The Guardian melaporkan Manchester United akhirnya mencapai persetujuan dengan Everton untuk membawa penyerang prolifik antarabangsa Belgium, Romelu Lukaku ke Old Trafford.
Perpindahan tersebut dilaporkan berjumlah £75 juta. Perkhabaran terkini melaporkan Romelu Lukaku akan menjalani ujian kesihatan di Amerika Syarikat,
Selepas itu, beliau dijadualkan menyertai skuad The Red Devils dalam siri jelajah Amerika Syarikat sebagai sebahagian persiapan pra musim.
Analisis kami pada kali ini akan menjelaskan kepada anda kualiti yang akan dibawakan oleh Romelu Lukaku kepada Manchester United selepas kehilangan No.9 berbisa, Zlatan Ibrahimovic.
1. Kekuatan Fizikal Kepantasan
Dari segi kekuatan fizikal, Romelu Lukaku adalah seorang pemain penyerang No.9 yang sempurna.
Lukaku memiliki kekuatan yang diibaratkan seperti seekor seladang dengan susuk tubuh yang sasa. Kekuatan fizikal yang dimilikinya mampu menewaskan mana-mana pertahanan tengah di EPL.
Dengan ketinggian 6 kaki dan 2 inci, pemain anatarabangsa Belgium tinggi lampai ini juga punyai kelebihan yang ketara di udara.
Ini akan memberikan kelebihan buat Manchester United jika memilih taktikal hantaran jauh (‘long ball’) ataupun ketika serangan berpusat di ‘wide area’ yang cenderung untuk menghantar bola lintang dari bahagian sayap.
Manchester United memiliki pemain yang boleh dipergunakan untuk kedua-dua taktikal yang tersebut di atas.
2. Analisis zon cubaan gol
Berdasarkan laporan opta, ini adalah zon di mana zon cubaan gol oleh Lukaku.
Dalam skop yang lebih spesifik, daripada cubaan di atas, ini adalah cubaan gol yang menghasilkan gol.
Jelas menunjukkan pemain ini adalah tipikal target man. Beliau agak lemah untuk melakukan cubaan dari luar kotak penalti. Ini pula pecahan gol Lukaku berdasarkan teknikal.
3. Lukaku perlukan servis berterusan!
Musim lalu, Paul Pogba menunjukkan beliau mampu melakukan hantaran-hantaran jauh tepat mencari Zlatan Ibrahimovic untuk bantuan gol.
Kepantasan pemain seperti Anthony Martial dan Luke Shaw di sebelah sayap kiri, Henrik Mkhitaryan dan Antonio Valencia di sebelah sayap kanan akan menyumbang kepada hantaran lintang untuk Lukaku.
Nampaknya Anthony Martial tidak boleh terlalu tamak selepas ini.
4. Statistik gol
Lukaku telah beraksi dalam 166 perlawanan untuk Everton sejak 4 musim yang lalu. Dalam tempoh itu, Lukaku telah menjaringkan 87 gol, 17 daripadanya adalah melalui tandukan.
Kebanyakkan ‘besar’ (big man center forward) sering dikaitkan tidak mempunyai kepantasan dan hanya akan menunggu bola untuk disudahkan.
Namun Lukaku bukanlah penyerang yang terlalu statik. Beliau mampu untuk menggelecek dan menewaskan pertahanan dengan kepantasan beliau.
5. Tipikal Penyerang 20 gol per musim
Adalah sangat naif jika ada yang berpendapat tujuan Manchester United membawa masuk Lukaku adalah semata-mata untuk mendapatkan kelebihan fizikal pemain tersebut.
Paling penting adalah rekod Lukaku yang konsisten di hadapan gol dalam EPL.
Ini adalah graf jaringan gol Lukaku di EPL sejak 2011.
Berdasarkan laporan di atas, walaupun sukar untuk mendapatkan minit beraksi pada musim pertama di EPL, beliau terus mencetak gol untuk setiap pasukan yang disertainya selepas Chelsea.
Romelu Lukaku tampil sebagai pemain ke-4 termuda yang menjaringkan lebih daripada 50 gol dalam saingan EPL.
Ini meletakan nama Romero Lukaku sebaris dengan nama lagenda lain seperti Robbie Fowler, Michael Owen. Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo.
Pada musim 2016/2017, Lukaku turut melalui musim paling produktif. Beliau menjaringkan 25 gol daripada 37 penampilan di EPL. Hanya pemenang Kasut Emas, Harry Kane melakukannya lebih baik dari Lukaku.
Manchester United tidak mempunyai pemain yang mampu menjaringkan lebih daripada 20 gol semusim dalam EPL sejak Robin van Persie.
6. Kematangan Dan Kebijaksanaan
Lukaku tampil lebih matang sejak menyertai Everton. Beliau juga sudah terlalu masak dengan cara serta ‘layanan’ pertahanan EPL kepada penyerang.
Sebelum ini, Lukaku pernah berperang mulut dengan Jose Mourinho kerana melepaskannya buat kali kedua, setelah meminjamkan pemain tersebut kepada West Bromich Albion pada musim sebelumnya.
Manchester United adalah lembaran baru buat Romelu Lukaku dan juga Jose Mourinho untuk memulihkan hubungan keduanya yang retak ketika di Chelsea.
Namun, ada hikmahnya juga beliau menyertai Everton. Kerana di sanalah beliau membangun menjadi pemain sensasi di EPL dengan minit yang sangat banyak.
7. Kelemahan
Adalah tidak adil untuk terlalu memuji Lukaku kerana pemain ini jelas ada beberapa kelemahan di dalam permainan.
Lukaku kerap dilabel sebagai pemalas oleh pemerhati bola sepak dan peminatnya. Anda masing ingat insiden Ashley William yang menengking Lukaku kerana pemain ini malas untuk turun ketika bertahan?
Agak ironi ianya berlaku ketika Everton berkunjung ke Old Trafford.
Musim-musim sebelumnya, Lukaku sering diperangkap oleh pertahanan lawan di posisi ‘offsaid’. Di Everton, Lukaku memperbaiki aspek permainannya itu.
Anda pasti mengingati bagaimana Lukaku menjaringkan gol secara solo menentang Chelsea dalam saingan Piala FA pada musim 2015-2016.
Musim lalu menyaksikan beberapa aspek teknikal permainan Lukaku turut dipertingkatkan. Kini beliau lebih selesa menyimpan bola dan menahannya daripada asakan pertahanan lawan.
Seterusnya adalah aspek ‘first touch‘ beliau yang kerap dikritik oleh penganalisis. Musim lalu beliau berjaya mengurangkan sikap cemerkap beliau ketika menerima bola.
Kesimpulan
Dengan rangkaian tengah United yang terdiri daripada pemain seperti Ander Herrera, Henrikh Mkhitaryan dan Paul Pogba, amat menarik sekali untuk melihat bagaimana Lukaku membentuk persefahaman di Old Trafford pada musim hadapan.
Selain daripada memiliki kekuatan fizikal, beliau turut mampu memporak-perandakan pertahanan lawan dengan kepantasan yang beliau miliki.
Sebelum ini, United sering mengharapkan rakan senegara Lukaku, Marouane Fellaini untuk menghadirkan kekuatan fizikal di atas padang.
Dengan mengambil kira aspek usia dan ‘peak’, satu perlaburan yang berbaloi untuk melaburkan duit gaji Ibrahimovic kepada penyerang yang masih muda.
Pemain ini memiliki potensi yang kuat berdasarkan usia dan pengalaman beliau di EPL serta peringkat antarabangsa.
Ibrahimovic adalah tipikal ‘complete forward’ yang boleh turun sehingga ke kotak penalti untuk bertahan. Manchester United kini bukan memikirkan pengganti kepada tipikal Ibrahimovic.
Mereka lebih memikirkan isu penggempur utama yang tipikal penyerang 20 gol per musim. Lukaku pastinya ada ego untuk mencapai kejayan dengan cara beliau tersendiri walaupun Lukaku bukanlah Ibrahimovic.
Mampukah Romelu Lukaku membuktikan kepada Jose Mourinho dan dunia bahawa beliau boleh mencapai potensi sebagai salah seorang penyerang No.9 terbaik dunia?
Sumber:
1. Andy Hunter and David Hytner, The Guardian (2017): Romelu Lukaku v Harry Kane: how the Everton and Spurs strikers measure up;
https://www.theguardian.com/football/2017/mar/04/romelu-lukaku-harry-kane-everton-tottenham-hotspur
2. Jamie Jackson, The Guardian (2017): omelu Lukaku tops Mourinho’s list of Manchester United transfer targets;
https://www.theguardian.com/football/2017/may/11/romelu-lukaku-summer-transfer-target-jose-mourinho-manchester-united-everton
3. James, The Voice of Football Shoot (2017): The Rise and Rise of Romelu Lukaku;
http://www.shoot.co.uk/the-rise-and-rise-of-romelu-lukaku/