Negeri Sembilan menang 2-1 ke atas pasukan Pahang dalam perlawanan ke-4 Piala Malaysia 2017.
Permulaan
Negeri Sembilan bermain dengan sistem 4-4-2 tanpa menurunkan penggempur utama mereka Bruno Suzuki dan Behe. Manakala pasukan Pahang pula turun dengan formasi 4-4-2 dengan menggandingkan Romero dan Alves di serangan utama.
Pahang hilang cengkaman di tengah
Tengah berempat pasukan Pahang yang dibarisi Ashaari, Azam, Syamim dan Sumareh gaga mendominasi ‘center circle’. Mereka sangat terpecah di kawasan tersebut.
2 pivot Negeri Sembilan, Vidic dan Lee Tuck berjaya menghancurkan (destroying) barisan tengah paskan Pahang.
Pahang bergelut di tengah, sama ada untuk cuba menyerang dengan laluan tersebut ataupun ketika bertahan. Azam Azih dan Syamim Yahya memberikan terlalu banyak ruang di tengah pertahanan.
Sementara itu, Ashaari Shamsuddin dan Sumareh sangat malas untuk turun ke bawah untuk membantu pertahanan di sisi. Ashaari memang tipikal pemain ‘hole’ jadi, sifat defensif beliau lemah.
Bulatan adalah zon di mana Negeri Sembilan diberikan ruang selesa ketika menyerang. Tekanan yang lemah daripada pemain-pemain Pahang serta pemain sayap mereka tidak aktif membantu pertahanan sisi.
Taktikal Negeri Sembilan
Taktikal mereka agak direct tetapi berkesan. 2 pivot mereka bermain baik di tengah untuk meneutralkan ancaman pasukan Pahang. Lee Tuck antara pemain penting dalam circulation bola untuk serangan balas.
Setrusnya, pasukan Negeri Sembilan jelas sekali pasukan yang lebih dahagakan kemenangan berbanding pasukan Pahang. Gol pertama adalah daripada kesungguhan mereka untuk memenangi bola yang hampir hilang.
Farderin dengan bijak memperdaya Jae Won yang terlalu awal cuba melakukan hadangan. Itu adalah risiko oleh Jae Won. Dalam jarak yang sebegitu, beliau menjatuhkan badan, Farderin memanipulasi ruang yang ada.
Negeri Sembilan bertahan dengan kompak. Namun ada isu jelas mereka kerapkali gagal mengenakan tekanan segera kepada pemain Pahang.
Pemain mereka terlalu ‘toleransi’ ke atas pemain pemain Pahang. Ini yang membuatkan pemain seperti Sumareh dan Ashaari kerap melakukan hantaran untuk mencipta peluang tanpa ada tekanan yang kuat.
Kelemahan pertahanan Pahang
2 gol Negeri Sembilan adalah kerana kesilapan defensif (defensive error) dan hilang posisi (positioning error). Gol pertama adalah daripada kegagalan Jae Won melakukan hadangan.
Gol kedua pula adalah kerana Afif yang gagal mengawal ruang di zon beliau. Afif cuba mengejar pemain lain dan ruang di kawasan beliau dibuka.
Gol kedua Negeri Sembilan ini memang jaringan yang menggabungkan teknik dan skil yang sangat baik. Peluang dicipta dengan ‘outside foot’.
Khairul jelas menunjukkan indikasi yang sangat baik meminta bola sambil memanipulasi ruang yang ditinggalkan oleh Afif.
Khairul kemudiannya mengawal bola, dan berjaya melakukan ‘turning’ tanpa ada cabaran daripada pemain Pahang yang sudah terpecah di organisasi pertahanan paling rendah. Satu ‘turn’ dan satu cubaan gol yang cantik.
Respon Pahang
Pada separuh masa kedua, Pahang cuba memberikan respon ketinggalan 2 gol. Namun mereka gagal untuk lebih dominan. Kemasukan pemain seperti Wan Zaharulnizam dan Joseph Kalang Tie lebih kepada pertukaran teknikal.
Tidak ada perubahan taktikal yang signifikan. Mereka menjaringkan 1 gol untuk merapatkan jurang daripada pergelutan di dalam kotak penalti dalam situasi bola mati.
Penilaian
Negeri Sembilan berhak menang perlawanan ini kerana mereka lebih keinginan secara berpasukan untuk menang sejak dari awal. Lee Tuck menjadi pemain penting di tengah dengan pengaruh beliau di bulatan tengah.
Seterusnya, 2 gol Negeri Sembilan gandingan visi dan kebijaksanaan teknikal. Gol kedua itu memang satu gol berpasukan yang sangat baik.
Tactical tweaks oleh Pahang dengan menggandingkan Alves dan Romero sebagai penyerang kembar, satu eksperimental gagal.
Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA
Lee Tuck (Negeri Sembilan)
Beliau mengawal bahagian tengah dengan corak permainan lasak yang dominan. Mampu melakukan hantaran penting ke zon serangan.