Analisis: Perubahan Taktikal Melibatkan Reus Dan Werner Beri Impak

Jerman menang 2-1 ke atas Sweden dalam perlawanan ke-2 mereka. Jerman pada separuh masa pertama bergelut dengan beberapa perkara. Mereka ketinggalan 1-0 pada 45 minit pertama. 2 perkara yang membuatkan mereka sukar adalah.

1. Serangan balas Sweden

Sweden masukan yang hanya memiliki 24% penguasaan bola pada separuh masa pertama. Namun mereka mendahului dan mencipta beberapa peluang gol bahaya.

Ini kerana Sweden ada sistem serangan balas yang efektif pada separuh masa pertama.

Kenapa ianya efektif?

Counterpressing adalah isu yang menjadi masalah utama Jerman dalam perlawanan pertama dan separuh masa pertama di dalam aksi menentang Sweden.

Secara asasnya, Jerman bergantung kepada sistem bertahan di kawasan lawan ataupun counterpressing.

Oleh itu, mereka akan cuba mengurangkan impak serangan balas dengan menekan lawan mereka di kawasan tinggi supaya lawan mereka melepaskan bola panjang ataupun panik melakukan kesilapan.

Dalam separuh masa pertama aspek ini sangat lemah. Muller, Draxler dan Reus sendiri sangat tak dinamik dan malas untuk melakukan counter pressing. Draxler adalah yang paling malas. Tak hairan beliau dikeluarkan awal.

Apabila blok counterpressing ini dilepasi dengan muda, Jerman akan berhadapan dengan situasi di mana, unit pertahanan mereka dalam unit sangat kecil. Ia diburukkan lagi dengan ketiadaan pemain tengah pertahanan yang baik. Khedira tidak cergas, Rudy keluar awal kerana kecederaan.

Masalah mereka dalam perlawanan pertama adalah tiada perlindungan daripada zon tengah kepada pertahanan. Isu ini tetap wujud dalam perlawanan ini.

Kroos dan Gundongan 2 pemain yan berfikiran ofensif. Kesannya, bahagian tengah mereka terlalu mudah dilepasi.

2. Ketajaman

Masalah kedua Jerman adalah ketajaman di hadapan gol. Mereka mencipta banyak peluang dalam separuh masa pertama namun tak satu yang menerjah gawang.

Ini yang membuatkan permainan bola sepak dengan penguasaan bola yang tinggi mereka jadi sia-sia.

Perubahan separuh masa kedua

Loew melakukan transisi pada posisi Werner. Pemain ini asalnya diletakkan sebagai no.9 telah dialihkan kepada penyerang dalam (inside forward) yang bertindak seperti penyerang kedua di half space kiri.

Werner melakukan larian daripada half space untuk mencecah byline. Ia sangat efektif. Werner mencipta banyak peluang gol dan salah satu daripadanya menghasilkan gol.

Daripada gambaran di atas, jelas Werner menjadi ‘outlet’ utama kepada serangan Jerman pada separuh masa kedua.

Mario Gomez dijadikan ‘target man’ yang juga memberikan impak berkesan. Posisi Reus pula memburu ruang di belakang penyerang serta cuba menarik keluar bek tengah Sweden. Beliau seperti mengorbit Mario Gomez.

Gol pembukaan Reus antara contoh terbaik di mana Reus berada di belakang Gomez dan cuba mencipta ruang beliau sendiri.

Masalah utama Sweden adalah mereka tidak bertindak cepat kepada perubahan taktikal Loew ini. Sweden masuk ke separuh masa kedua dengan pelan ultra defensif.

Namun pelan itu jelas dingganggu oleh jaringan awal Reus sebaik sahaja separuh masa kedua bermula. Ia membuatkan perancangan pada separuh masa Sweden jadi sia-sia.

Low menguatkan lagi tenaga di half space dengan memasukkan Brandt. Pemain ini juga memberikan impak dalam perlawanan ini meskipun Jerman bermain 10 pemain. Low tetap cuba memenuhkan kotak serangan dengan pemain yang ramai.

Jerman masih tidak bermain baik secara keseluruhan

Penilan kami, keputusan perlawanan ini tidak menggambarkan betapa rapuhnya sistem pertahanan Jerman.

Low yang suka menolak bek sisi ke tempat sangat tinggi, membuatkan belakang sentiasa terdedah kerana di tengah mereka tiada pemain yang melindungi pertahanan.

Namun Sweden pula ‘shut down’ terlalu awal dalam perlawanan ini. Jika mereka mengekalkan pendekatan seperti pada separuh masa pertama, mereka mungkin akan boleh meghukum lagi kelemahan pertahanan Jerman.

Ini juga yang membuatkan Kroos dan Gundongan selesa untuk berada di luar kotak penalti sepanjang separuh masa kedua tanpa Sweden cuba melondehkan kelemahan 2 pemain ini dalam fasa bertahan di tengah.

Pada separuh masa pertama, Sweden sangat mudah melepasi Gundongan dan Kroos di tengah serta terus membuatkan Boateng dan Rudiger dalam masalah.

Akibat pendekatan Sweden yang seperti mahu meniru Iceland menentang Argentina, mereka telah membuatkan Jerman selesa menekan mereka. Namun Low tetap ada harga untuk dibayar apabila Boateng yang berada di zon tinggi telah melakukan kekasaran dan kad merah.

Rumusan

Perlawanan ini ditentukan juga dengan kemampuan teknikal luar biasa oleh Kroos. Secara taktikal, seperti yang saya jelaskan di atas, Jerman diberikan ‘jemputan’ menyerang pada separuh masa kedua.

Namun aspek pertahanan masih lagi menjadi kerisauan utama Low.

Sweden ada kemampuan serangan balas yang baik pada separuh masa pertama. Namun malang buat mereka kerana melepaskan bolos kekalahan pada masa kecederaan.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Marco Reus (Jerman)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN