Analisis Taktikal : Negeri Sembilan Hukum ‘Zonal Marking’ Berterabur K. Lumpur

Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, masing-masing memerlukan kemenangan setelah tewas kepada lawan masing-masing dalam perlawanan pertama MSL 2018.

Skuad warga kota melayakkan diri beraksi di MSL 2018 sebagai juara 100PLUS Liga Premeier musim lalu, manakala Negeri Sembilan dipanggil oleh badan penganjur untuk menggantikan Felda United dan juga T-Team FC yang dijenamakan semula.

Formasi asas

Bercakap mengenai kemenangan, kami menjangkakan kedua-dua pasukan akan turun dengan rentak permainan menyerang.

Negeri Sembilan menyandarkan sistem permainan mereka kepada formasi 4-5-1. Flavio Beck Jr. berperanan sebagai lone pivot, dan Nicolas Velez adalah pilihan jelas sebagai target man pasukan di dalam sistem lima pemain tengah.

Bagi Kuala Lumpur, sistem yang diguna pakai oleh Fabio Maciel Da Silva tidak banyak jauh bezanya dengan apa yang dipratikkan oleh rakan sejawatnya di kem Negeri Sembilan.

Formasi 4-5-1 menjadi taruhan, dengan Paulo Josue adalah lone pivot, dan Guilherme de Paula adalah sebagai target man.

Kredit: Sukan Malaysia Online

Sistem serangan Kuala Lumpur

Secara asasnya, sistem serangan Kuala Lumpur adalah berasaskan kepantasan pemain seperti Ashri Chuhu dan Achmad Jufriyanto di bahagian sayap.

Jufriyanto jelas gagal memainkan peranan di sebelah kanan, kerap hilang bola, dan gerakan beliau sangat mudah dibaca oleh pertahanan lawan. Beliau digantikan dengan Irfan Zakaria bermula babak kedua perlawanan.

Juninho Aparecido dan juga Indra Putra turut kelihatan gagal memberikan persembahan yang sepatutnya. Pada babak pertama permainan, kedua-dua pemain ini kelihatan akan memanipulasi bahagian half-space lawan, namun tiada hantaran penetrasi untuk mencari De Paula.

Sistem pertahanan Kuala Lumpur

Pertahanan Kuala Lumpur dihukum sebanyak dua kali kerana kealpaan dan kelemahan zonal marking yang dipraktikkan.

Analisis gol pertama Negeri Sembilan.

Berdasarkan gambaran di atas, isu disiplin pertahanan Kuala Lumpur wajar dipersoalkan. Kekadang kita tak nampak mereka bertahan sebagai unit.

Sebelum jaringan pertama Nicolas Velez, Kuala Lumpur mendominasi permainan di bahagian tengah tetapi tiada hasil di final third.

Pada ketika itu, Kuala Lumpur sedang berusaha mencari ruang bagi membolosi pertahanan Negeri Sembilan. Hanya dengan satu hantaran lambung, kelemahan di pertahanan Kuala Lumpur terdedah.

Ianya bukan sekali sahaja kelemahan pertahanan Kuala Lumpur didedahkan dalam perlawanan ini. Gol kedua Negeri Sembilan turut berpunca daripada kelemahan zonal marking yang dipraktikkan Kuala Lumpur.

Analisis gol kedua Negeri Sembilan

Gambaran di atas sekali lagi menjelaskan disiplin pertahanan Kuala Lumpur yang lemah. Pertama perhatikan walking pace oleh tiga pemain tengah Kuala Lumpur. Mereka jelas tidak membantu untuk melakukan shield kepada bahagian pertahanan.

Pertahanan sebelah kanan Kuala Lumpur juga sering menjadi isu sepanjang perlawanan. Untuk gol kedua Negeri Sembilan, kita boleh melihat bagaimana Khairul Izuan memanipulasi ruang kosong di bahagian half space Kuala Lumpur.

Kredit: Sukan Malaysia Online

Kedudukan Nicolas Velez juga menampakkan tiada marking yang betul dilakukan terhadap pemain ini. Ketika bola dihantar oleh Khairul Izuan, Velez hanya perlu memanipulasi ruang yang ada.

Di dalam kes ini, Velez turut sudah jelas akan nombor pemain yang cuba mengawal gerakan beliau. Ini sekadar memudahkan lagi tugas Velez sebagai target man Negeri Sembilan menyempurnakan tugasnya.

Kesimpulannya, dua gol oleh Negeri Sembilan terhasil akibat kelemahan zonal marking Kuala Lumpur yang tidak jelas serta tidak punyai organisasi.

Sistem pertahanan Negeri Sembilan

Jika perenggan di atas diambil kira, bahagian serangan Kuala Lumpur sepatutnya tidak mempunyai sebab untuk tidak memberi masalah kepada pertahanan Negeri Sembilan.

Di atas kertas, Kuala Lumpur mempunyai pelan taktikal yang jelas.

Pelan taktikal serangan Kuala Lumpur.

Guilherme De Paula bertindak sebagai target man, manakala Paulo Josue adalah sebagai lone pivot Apakah yang menggagalkan mereka?

Kegagalan bahagian serangan Kuala Lumpur adalah disebabkan oleh disiplin pertahanan yang diterapkan oleh Jorg Steinebrunner ke dalam sistem pertahanan Negeri Sembilan. Perhatikan situasi pertama di bawah.

Sistem pertahanan Negeri Sembilan. Zonal marking berpaksikan kedudukan bola.

Setiap kali Paulo Josue cuba untuk menghantar bola kepada rakan, pemain Negeri Sembilan melakukan zonal marking dengan mengawasi pemain yang berkemungkinan akan menerima bola.

Ini menjadikan hantaran bola oleh Kuala Lumpur, mudah dipintas.

Analisis pertahanan Negeri Sembilan

Negeri Sembilan memiliki aturan disiplin pertahanan yang jelas. Setiap kali pemain Kuala Lumpur memiliki bola di satu-satu zon, pemain Negeri Sembilan akan melakukan pressing segera (rujuk situasi C).

Di dalam kes ini, pemain Kuala Lumpur hanya memiliki dua pilihan. Melakukan body feint ke arah kanan untuk menewaskan dua pemain Negeri Sembilan yang datang ke arahnya, atau menghantar bola ke pemain terdekat.

Kredit: Sukan Malaysia Online

Kedua-dua situasi adalah sukar buat pemain Kuala Lumpur yang memegang bola ini, mengambil kira sokongan pemain yang dimiliki oleh Negeri Sembilan untuk merampas bola.

Kejayaan Negeri Sembilan merampas bola di bahagian tengah sebeginilah yang menghukum Kuala Lumpur sebanyak dua kali di babak pertama perlawanan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, zonal marking dan pressing mudah yang dilakukan oleh Negeri Sembilan sudah memadai untuk menghukum benteng Kuala Lumpur.

Manakala bagi skuad warga kota, isu jelas yang perlu mereka perbaiki ialah disiplin pemain terutama di bahagian pertahanan. Adakalanya, pemain hanya berada di walking pace, tanpa sebarang urgency untuk memulihkan keadaan yang sudah jelas terdedah.

Bagi skuad Hobin Jang Hobin, satu-satunya isu mungkin ialah selepas kecederaan Nicolas Velez pada separuh masa babak perlawanan. Intensiti serangan balas jelas seperti kehilangan selepas itu, tanpa target man di bahagian tengah.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN