Analisis: Pembelian Lacazette, Tambahan Kekuatan Ataupun Kekalkan ‘Depth’

Arsene Wenger sebelum ini dikaitkan dengan beberapa pemain yang boleh bermain dalam sistem no.9 moden.

Ternyata sistem ‘target man’ klasik membuatkan sistem Arsenal sukar berfungsi dengan pantas. Maka tidak hairan satu ketika dahulu Arsene Wenger beriya-iya mahukan Luis Suarez dari Liverpool.

Penganalisis bola sepak ramai berpendapat, pemain seperti Suarez adalah cebisan ‘puzzle’ yang Arsenal hilang untuk melengkapkan sistem mereka.

Kenapa?

Saya tegaskan isu sistem permainan Arsenal yang berasaskan bola sepak cair (fluid). Kita kenali permainan mereka mirip total football serta menggelar ia Wengerball.

Arsenal memiliki sistem yang memerlukan pemain membina serangan dari bawah dan mahukan setiap pemain terlibat dengan gerakan lebih aktif.

Prinsip total football yang menjadi asas Wengerball di Arsenal mahukan setiap pemain lebih banyak sentuhan dengan bola berbanding dengan sistem taktikal klasik.

Kemasukan Lacazette

Ini membuka dimensi baru di dalam permainan Arsenal. Lacazette adalah pemain yang dibangunkan dari posisi tengah serangan kepada penyerang sayap dan beberapa musim kebelakangan ini merupakan no.9 yang prominen di Eropah.

Musim lalu, pemain ini menjaringka 37 gol daripada 45 perlawanan dengan purata 2.7 cubaan gol per perlawanan serta 72% hantaran tepat per perlawanan.

Beliau merekodkan gol keseluhan sebanyak 114 daripada 242 penampilan dengan Lyon.

Sistem

Berbalik kepada sistem. Musim lalu Arsenal menjadikan Alexis Sanchez sebagai 9 jadian kerana mereka tidak ada penyerang no.9 moden ataupun pemain no.9 yang boleh ‘roaming’.

Hasilnya amat memberansangkan. Sanchez berjaya membuktikan itulah sistem sebaiknya untuk Arsenal. Agak malang untuk Arsenal tidak mampu mengakhiri musim liga dengan kedudukan lebih baik dengan prestasi luar biasa Alexis Sanchez.

Kenapa sistem itu lebih baik? Ini kerana, rantaian formasi dan taktikal mereka sentiasa diketatkan ketika bertahan, membina serangan dan di kotak serangan.

Mereka lebih fluid di bahagian serangan dengan adanya gerakan yang lebih banyak serta pertukaran posisi di antara pemain.

Pada akhir musim lalu, Arsene Wenger menjelaskan kenapa beliau suka menggunakan Sanchez dan Chamberlain? Arsene Wenger menggariskan aspek 2 pemain ini memberikan sifat dinamik yang berbeza kepada pasukan.

Jadi, kata kunci penting adalah, Wenger mahukan pasukan yang dinamik terutama sekali ketika menyerang.

Berikut adalah 2 lagi aspek yang boleh kita kaitkan daripada pembelian ini.

1. Penambahbaikan sistem: Lacazette sebagai no.9

Bahasa universal kita gelar ia ‘upgrade’. Sistem serangan Arsenal akan ditambah baik dengan adanya Lacazette.

Lacazette akan mengambil alih tugas Sanchez musim lalu dan Arsenal tidak perlu ber-false sistem lagi bila ada Lacazette.

Ini membolehkan Sanchez ditolak ke posisi prima beliau di bahagian penyerang kedua. Posisi yang diisi oleh Iwobi pada musim lalu. Di sebelah kanan, Arsenal biasanya menggunakan Walcott ataupun Chamberlain.

Jadi, anda boleh bayangkan Arsenal memiliki penyerang yang sebaiknya di hadapan dan sokongan yang kuat daripada penyerang kedua yang juga boleh melakukan gol.

Anda masih ingat gandingan semusim SAS di Liverpool satu ketika dahulu? Tidak keterlaluan untuk menjangkakan Arsenal memiliki 2 pemain yang berada di ranking tertinggi penjaring liga.

Jika Lacazette tidak boleh bermain kerana isu penggantungan ataupun kecederaan, sistem ini masih boleh dikekalkan dengan adanya Sanchez sebagai penggempur utama.

Dalam penerangan ini, jika Sanchez kekal di Arsenal, Olivier Giroud bukan lagi plan B. Tetapi lebih kepada plan C. Ini adalah antara potensi pasukan utama Arsenal dalam formasi 4-3-3/4-2-3-1

Ini pula untuk sistem yang berasaskan 3-4-3 seperti yang mereka kerap gunakan akhir musim lalu.

2. Lacazette mengisi Sanchez

Mungkin ini perkara yang kurang digemari penyokong Arsenal, namun mereka sudah ramai yang sudah bersedia akan potensi perkara ini berlaku.

 

Jadi, kali ini, kita lebih melihat kepada aspek teknikal. Ramai juga membayangkan pembelian ini adalah untuk menghadapi kemungkinan pemergian Sanchez.

Dari segi perniagaan, Arsene Wenger mungkin akan menjual Sanchez selepas mendapatkan Lacazette. Pada masa yang sama ini akan mengurangkan perbelanjaan untuk gaji pemain.

Mesut Ozil antara pemain yang masih belum melanjutkan kontrak. Duit tersebut boleh digunakan untuk memenuhi permintaan Ozil. Itu cuma teori saya.

Jadi, di atas kita ceritakan isu meningkatkan kualiti squad depth, yang ini pula kita ceritakan tentang mengenai mengekalkan ‘squad depth’.

Jika Sanchez pergi, Arsenal akan mengekalkan pasukan yang mereka miliki seperti musim lalu secara sistem.

Rumusan

Lacazette adalah pembelian yang boleh dikira ‘marquee signing’ untuk Arsenal. Namun yang lebih menarik adalah kita sama-sama tunggu masa depan Sanchez.

Jika beliau kekal, Arsenal akan memiliki versi serangan bertiga yang lebih baik musim hadapan. Jika beliau memilih untuk pergi, Arsenal akan menjadikan Lacazette sebagai pengganti peranan beliau.

Ini bermaksud, pemain seperti Giroud akan kekal dalam plan B pasukan. Giroud ada kepentingan yang tersendiri kerana beliau menawarkan opsyen lain kepada Arsenal terutama sekali ketika pasukan ini buntu memecahkan blok pertahanan lawan yang padat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN