Analisis: Niko Kovac, Bayern Munich Dan Taktikal Moden 3-5-2 Berasaskan Disiplin & Organisasi

Jumaat lalu, Bayern Munich secara rasminya telah mengumumkan Niko Kovac sebagai pengurus baharu kelab Bavarian itu.

Di sebalik nama-nama besar lain seperti Joachim Low, Julian Nagelsmann, Thomas Tuchel, Zinedine Zidane, dan ramai lagi dikaitkan dengan gergasi Jerman ini, pengurus Eintracht Frankfurt ini akhirnya menjadi pilihan.

Siapakah Nico Kovac? Apakah falsafah bola sepak yang didukung oleh pengendali dari Croatia ini? Adakah Kovac memiliki profail yang diperlukan untuk membawa Bayern ke hadapan?

Calon pilihan Jupp Heynckes

Jupp Heynckes memandang tinggi akan kebolehan Kovac. Ketika ditanya mengenai bakal pengganti kepada beliau yang akan kembali bersara selepas tamat musim ini, Heynckes hanya mempunyai komen positif untuk Kovac.

“Kovac adalah seorang jurulatih yang mementingkan kerja keras, inovatif, cekap dan hidupnya ialah untuk bola sepak. Beliau juga merupakan pengurus yang baik, dan saya yakin Bayern membuat keputusan yang tepat dengan memilih Kovac.”

Niko Kovac. Foto: Reuters.

“Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja dengan pemain dengan latar belakang dari negara yang berbeza di Frankfurt, dan hasil kerja beliau di Frankfurt amat menakjubkan. Ia seperti Kovac telah ditakdirkan untuk membimbing Bayern.”

“Kovac adalah pilihan terbaik, dan saya yakin ianya akan berhasil buat Bayern,” ulas Heynckes mengenai pengganti beliau itu.

(Photo by Jan Hetfleisch/Bongarts/Getty Images)

Kovac sendiri agak bercelaru apabila menerima panggilan telefon daripada Bayern Munich. Bagaimanapun pengendali berusia 46 tahun ini tidak teragak-agak membuat keputusan untuk menyertai kelab yang pernah beliau sertai ketika masih bergelar pemain.

Prinsip bola sepak Kovac

“Kecergasan akan memberi anda keyakinan. Apabila anda berada di tahap kecergasan terbaik, maka anda tidak perlu risau akan tempoh 90 minit perlawanan.”

Jika satu definisi diperlukan untuk memberi penjelasan akan prinsip kerja Kovac, ianya adalah melalui kenyataan yang beliau pernah katakan di atas.

(Photo by Martin Rose/Bongarts/Getty Images)

Kovac adalah peribadi yang sangat terus (straightforward man). Beiau sentiasa fokus untuk menyelesaikan tugasan yang berada di dalam tangan. Dan beliau tidak pernah mengambil ringan setiap aspek untuk menjadi berjaya di dalam bola sepak.

Di Frankfurt, Kovac tidak mempunyai sebarang masalah mengendalikan pemain yang datang dari pelbagai negara dan latar belakang.

“Cara bekerja kami di sini tidak ada kaitan dengan sebarang bentuk agenda politik. Ini adalah bola sepak,” ujar Kovac ketika ditanya mengenai kepelbagaian di dalam pasukan satu ketika dahulu.

Sebagai pengurus, Kovac turut menekankan Bahasa Jerman, sebagai bahasa tunggal dan rasmi dalam persekitaran kerjanya di Frankfurt? Masalah? Tidak ada masalah walaupun Kovac adalah seorang warga Croatia. Ia adalah tuntutan profesioanal.

Menekankan penggunaan Bahasa Jerman sebagai bahasa rasmi yang digunakan di dalam budaya kerja sudah cukup untuk memikat Presiden Bayern Munich, Uli Hoeneß yang mempunyai semangat Bavarian yang kuat.

(Photo by Martin Rose/Bongarts/Getty Images)

Mementingkan aspek kecergasan dan sikap profesional yang tinggi dari pemainnya, bermakna Frankfurt bukan lagi diva pemalas yang merasakan diri bagus, tetapi gagal mencapai potensi.

“Dengan organisasi yang baik, rasa tanggungjawab dan disiplin, sesebuah pasukan mampu mencapai banyak perkara,” ujar Kovac.

Walaupun kaedah Kovac kedengaran seperti satu rejim yang keras, Kovac turut memiliki kebolehan pengurusan yang bagus. Malah ia adalah salah satu aspek yang menjadi kekuatan jurulatih ini.

(Photo by TF-Images/Getty Images)

Kovac sentiasa mementingkan hubungan baik dengan pemain-pemainnya.

“Sikap empati itu penting. Sentiasa terbuka, jujur dan saling mamahami antara satu sama lain adalah nilai kekeluargaan yang perlu diamalkan di dalam pasukan,” jelas Kovac mengenai hubungannya dengan dan sesama pemain.

Falsafah bola sepak Kovac & 3-5-2 high pressing

Sejak Kovac tiba di Waldstadion pada Mac 2016, Franfurt telah mengelakkan diri daripada penyingkiran ke divisyen bawahan.

Musim lalu, mereka mara ke perlawanan akhir DFB-Pokal sebelum ditundukkan oleh Borussia Dortmund, dan berpeluang melakukan sedemikian pada musim ini jika berjaya melepasi halangan di separuh akhir pada musim ini.

(Photo credit should read JOHN MACDOUGALL/AFP/Getty Images)

Di saingan Bundesliga, Frankfurt berada di tangga ke-6, lima mata di belakang Bayer Leverkusen di tangga ke-4 untuk slot ke separuh akhir.

Perlahan, namun apa yang Kovac lakukan di Frankfurt ialah kemajuan. Semuanya diadun bersama corak latihan keras yang diterapkan dan taktikal bola sepak moden.

(Photo by Alex Grimm/Bongarts/Getty Images)

Hasilnya ialah bola sepak high-pressing dengan sistem 3-5-2 yang menyukarkan lawan, termasuk Bayern Munich. Satu lagi kelebihan Kovac ialah beliau tidak memerlukan pembelian mahal untuk melengkapkan pasukannya.

Pada musim ini, Kovac menggunakan skuad sedia ada dan beberapa pemain lain dibawa secara pinjaman untuk membawa cabaran Frankfurt.

3-5-2 Bayern Munich

Jerman adalah sebuah negara yang memiliki ramai jurulatih muda beserta pendukung falsafah bola sepak moden.

Apabila kita menyebut mengenai taktikal moden, ini bermakna pemain tidak akan berada secara rigid di posisi tertentu.

Kami menjangkakan di Bayern, Kovac akan meneruskan falsafah bola sepak high pressing, dan formasi 3-5-2 yang diterapkan sebelum ini di Frankfurt dengan jayanya.

Ini adalah senarai kesebelasan utama pilihan kami, yang mungkin boleh digunapakai oleh Kovac berdasarkan pemain yang dimiliki oleh beliau.

Leon Goretzka yang akan menyertai Bayern selepas Piala Dunia akan digandingkan bersama Tiago Alcatara di bahagian tengah. Goretzka akan lebih banyak membantu bahagian pertahanan dengan peranan sebagai No.6, manakala Alcantara adalah pemain tengah box-to-box yang akan lebih kerap ke hadapan bersama Rodriguez.

(Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

James Rodriguez akan beraksi di posisi kegemarannya sebagai pemain No.10 di dalam posisi ini. Manakala Joshua Kimmich dan David Alaba dijangka akan diberi peranan sebagai bek sayap, dengan Mats Hummels, Jerome Boateng dan Niklas Suele akan membentuk sistem bek bertiga.

Sandro Wagner dan Robert Lewandowski dijangka akan mengisi posisi serangan dengan pemain lain seperti Rafinha, Javier Martinez, Kingsley Coman, Sebastian Rudy dan Corentin Tolliso akan memberikan depth yang diperlukan.

(Photo by Sebastian Widmann/Bongarts/Getty Images)

Dua soalan yang akan timbul selepas ini ialah: 1. Adakah Franck Ribery dan Arjen Robben masih mempunyai tempat di dalam skuad Kovac? 2. Siapakah pemain lain yang mungkin dibawa masuk oleh Kovac untuk memperkuatkan barisan Bayern Munich sedia ada?

Antara tugasan Kovac di dalam pasukan Bayern ialah untuk membentuk sebuah pasukan dengan purata usia yang lebih muda demi memastikan pasukan sentiasa kompetitif di peringkat domestik dan eropah.

FRANKFURT AM MAIN, GERMANY – JANUARY 13: Sebastien Haller of Frankfurt (9) celebrates with Branimir Hrgota of Frankfurt (31) and Marius Wolf of Frankfurt (r) after he scored a goal to make it 1:0 during the Bundesliga match between Eintracht Frankfurt and Sport-Club Freiburg at Commerzbank-Arena on January 13, 2018 in Frankfurt am Main, Germany. (Photo by Maja Hitij/Bongarts/Getty Images)

Di dalam pasukan Frankfurt sendiri, nama seperti Marius Wolf (pemain tengah), Sebastian Haller (penyerang) dan Simon Fallete (pertahanan) mungkin pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh Kovac.

Rumusan

Kovac sememangnya memiliki etika kerja yang diperlukan oleh Bayern. Ia mungkin perkara kedua jika anda mahu mengambilkira kepakaran taktikal sebagai perkara utama, tetapi jika Carlo Ancelotti yang diambil sebagai perbandingan, Kovac membuktikan dirinya adalah pilihan yang lebih baik.

Mengurus sebuah pasukan dengan deretan bintang juga bukan perkara mudah. Tetapi Bayern Munich bukan Real Madrid. Pasukan ini telah diperbaiki oleh Heynckess dan mempunyai keharmonian dan semangat berpasukan yang lebih baik ketika Kovac tiba Julai nanti.

Kovac mungkin akan melakukan rombakan. Ia adalah perkara pertama beliau lakukan ketika tiba di Frankfurt dengan melepaskan beberapa pemain senior dan muka lama di dalam pasukan.

Untuk berada di kemuncak karier adalah satu perkara lain. Untuk mengekalkannya juga merupakan hal lain. Perkara pertama yang Kovac harus sedari kini ialah realiti bahawa beliau kini bakal mengendalikan salah sebuah pasukan terbesar dan dominan di Eropah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN