Analisis Taktikal UCL: Bayern Munich Memanipulasi Pertahanan Lemah Arsenal

Bayern Munich berjaya memanipulasi struktur pertahanan lemah Arsenal dan membolehkan jagoan Jerman itu menang 5-1 ke atas skuad Arsene Wenger.

Permulaan 

Bayern Munich bermula dengan formasi 4-2-1-3/4-3-3 dalam perlawanan ini. Arsenal pula bermula dengan 4-2-3-1. Arsenal menurunkan pemain muda mereka, Iwobi dalam perlawanan penting.

Struktur pertahanan lemah Arsenal

Ketika jaringan pertama Arjen Robben, adalah testimoni kepada lemahnya pertahanan Arsenal. Selain daripada struktur, mereka juga seakan-akan tidak kisah akan kepakaran pemain seperti Robben.

Apabila Robben diberikan ruang untuk melakukan cut inside, anda akan tahu apa akan berlaku kepada gol anda.

Paling ketara adalah struktur di bahagian sebelah kiri. Gibbs dan Iwobi sangat lemah dalam bertahan. Bayern Munich berkali kali menyerang arah tersebut.

Lihat anatomi gol pertama ini. Bayern berjaya mengalirkan bola melibatkan 11 pemain tanpa mampu dihalang oleh Arsenal.

Ketika pemain Bayern melakukan hantaran ke belakang kepada Robben, organisasi Arsenal terlalu pasif dan tidak cuba pro aktif untuk melakukan pressing ataupun naik sedikit secara zonal marking.

Ini satu lagi contoh ketika mereka bertahan dalam keadaan terlalu ke belakang (drop too deep). Mereka terlalu pasif dalam keadaan ini. Coquelin dan Xhaka lemah memberikan perlindungan.

Isu duel fizikal dan kegugupan Mustafi

Ketika tewas menentang Chelsea, mereka jelas tewas kerana lemah dalam pertarungan fizikal. Hal yang sama turut berlaku kali ini.

Jaringan Lewandowski antara contoh terbaik. Ketiadaan Koscielny kerana kecederaan memburukkan lagi keadaan.

Mustafi jelas terlalu mudah panik dalam perlawanan berintensiti tinggi kali ini. Beliau dimanipulasi oleh Lewandowski dengan mudah.

Ini adalah keadaan ketika Mustafi dimanapulasi oleh Lewandowski dalam keadaan beliau memang kurang stabil.

Gol ke-3 Bayern juga kerana Arsenal bergelut untuk mengeluarkan bola yang dihantar ke dalam kotak penalti.

Mustafi tidak melakukan clearance terus. Dia menunggu bola melantun di atas padang. Bayern Munich berjaya mendapatkan bola dan Akhirnya Alcantara melakukan penyudah yang cantik.

Ini pula kegagalan Mustafi ketika dia panik. Dia kelihatan mahu naik ke atas untuk menyelaraskan perangkap ofsaid.

Kemudian dia seakan-akan ‘blur’ dan tidak berada di posisi terbaik. Satu flick yang cantik dari Lewandowski dan gol.

Gol Thomas Muller adalah kesilapan Oxlade Chamberlain yang terlalu kasual dan tidak melepaskan hantaran awal kepada rakan beliau dalam keadaan Bayern melakukan pressing.

Bayern Munich terlalu dominan

74% penguasaan bola dalam perlawanan ini adalah bukti bahawa mereka terlalu dominan. Bayern banyak menyerang dari arah kanan.

Arsenal lemah di kedua-dua sektor pertahanan sisi. Kerana pemain seperti Iwobi sangat lemah untuk melakukan kawalan kepada bek sisi pihak lawan.

Ini adalah heatmap kedua-dua pasukan. Anda boleh lihat bahagian sayap Bayern Munich terlalu kuat dan bek sisi Arsenal tidak cukup kuat.

Secara umunya, Bayern Munich menggunakan double pivot seperti Arsenal. Namun pivot Arsenal rosak teruk dalam perlawanan ini.

Statistik Coquelin amat teruk. Beraksi 77 minit, Coquelin hanya melakukan 9 hantaran dalam perlawanan ini.

Ini adalah passmap pasukan Arsenal dalam perlawanan ini. Jelas sekali mereka sangat lemah di pivot terutama sekali Coquelin.

Bayern Munich circulate bola dengan baik

Aspek yang paling penting adalah circulation oleh Bayern Munich. Mereka sangat efektif dalam mengitar semula bola dan merampas semula penguasaan bola. Ini termasuk di blok atas.

Setiap kali mereka mengitar semula bola tersebut mereka akan cuba menjadikan ia produk ataupun ancaman berkesan.

Sistem ini banyak dibantu oleh Alonso dan Vidal yang sangat dominan di tengah. Alonso menjadi maestro dalam circulation bola ini.

Hasilnya, Bayern berjaya melakukan 24 cubaan gol dan 12 daripadanya adalah cubaan tepat.

Penilaian

Ia perlawanan yang terlalu mudah untuk Bayern Munich kerana Arsenal gagal memberikan saingan kepada mereka. Bayern Munich pula berada dalam prestasi terbaik.

Secara umumnya, jelas sekali isu pengalaman dan fizikal menjadi antara aspek yang memberikan kelebihan kepada Bayern Munich.

Arsenal gagal bertahan dengan baik hampir dalam kesemua aspek. Mujurlah Ospina dalam prestasi yang cemerlang. Jika tidak, Arsenal pasti menanggung kekalahan yang lebih berat.

Sistem Arsenal gagal berfungsi dengan baik. Hanya Alexis Sanchez yang mampu memberikan ancaman kepada Bayern pada awalnya.

Mereka hilang kreativiti Mesut Ozil dalam perlawanan ini. Seterusnya adalah isu pertahanan yang pasif dan tak pro-aktif.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Thiago Alcantara (Bayern Munich)

Thiago Alcantara

Statistik

Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: Peranan Liridon Mengubah Struktur Pasukan Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN