bermain secara menyerang dan bertahan, Manchester United kini sedang membentuk perancang dari masa depan tersebut.

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 03: Scott McTominay of Manchester United in action during the Premier League match between Manchester United and Huddersfield Town at Old Trafford on February 3, 2018 in Manchester, England. (Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Beliau ketika ini memiliki rekod hantaran dengan purata 88.9% ketepatan. Satu angka yang sangat baik dengan purata sekitar 27 hantaran per perlawanan.

McTominay masih perlu memperbaiki aspek hantaran bahaya (key passes) beliau yang masih di paras 0.01 per perlawanan. Namun dalam UCL musim ini beliau melakukan 0.03 per perlawanan.

Rekod percubaan beliau adalah 0.8 per perlawanan, menunjukkan beliau ada nafsu untuk melakukan gol. Namun Mourinho ada alasan tersendiri untuk aspek ini. Jose Mourinho berkata:

“Dia adalah pemain yang fantastik. Pemain tengah moden yang boleh lakukan apa sahaja. Cuma satu sahaja dia masih gagal lakukan ialah menjaringkan gol. Alasannya adalah kerana saya tak berikan tugasan itu kepada beliau.”

Prospek

Persoalan yang kerap kali bermain di fikiran kami, adakah beliau akan menjadi McTominay yang akan menjadi pemain penting United dalam masa beberapa musim lagi ataupun satu lagi versi Adnan Januzaj? Pemain muda yang cemerlang tetapi selepas itu dilupakan.

(Photo credit should read JOHN THYS/AFP/Getty Images)

Sebelum ini United pernah ada pemain seperti Anderson yang dianggap bakal menjadi sensasi sebagai perancang tengah moden di Old Trafford, namun gagal melepasi ekspektasi.

Darron Gibson dan Darren Fletcher antara contoh pemain yang gagal menjadi pemain utama dalam skuad Manchester United selepas aksi meyakinkan pada peringkat awal.

Fletcher agak bertuah kerana Ferguson seringkali menggunakan beliau dalam perlawanan besar dan bertekanan tinggi kerana Ferguson berpendapat, Fletcher ada mentaliti kemenangan yang sukar dijelaskan untuk bermain dalam perlawanan besar.

Dengan rekod minit yang McTominay miliki di bawah Jose Mourinho, buat masa ini, kami boleh katakan beliau sedang berada dalam landasan yang betul.

Ia juga isyarat kepada beberapa pemain seperti Ander Hererra yang mungkin sudah tahu ke mana mereka perlu pergi selepas ini.

Rumusan

Beliau adalah kanvas kosong yang masih dalam proses untuk dihias dengan lukisan. Namun buat masa ini beliau sudah membuktikan dirinya mampu bermain dalam pasukan utama.

Musim 2018/19 adalah musim paling penting untuk Scott McTominay menentukan hala tuju karier beliau selepas itu.

Selamat maju jaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN