Analisis: Sandro Penyerang Defensif Efektif, JDT Kurang Fluid, Ada Isu ‘Presssing’

JDT tewas 3-1 di tangan Kedah. Ini adalah analisis taktikal kami.

Permulaan

Kedah turun dengan formasi 4-2-3-1, meletakkan Liridon di peranan no.10 dan Sandro sebagai penyerang tunggal.

JDT mengekalkan formasi 4-3-3 mereka dengan Elizari menjadi no.8. Mereka menggunakan 2 inverted winger dengan Fernando Marquez menjadi no.9.

JDT bergelut awal 30 minit

JDT sekali lagi berhadapan dengan isu bergelut untuk mendapatkan rentak (settle down) pada perlawanan ini.

Jaringan pertama Kedah membuatkan mereka kelihatan tertekan untuk mencari gol penyamaan.

Gol Sandro itu dilakukan pada minit ke-5, JDT sepatutnya lebih komprehensif dan tenang dalam menyelesaikan isu tempo dan rentak taktikal mereka.

Untuk gol pertama, ini adalah analisis:

Isu taktikal JDT

Pertamanya adalah isu tengah bertiga.’Form’ luar biasa Natxo Insa musim lalu adalah perkara yang dirindui JDT. Beliau tidaklah bermain teruk musim ini, namun musim lalu beliau bermain luar biasa.

Di tengah gandingan Natxo-Gary-Elizari tidak cukup konsisten untuk lebih banyak bermain secara kombinasi.

Ini antara contoh bagaimana JDT bermain memecahkan unit pertahanan sangat ramai dengan permainan kombinasi dan idea yang imaginatif. Anda cuba perhatikan.

Di serangan juga mereka juga beberapa kali gagal bermain secara fluid seperti mana pernah kita lihat.

Lihat combination play di sini dengan variasi larian dan kemampuan Lucho mencari ruang:

Untuk pasukan yang dahagakan penguasaan bola, adalah sangat penting untuk memiliki unit tengah yang stabil.

Gary Steven terlalu ‘keras’ dan kurang variasi dalam ‘playmaking’. Beliau terlalu banyak merebahkan badannya untuk melakukan bentesan.

Ini yang membuatkan beliau kerap diatasi dan didominasi ataupun melakukan faul. Maldini ada berkata, semakin banyak pemain itu ‘dive’ untuk melakukan bentesan, semakin seorang pemain itu bertahan dengan baik.

Tengah bertiga JDT agak direct dan tidak mengawal tempo dengan dengan baik.

Seterusnya adalah isu penyudah. Harus diakui, JDT mencipta peluang yang secukupnya untuk mendapatkan sebarang mata ataupun kemenangan dalam perlawanan ini.

Namun mereka tumpul di hadapan gol, dan kredit juga kepada kecekapan penjaga gol Kedah.

Seterusnya sudah pastinya isu pertahanan mereka di garisan tinggi. Masalah ini adalah masalah yang mereka hadapi sejak perlawanan pertama Piala Malaysia.

Corbin Ong antara pemain yang kerap terdedah dengan ancaman. Mujur Baddrol Bakhtiar bukan winger laju seperti Safawi Rasid.

Dalam post mortem, Luciano Figueroa menyalahkan pemain pertahanan.

Namun untuk pasukan yang bermain corak taktikal penguasaan bola dan menyerang dengan pemain yang ramai, risiko untuk di-‘outnumbered’ di belakang sentiasa ada.

Oleh itu, JDT perlu memperbaiki aspek pressing di garisan tinggi. Ini yang mereka gagal lakukan, mereka gagal mematikan ancaman lebih awal dengan unit serangan yang ramai.

Cruyff dalam falsafah bola sepak beliau yang menjadi tunjang kepada Barcelona berkata:

“Pada momen pasukan anda hilang bola, pemain penyerang adalah pertahanan pertama.”

Jadi, dalam perlawanan ini, JDT memang nampak cuba bermain dengan unit ramai di kawasan lawan tetapi pressing mereka di kawasan lawan (counter pressing) agak kurang efisien.

Mungkin video ini boleh membantu anda memahami kenyataan di atas:

Jadi, bertahan adalah isu bertahan dalam pasukan bukannya semata-mata bek berempat terutama untuk JDT yang suka menolak Corbin Ong dan Kunanlan ke zon sangat tinggi.

Untuk gol ke-3 Kedah itu kita faham mereka terpaksa menambah pemain serangan termasuk menjadikan Marcos Antonio sebagai extra man bagi pelan B atau C menyambut bola lambung.

Kedah efektif

Kedah tidak mendominasi perlawanan namun mereka sangat efektif. Mereka menekan lawan pada awal perlawanan.

Tetapi isu yang perlu digariskan Kedah adalah sikap (attitude) pasukan (bukan sikap secara individu) selepas mendahului.

Mereka mulai fokus bertahan untuk gol yang mereka dapat pada minit ke-5.

Dalam pada JDT bergelut untuk settle down mereka tak lebih opportunist untuk mencari gol kedua. Kesannya, mereka semakin ke bawah dan lebih ke bawah terutama selepas minit ke-30.

Oleh itu, mereka menjemput lebih ancaman ke kawasan mereka kerana mereka ‘drop too deep.’

Mereka boleh dikatakan agak shut down selepas gol pertama itu. Di atas saya gariskan JDT bermasalah di garisan tinggi, namun Kedah tidak lebih manipulatif selepas separuh masa pertama.

Kedah sekali lagi menjaringkan gol pada awal babak. Kali ini Akhyar mengambil kesempatan di atas kesilapan defensif pemain JDT.

JDT sangat predictable sekali lagi di mana fokal utama mereka adalah Safawi Rasid. Mereka sangat direct di serangan.

Kedah tahu akan pelan utama ini namun Norfiqrie beberapa kali ditewaskan dengan mudah sepanjang perlawanan.

Pada separuh masa kedua mereka kekalkan struktur 4-2-3-1 dengan tidak terlalu ke bawah sepanjang masa kerana menyedari ia bukan pilihan yang baik.

Ini kerana JDT ada pemain yang boleh melakukan jaringan dari luar kotak penalti.

Peranan Sandro

Sandro bermain sebagai defensive forward dalam perlawanan ini. Turun ke bawah dan membuka ruang kepada 2 pemain sayap.

Ianya adalah peranan mirip false no.9. Sayangnya Baddrol tiada kepantasan di bahagian sayap untuk lebih tajam.

Kredit: FMLLP, Facebook.

Akhyar pula tidak berada dalam kecergasan terbaik namun tetap bermain baik.

Kemasukan awal Andik jelas pilihan lebih baik di sayap. Juga pemain itu tidak berada dalam prestasi terbaik.

Jika 2 pemain sayap berada dalam prestasi terbaik, rasanya akan lebih banyak ancaman daripada ruang yang dicipta dengan sistem ini.

Ini gambaran sistem ini di mana Sandro bergerak di antara 2 garisan (in between the line) ataupun zon 14. Beliau turun ke bawah untuk menjadi seperti no.10.

Sokongan Liridon sangat penting dan ketika ini 2 pemain sayap dilepaskan lebih tinggi.

Rumusan

Segalanya serba tak kena untuk JDT dan Kedah pula efektif dalam perlawanan ini. Risiko Kedah hanyalah terlalu awal bermain terlalu ke bawah. Namun JDT gagal menghukum mereka.

Pembaziran di hadapan gol juga masalah utama JDT. Beberapa peluang tidak disudahkan. Seterusnya perlaksanaan taktikal yang tidak berkesan termasuk plan B dan C.

Ada persoalan yang ingin saya lontarkan, kenapa Corbin Ong terlalu kerap melakukan hantaran panjang dalam sistem mereka tiada big man/ target man dalam kotak penalti?

Tidakkah ia terlalu berharap kepada kesilapan lawan? JDT tidak menolak pemain besar mereka untuk menerima hantaran daripada lontaran itu. Mungkin perkara ini harus dikaji semula JDT dalam taktikal mereka.

Sandro dan Liridon adalah 2 pemain penting dalam kemenangan ini. Mereka adalah ‘brain’ utama sistem Kedah dalam perlawanan ini walaupun agak defensif.

Tak hairan Liridon mencium kasut jurulatihnya kerana dia selesa dengan peranan no.10 yang memberikan beliau kebebasan.

Kredit: Sinar Harian

JDT perlu gariskan aspek pressing di garisan tinggi kerana mereka gemar menolak ramai pemain ke atas.

Untuk Kedah, mereka efektif menjaringkan gol pada momen penting. Secara taktikal mereka berdisiplin untuk bertahan secara unit cuma kualiti teknikal pemain JDT seperti Safawi dan Cabrera sangat sukar untuk dikekang.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA

Sandro (Kedah)

Kredit: FMLLP, Facebook.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN