Analisis Perak TBG: Perubahan Yang Mengembalikan Keyakinan Peminat

Perak The Bos Gaurus (TBG) yang mempamerkan aksi yo-yo sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri kini kembali menceriakan peminat setia mereka dengan kejayaan menumpaskan Kedah (3-2) di Darul Aman, PKNS FC (2-0) dan yang terbaru menumpaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam.

Ramai yang beranggapan masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang keupayaan Perak TBG ketika ini.

Ya sudah semestinya, tetapi terdapat beberapa perkara yang dapat dilihat menjadi titik tolak kepada perubahan ini.

1) Kehadiran Gilmar Jose Da Silva Filho dan Leandro Dos Santos Oliveira.

Kehadiran mereka berdua yang pada mulanya dikritik hebat kerana dikatakan pemain import ‘recycle’ disebabkan mereka pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia sebelum ini.

Gilmar beraksi bersama Kelantan (2015) dan Sarawak pada tahun 2016 manakala Leandro pula membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia 2015 yang ketika itu dibimbing Mehmet Durakovic.

“Saya hanya mampu menjawab kritikan penyokong dengan memberi persembahan terbaik dalam setiap perlawanan serta membantu Perak mencapai keputusan terbaik dalam liga musim ini,”

Itulah luahan Gilmar ketika menjawab persoalan wartawan Metro tempohari mengenai kritikan mengenainya.

Dan kini beliau membuktikan kualiti yang dimiliki apabila berjaya menghasilkan 4 gol dalam 3 perlawanan.

Leandro juga setakat ini berjaya mempamerkan aksi yang meyakinkan apabila menjalankan ‘dirty work’ dengan baik dalam usaha mematahkan asakan di bahagian tengh.

Beliau juga turut berjaya menghasilkan jaringan menerusi tandukan ketika saingan Piala Malaysia 2017 menentang Kuala Lumpur semalam.

2) Perlantikan Ahmad Shahrul Azhar sebagai Pengurus Pasukan

Kembalinya lagenda ini selaku Pengurus Pasukan mungkin memberikan sedikit kelebihan buat Mehmet Durakovic dalam merangka apa yang diinginkan pengendali dari Australia itu.

Kedua-dua individu penting itu pastinya berkongsi idea dan pendapat yang menarik dalam pelbagai aspek bagi meningkatkan keperluan yang sangat diperlukan buat pasukan.

Perak TBG
Sumber : Perak TBG

3) Semua pemain yang beraksi di kesebelasan utama berfungsi dengan baik

Walaupun terdapat pertukaran yang dilakukan antaranya Nasir Basharudin yang kebiasaannya bermain di bahagian tengah bertahan, kini beliau diletakkan sebagai pemain sayap kanan.

Perubahan tersebut tidak menampakkan sebarang masalah buat para pemain di kesebelasan utama dan Nasir juga dilihat selesa di posisi tersebut. Malah beliau turut menghasilkan jaringan ketika bertemu Kedah pada perlawanan Liga Super yang lalu.

Pemain yang lain juga dilihat menjalankan tugas masing-masing dengan baik bagi membolehkan keputusan positif pada 3 perlawanan telah berjaya dikecapi mereka setakat ini.

4) Pemain simpanan yang turut mampu menyumbang sesuatu

Selepas 3 perlawanan ini menyaksikan Shahrul Mohd Saad dan Muhd Zaquan Adha Abd Radzak menjadi pemain gantian dan memainkan peranan yang penting buat pasukan Perak.

Kemasukan Zaquan pada perlawanan menentang PKNS FC tempohari membuahkan hasil apabila beliau berjaya melakukan 2 ‘assist’ kepada jaringan Perak ketika itu.

‘Assist’ kedua yang dilakukan Zaquan juga merupakan hantaran jauh cantik dari Shahrul yang melihat Zaquan tidak dikawal pertahanan PKNS FC.

Aksi menentang Kuala Lumpur pula giliran Shahrul yang melakukan hantaran jauh kepada Gilmar untuk jaringan ke-3 Perak.

Perkara ini memberikan kelebihan buat pasukan apabila pemain gantian yang dimasukkan mampu memberikan hasil yang lumayan dalam merintis kemenangan pasukan.

Kesimpulan

Ternyata Mehmet berjaya menggunakan cuti panjang yang dimiliki dengan menganalisis kekurangan dan dapat memperbaiki apa yang diperlukan bagi memantapkan pasukan.

Kesempatan itu juga dilihat dapat meningkatkan keserasian para pemain.

Namun perkara ini bukanlah tiket untuk mengatakan Perak sudah lengkap sepenuhnya.

Masih terdapat ruang di setiap posisi yang perlu bekerja dengan lebih keras untuk mencapai keputusan yang lebih membanggakan selepas ini.

Hakikatnya ini harus dijadikan permulaan baru buat pasukan Perak yang mengalami aksi kurang meyakinkan sebelum ini.

3 Kemenangan yang dikecapi ini juga harus dikekalkan momentumnya supaya peminat Perak TBG tidak kecewa dengan pasukan seperti keadaan sebelum cuti hari raya yang lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN