Analisis Taktikal Piala FA 2017: Taktikal Kedah Separuh Masa Pertama Jadi Penentu

Kedah menang ke atas Perak 0-2 di Stadium Perak. Sekaligus mara ke pusingan suku akhir Piala FA 2017.

Permulaan

Perak turun dengan formasi 4-3-3. Mereka meletakkan trio serangan yang menjadi tunjang mereka untuk musim ini.

Manakala Kedah pula turun dengan formasi biasa mereka 4-2-3-1 dengan beberapa perubahan dilakukan Tan Cheng Hoe. Halim Shaari bermain di sisi kanan.

Perak bermula agresif tetapi tidak ada taktikal jelas

Pada awalnya saya menjangkakan Mehmet akan melakukan pelan taktikal seperti mana dia lakukan ketika final Piala Malaysia dengan cuba mengganggu binaan taktikal Kedah dari bawah.

Namun ia tidak berlaku. Dan pressing seperti di atas ini hilang entah ke mana.

Perak kemudiannya cuma agresif secara pressure di antara pemain ke pemain. Namun secara unit mereka tidak ada pelan pressing yang efektif.

Ia agak berjaya melambatkan Kedah untuk mendapat rentak dalam perlawanan ini. Namun mereka tetap gagal untuk membendung Kedah daripada mendapat cengkaman selepas 20 minit awal perlawanan.

Kedah fasa 25 minit terakhir separuh masa pertama

Inilah fasa terbaik untuk pasukan Kedah dalam perlawanan ini. Ini kerana separuh masa kedua mereka agak menurun dari segi permainan berpasukan. Liridon juga terlalu lama menyimpan bola pada separuh masa kedua.

Berbeza dengan fasa 25 minit terakhir separuh masa pertama. Kedah dominan di setiap ruang dan aspek di dalam padang.

Sandro berjaya memainkan peranan no.10 dalam sistem 4-2-3-1 dengan sangat baik pada fasa ini. Beliau melepaskan bola dengan cepat.

Cuba mencipta peluang kepada penyerang utama dan sedia untuk turun sehingga ke bulatan tengah.

Paling menarik adalah sistem sayap pasukan Kedah. Di kiri mereka ada pemain sayap yang laju. Manakala di kanan mereka ada Halim Shaari yang bermain sebagai klasik pemain sisi kanan (side midfielder).

Ini adalah struktur aliran bola pasukan Kedah pada separuh masa pertama yang jauh lebih baik daripada separuh masa ke-2.

Mereka ada sumber bola yang kuat dari Liridon dan Sandro. Manakala Syazwan Zainon agak lemah berbanding dengan Halim Shaari.

Halim Shaari tidak laju tetapi sangat efektif di dalam perlawanan ini. Memudahkan Rizal Ghazali dan pemain di tengah untuk mencari beliau.

Tidak lupa, dia melakukan bantuan gol yang cantik kepada Ken Ilso. Syazwan Zainon agak kurang efektif kali ini. Rasanya Tan Cheng Hoe boleh sahaja menyimpan Baddrol Bakhtiar jika beliau mahu.

Sebaliknya, Tan Cheng Hoe memasukkan Baddrol dan mengeluarkan Halim. Jelas nampak perbezaan pasukan Kedah. Ini kerana Syazwan Zainon agak di bawah par.

Baddrol pula kelihatan tidak cergas 100% berdasarkan gerakan dan sumbangan beliau.

Separuh masa kedua, Sandro juga menurun sumbangannya. Keluarnya Amirul Hisyam memberikan impak kepada permainan Liridon.

Liridon juga agak overplay dan banyak hilang bola di separuh masa kedua berhadapan dengan pemain-pemain Perak yang agresif serta beraksi dalam tekanan untuk bangkit dari ketinggalan.

Kerapuhan pertahanan Perak

Bek berempat pasukan Perak sekali lagi agak statik dalam perlawanan ini. Jasazrin dan Shahrom Kalam tidak ada komunikasi yang baik.

Ini antara penjelasan ringkas tentang struktur pertahanan Perak. Shahrul Saad ada beban kerja yang terlampau banyak. Ini kerana Pinto dan Hafiz Kamal yang malas untuk bertahan.

Dua titik bulatan biru itu adalah kawasan yang boleh dikira kawasan paling mudah dimanipulasi oleh Kedah.

Begitu juga dengan Thiago dan Shahrom Kalam. Ketika bertahan ataupun mematikan ancaman, pemain-pemain Perak terlalu cepat melakukan terjahan.

Ini yang membuka ruang di belakang mereka dan dimanipulasi oleh pemain-pemain Kedah.

Gol pertama Kedah adalah kegagalan mereka dalam sistem kawalan pemain ke pemain (man to man marking). Ianya nampak ketat tetapi sangat pasif.

Mereka gagal melakukan ball defending. Hanya ada seorang pemain yang melompat, itupun tidak cukup komited. Lihat sedutan gol ini.

Gol kedua adalah kegagalan mereka untuk melakukan pressing secara unit yang tersusun. Perak agak kucar-kacir apabila mematikan ancaman dalam intensiti tinggi.

Pemain terlalu mudah untuk ditarik oleh Liridon di zon 14 tanpa ada pelan taktikal pertahanan yang jelas.

Satu putaran badan Liridon telah menewaskan (eliminating) 3 pemain Perak di belakang yang cuba mara. Ruang dibuka dan Liridon menghantar kepada Halim.

Halim melakukan hantaran lintang leret dan gol oleh Ilso.

Penilaian

Pada separuh masa kedua perlawanan terlalu teknikal oleh kedua-dua pasukan. Tidak ada pertarungan taktikal yang jelas.

Secara keseluruhannya, Kedah berhak menang perlawanan ini kerana mereka lebih tajam dan boleh bertahan secara unit.

Perak pula, pemain pertahanan berempat mereka terlalu terdedah. Hanya Shahrul Saad dan Zaquan Adha yang kelihatan cuba membantu pertahanan.

Yashir Pinto terlalu lemah untuk mengekang bek sisi Kedah, Rizal Ghazali.

Perak tetap ada beberapa peluang menerusi serangan balas namun kualiti hantaran akhir dan penyudah mereka sangat menghampakan.

Ini lebih kepada pertarungan teknikal berbanding dengan taktikal. Membuatkan perlawanan ini sangat mencabar kualiti pengadilan.

Pemain terbaik

Ifwat Akmal (Kedah)

Baca juga:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN