Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Analisis: Perkara Di Sebalik Nilai £150 Juta Dipinta Man Utd Untuk Pogba Ke Real Madrid

Musim 2018/19 mungkin adalah yang terburuk pernah dilalui oleh Manchester United sejak era Premier League. Gagal membawa balik sebarang trofi kejuaraan buat musim kedua berturut-turut, Manchester United turut dipalit dengan pelbagai isu dalaman yang menyaksikan Jose Mourinho dipecat pada Disember lalu – sebelum diambil alih oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Segala-galanya bermula dengan baik buat pengurus dari Norway itu pada tiga bulan pertama sejak kembali ke Old Trafford. Namun ia tidaklah semudah yang disangka. ‘Kerosakan’ yang telah dilakukan sebelum itu, satu persatu kembali menghantui prestasi The Red Devils di dalam dan juga di luar padang.

Masa depan Paul Pogba

Salah satu khabar angin yang kini bertiup kencang ialah keinginan Paul Pogba untuk berhijrah keluar dari Old Trafford untuk menyertai Real Madrid.

Sedar keseluruhan skuad perlu dirombak, Solskjaer dan Manchester United enggan menghalang niat pemain itu.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 18: Paul Pogba of Manchester United and Manchester United Caretaker manager Ole Gunnar Solskjaer at full time of the FA Cup Fifth Round match between Chelsea and Manchester United at Stamford Bridge on February 18, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

Estadio Santiago Bernabeu dilaporkan sebagai destinasi pilihan pemenang Piala Dunia itu sejak beberapa jendela perpindahan yang lalu.

Kembalinya Zinedine Zidane mengemudi skuad Los Blancos memungkinkan lagi andaian perpindahan – apabila secara terbuka Zidane pernah menyatakan minat beliau terhadap Pogba.

Berapakah nilai Pogba?

Berdasarkan laporan oleh Independent, hierarki di Manchester United mahukan £150 juta untuk membenarkan Pogba meninggalkan Old Trafford – nilai yang boleh naik secara mendadak sekiranya terdapat permintaan dari kelab lain.

Jumlah tersebut mungkin bukan masalah buat Real – mengambil kira nilai pemain di pasaran pada hari ini.

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 24: Paul Pogba of Manchester United during the Premier League match between Manchester United and Manchester City at Old Trafford on April 24, 2019 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Alex Livesey – Danehouse/Getty Images )

Satu-satunya perkara yang menjadi halangan ialah gaji yang diminta oleh Pogba dikatakan mencecah £500,000 seminggu.

Ia bukan jumlah yang sanggup dibayar oleh Real Madrid dan tidak bersesuaian dengan struktur gaji di kelab tersebut untuk Pogba. Satu sumber yang dipetik dari pelbagai media di UK berkata Real sanggup membayar gaji sebanyak itu kepada pemain seperti Neymar atau Kylian Mbappe, tetapi bukan Pogba.

Apa pilihan Pogba?

Dalam temubual bersama Sky Sport, Patrice Evra mendedahkan Pogba hampir pasti akan keluar meninggalkan Old Trafford.

Apatah lagi selepas sambutan dingin di kalangan segelintir penyokong Manchester United yang muak dengan sikap ‘diva’ pemain itu selepas tamat perlawanan menentang Cardiff tempoh hari.

Buat masa ini, segalanya masih samar. Segalanya bergantung kepada rundingan diantara pihak Pogba dan juga Real Madrid.

Sanggupkah Pogba menerima tawaran gaji yang ditawarkan oleh Real Madrid? Ataupun kekal membuktikan kemampuan diri di Old Trafford?

Teori Pogba

Di mata sesetengah penyokong, Pogba diibaratkan diva di dalam skuad Manchester United. Tidak dapat dinafikan, beliau mempunyai pengaruh di bilik persalinan. Kerana itu bekas pengendali, Jose Mourinho pernah menggelar pemain ini sebagai ‘virus’ di dalam pasukan.

Di sebalik segala tanggapan itu, tidak ada siapa boleh menafikan bahawa Pogba merupakan pemain terbaik Manchester United pada musim ini.


Namun pada masa yang sama, Pogba sering kali hilang di dalam perlawanan, khususnya ketika Manchester United memerlukan beliau. Satu ketika dahulu, Pogba sering mempersoalkan posisi permainan beliau ketika di bawah kendalian Mourinho. Hakikatnya sebagai pemain profesional, Pogba harus menghormati perancangan jurlatih dan keperluan semasa pasukan.

Bekas jurulatih United, Rene Meulensteen mempunyai teori beliau tersendiri mengenai Pogba. Sebagai perbandingan, Meulensteen mengambil contoh bagaimana Pogba boleh begitu menyerlah ketika beraksi bersama Juventus atau pun Perancis.

(Photo by Oli SCARFF / AFP) (Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

“Jelas sekali Pogba berhadapan kesukaran jika tidak ada pemain berkualiti di sekeliling beliau.

“DI Juventus dan Perancis, Pogba menampilkan aksi yang baik, tetapi Juventus memiliki pemain seperti Andrea Pirlo, Claudio Marchisio dan Arturo Vidal pada ketika itu. Begitu juga N’Golo Kante di Perancis.

“Corak permainan adalah lebih perlahan di Itali berbanding di EPL. Di sini [EPL] anda harus konsisten dari segi aksi ketika memiliki penguasaan bola atau pun ketika lawan menguasai bola.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 09: Paul Pogba of Manchester United celebrates after scoring his team’s third goal with teammate Ander Herrera during the Premier League match between Fulham FC and Manchester United at Craven Cottage on February 9, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

“Jika anda menyaksikan perlawanan membabitkan aksi terbaik Pogba bersama United, anda boleh menyaksikan bagaimana Ander Herrera beraksi di samping beliau. Kedua-dua pemain saling melengkapkan satu sama lain.

Apa yang dikatakan oleh Meulensteen mungkin ada kebenarannya. Sejak Herrera mengalami kecederaan pada akhir Februari sehingga April lalu – ia adalah tempoh terburuk prestasi Manchester United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Penutup

Adakah Pogba akan ke Real Madrid pada musim panas ini, atau memilih untuk kekal di Old Trafford?

Bagi Manchester United, mereka sudah tidak ada masa untuk memikirkan perkara itu. Dengan atau tanpa Pogba, Solskjaer dan pihak pengurusan di kelab tersebut kini perlu bekerja keras untuk memperbaiki kerosakan yang telah dialami sebelum ini.