Analisis Rusia 2018: Fleksibiliti Serangan 4-2-3-1 Joachim Löw Tunjang Kekuatan Die Mannschaft

Juara dunia sebanyak empat kali. Pertama kali Die Mannschaft bergelar juara dunia ialah pada 1954. Negara yang masih bergelar Jerman Barat pada ketika itu mengulangi kejuraan yang sama 20 tahun kemudian, dan sekali lagi pada 1990.

Setelah kembali mendominasi bola sepak antarabangsa sejak lebih kurang sedekad yang lalu, Jerman sekali lagi bergelar juara dunia pada edisi Piala Dunia 2014 di Brazil.

Mampukah mereka meneruskan penguasaan di pentas tertinggi kejohanan bola sepak dunia ini untuk gelaran dunia kelima?

Skuad Jerman ke Rusia

Daripada senarai akhir 23 pemain yang diumumkan oleh Jerman untuk membawa cabaran juara bertahan berkenaaan di Rusia, 15 daripada nama tersebut adalah pemain yang beraksi di Bundesliga.

Sudah tentu pengguguran bintang muda Manchester City, juga PFA Young Player of the Year 2018, Leroy Sane adalah antara perkara yang paling mencuri tumpuan.

Skuad penuh Jerman ke Piala Dunia 2018.

Begitu juga dengan hero perlawanan akhir Piala Dunia di Brazil, Mario Gotze yang tidak berada di dalam senarai.

Namun penjaga gol utama yang telah berehat panjang sebelum ini akibat kecederaan, Manuel Neuer terus menjadi harapan Löw  di Rusia nanti.

Cabaran Jerman

Diundi di dalam Kumpulan F, menanti Jerman ialah Mexico, Sweden dan gergasi Asia, Korea Selatan.

Jerman akan memulakan kempen Piala Dunia di Rusia berhadapan dengan Mexico terlebih dahulu pada 17 Jun hadapan, sebelum meneruskan persaingan berhadapan dengan Sweden dan Korea Selatan selang tiga hari berikutnya.

Mexico dilihat sebagai pasukan yang paling sukar untuk Jerman. Manakala Jerman sudah pasti tidak mahu ada elemen kejutan daripada pasukan seperti Sweden dan Korea Selatan.

Jerman dijangka tidak menghadapi masalah untuk menjuarai saingan di Kumpulan F untuk mara ke pusingan kalah mati.

Analisis taktikal

Jerman adalah salah sebuah negara yang tidak putus menghasilkan bakat baru berkelas dunia. Sepanjang pusingan kelayakan ke Rusia, Joachim Löw sering menggunakan sistem 4-2-3-1 terhadap pasukannya.

Namun berdasarkan taktikal lawan, sistem dan taktikal oleh Löw turut akan berubah. Mari kita melihat bagaimana Löw melakukannya.

Sistem ini memberikan kelebihan kepada jumlah pemain untuk menguasai bahagian tengah, dalam sistem bola sepak menyerang Jerman. Mesut Ozil, Toni Kroos dan Sami Khedira adalah kombinasi pilihan oleh Löw di kebanyakkan perlawanan.

Sistem 5 pemain tengah Jerman.

Di dalam sistem 5 pemain tengah ini, kreativiti Ozil adalah tunjang kepada serangan Jerman. Gerakan oleh pemain tengah Arsenal ini membenarkan dua pemain di setiap sayap sisi seperti Julian Draxler dan Thomas Muller untuk melakukan larian ke bahagian dalam (inside).

Corak permainan sebegini juga memberi pilihan untuk Jerman menggunakan peranan No.9 jadian; peranan yang sering diambil oleh Mario Gotze sebelum ini.

Namun ketiadaan Gotze di dalam senarai skuad akhir Jerman, memberi indikasi Löw telah memilih penyerang yang lebih tradisional seperti Timo Werner sebagai penyerang tunggal.

Serangan Jerman melalui sayap.

Jika perlawanan memerlukan mereka menyerang dari bahagian sayap, Jerman juga memiliki pemain yang mempunyai kualiti kepantasan seperti Marco Reus dan juga Juliand Brandt ketika transisi kepada menyerang.

Di bahagian tengah, Goretzka akan fleksibel untuk turut bergandingan dengan Gundogan ataupun bergandingan dengan Ozil di bahagian hadapan jentera tengah.

Untuk itu, Löw mempunyai Mario Gomez sebagai penyerang tunggal yang mampu memberi ancaman melalui persaingan bola tinggi di dalam kotak penalti lawan.

Corak serangan sebegini adalah penting untuk Jerman menjaringkan gol ketika berhadapan dengan pasukan yang gemar bertahan dan mewujudkan blok pertahanan yang rumit.

Ia turut memberi kelebihan untuk segera membentuk dua pemain tengah bertahan di fasa bertahan.

Selain daripada sistem penyerang tunggal, Löw turut pernah menggunakan gandingan dua penyerang ketika pusingan kelayakan.

Sistem dua penyerang, midfield diamond Jerman.

Sistem ini membenarkan Löw membentuk bahagian tengah di dalam bentuk diamond, dengan tujuan mendominasi bahagian tengah.

Di dalam sistem ini, ia adalah wajib untuk Jerman beraksi menggunakan empat pertahanan, dengan dua bek sayap.

Joshua Kimmich dan Hector adalah dua bek sayap yang sering membantu serangan di setiap sisi sayap jika Löw memilih untuk menggunakan taktikal sebegini.

Jika kita perhatikan melalui penerangan di atas, taktikal dan bola sepak oleh  Löw bersama Jerman sangat fleksibel. Namun DNA nya tetap sama iaitu berteraskan pengusaan bola di bahagian tengah.

Di dalam sistem Löw, bukan sahaja serangan, malah bahagian pertahanan turut diberikan fleksibeliti berdasarkan lawan yang dihadapi.

Sistem bek bertiga Jerman.

Di dalam pusingan kelayakan, Löw membuktikan pasukannya mampu beraksi menggunakan sistem bek bertiga. Jerman sudah tampak sangat lengkap walaupun beraksi menggunakan sistem empat pertahanan.

Namun sistem bek bertiga diaplikasikan oleh Löw untuk memberi kelebihan pemain di bahagian tengah, sekaligus menguasai dominasi dan penguasaan bola dalam tempoh yang panjang.

Di Rusia nanti, Jerman mungkin akan menggunakan sistem bek bertiga di peringkat kumpulan, menentang lawan yang lebih lemah. Dan akan berubah menggunakan sistem empat pertahanan untuk memberikan variasi serangan ketika menentang lawan yang lebih sukar di pusingan kalah mati.

Pemain tumpuan

Jerman masih mengekalkan ramai muka lama dari skuad Piala Dunia 2014 di Brazil. Untuk itu tiga pemain utama mereka, Mesut Ozil, Thomas Muller dan juga Mats Hummel adalah sandaran utama jurulatih dari segi pengalaman.

Tatkala Hummels berperanan besar mengemudi benteng pertahanan, jentera tengah untuk mencipta peluang dan membuka ruang pasti terarah kepada kreativiti yang dimiliki oleh Ozil.

( (Photo credit should read PATRIK STOLLARZ/AFP/Getty Images)

Di dalam sistem Löw, Muller bukanlah penyerang tunggal ataupun centre forward. Kebiasaannya, Muller akan beraksi sebagai penyerang sayap di sebelah kanan.

Namun kebijaksanaan pemain ini untuk mencari ruang untuk melakukan penyudah, menjadikan pemain ini sebagai sandaran utama untuk memburu gol bagi pasukan Jerman.

Ada apa dengan Sane?

Jika fleksibeliti taktikal oleh Löw di dalam skuad Jerman ini diambil kira, maka jurulatih berusia 58 ini mempunyai sebab untuk mengugurkan Leroy Sane.

Lebih sinonim beraksi di sayap kiri, persaingan untuk tempat di dalam skuad akhir ke Rusia pastinya adalah di antara Julian Brandt dan juga Sane.

(Photo by Alexander Hassenstein/Bongarts/Getty Images)

Löw turut memiliki pemain seperti Draxler, Muller dan Reus untuk posisi di bahagian kedua-dua belah sayap serangan.

Tatkala Sane adalah pemain dengan corak permainan yang lebih direct, empat pemain yang lain telah membuktikan keupayaan masing-masing untuk beraksi secara lebih fleksibel di dalam sistem Löw.

Sasaran realistik

Tidak ada pasukan yang mampu menjuarai Piala Dunia sebanyak dua edisi berturut-turut sejak Brazil melakukannya pada 1958 dan 1962. Sebelum itu Itali berjaya menjuarainya di dalam edisi 1934 dan 1938.

Untuk melihat mana-mana negara melakukannya di era bola sepak moden ini, ia pastinya sesuatu yang menarik.

(Photo by Lars Baron – FIFA/FIFA via Getty Images)

Di peringkat ini, masih terlampau awal untuk meramal sama ada Jerman mampu mengulangi pencapaian pada 2014.

Namun berdasarkan skuad sedia ada, separuh akhir adalah sasaran yang realistik, dan apa-apa sahaja boleh berlaku mulai dari peringkat tersebut.

Penutup

Mampukah Jerman menjuarai Piala Dunia di dalam dua edisi berturut-turut?

Kami pasti penyokong Jerman di Malaysia optimis akan kemungkinan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN