Negeri Sembilan dan Sabah hanya mampu seri tanpa jaringan dalam suku akhir kedua Piala FA 2017. Negeri Sembilan mara ke separuh akhir dengan aggregate 1-0.
Analisis
Sabah ada kekuatan tapi tak digunakan sebaiknya
Sabah memberikan masalah kepada Negeri Sembilan dengan kepantasan di kawasan sayap mereka.
Banyak gerakan dari bahagian sayap yang digerakkan oleh Jitozono dan Maxsius Musa yang gagal dibendung Negeri Sembilan.
Namun malangnya mereka tidak melihat potensi dan menghargai kekuatan ini dengan lebih baik. Jurulatih Negeri Sembilan terpaksa membuat pertukaran awal memasukkan Mohd Izuan yang lebih kepada defensive winger.
Sabah lebih fokus kepada hantaran panjang terus ke dalam kotak penalti. Sedangkan mereka sentiasa bermasalah untuk memenangi bola di udara.
Seterusnya adalah, pemain mereka kurang cerdas dalam mengambil keputusan ketika ada bola di kaki. Lihat 2 situasi di bawah ini.
Pemain cuba menggelecek walaupun ada sokongan secara posisi oleh rakan. Akhirnya hilang bola mudah.
Contoh 1:
Contoh 2:
Negeri Sembilan bergelut separuh masa pertama
Ia adalah persembahan yang boleh dikatakan tidak terurus oleh Negeri Sembilan pada separuh masa pertama.
Mereka ada masalah dengan permainan berpasukan dan juga permainan kombinasi. Simic mungkin pemain terbaik mereka dalam perlawanan ini, namun kontribusi secara pemain pasukan (team player) sangat lemah.
Simic terlalu menutup mata dan telinga beliau untuk opsyen di kiri dan kanan dan lebih mengejar kejayaan individu (personal glory).
Simic mencari ruang untuk dirinya sendiri untuk melepaskan cubaan walaupun ada sokongan dan gerakan yang baik di sekitar beliau.
Tugas pertahanan Sabah dimudahkan oleh Simic. Ketika mereka terpecah Negeri Sembilan tidak memanipulasi keadaan itu.
Pada separuh masa kedua mereka memperbaiki isu permainan berpasukan meskipun Simic meneruskan aktiviti beliau. Namun mereka lebih baik apabila gerakan serangan mereka lebih banyak masuk ke dalam kotak penalti Sabah.
Pertarungan direct football
Dari segi gerakan formasi dan perancangan taktikal, tak banyak yang mampu diulas. Ia adalah pertarungan direct football.
Kedua-dua pasukan banyak menggunakan hantaran tinggi yang terus mencari target man. Negeri Sembilan ada kualiti pemain yang lebih baik namun mereka tidak mampu membentuk combination play yang berkesan.
Bruno Suzuki jelas merasai impak dalam sistem ini kerana dia memerlukan lebih animasi dan outlet bola daripada pemain seperti Simic.
Sabah pula, mereka lebih kritikal dengan direct football. Mereka terlalu awal melepaskan bola tinggi ke hadapan walaupun hanya 2 pemain berhadapan dengan 5 pemain di kawasan Negeri Sembilan.
Ia adalah tindakan yang sangat tidak realistik.
Pada separuh masa kedua, Sabah langsung tidak ada gerakan yang menarik di bahagian serangan seperti separuh masa pertama.
Negeri Sembilan mara lebih jauh dan Sabah turun terlalu ke belakang
Pada separuh masa kedua, unit pemain Sabah turun terlalu ke belakang (drop too deep) pada separuh masa kedua. Mereka sepatutnya pasukan yang mencari gol.
Apabila 2 banks of four mereka turun terlalu ke bawah ia membawa kepada 2 masalah:
1. Mengundang Negeri Sembilan mara lebih jauh
2. Masalah untuk transisi bola (serangan balas), memerlukan pemain keluar dari jarak lebih jauh
Secara adilnya, pertahanan Sabah beraksi baik dalam perlawanan ini jika dikira dari segi penilaian defensif sahaja.
Mereka rajin dan berusaha menutup ruang dengan segera walaupun berhadapan dengan kualiti pemain Negeri Sembilan yang lebih baik.
Ancaman untuk Sabah mulai banyak diberikan dari kawasan sayap kiri Negeri Sembilan menerusi Khairul Anwar.
Namun setiap kali pertahanan Sabah merampas penguasaan bola, proses circulation bola Sabah sangat lemah apabila bola sampai di kaki pemain tengah.
Pemain tengah mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan bola selain daripada hantaran tinggi terus ke dalam kotak penalti.
Proses yang sama berulang dan berulang sehinggakan pemain serangan mereka letih mengejar bayang di dalam padang.
Apabila sistem serangan balas anda rosak maka sistem sit deep and counter attack adalah gagal. Itu adalah pendekatan yang mereka cuba amalkan dalam perlawanan ini walaupun.
Penilaian
Seri adalah keputusan yang adil untuk kedua-dua pasukan. Ini bukanlah perlawanan yang benar-benar pertarungan taktikal.
Untuk pasukan yang memiliki unit pemain yang lebih baik seperti Negeri Sembilan ia bukan aksi yang baik secara berpasukan.
Untuk pasukan Sabah pula, berdasarkan kualiti pemain, mereka sebenarnya boleh memberikan persaingan.
Namun mereka ada masalah keyakinan diri untuk mengatasi pasukan Negeri Sembilan. Pemain cepat panik apabila melihat pemain lawan.
Ini lebih kepada simptom tidak yakin dengan diri sendiri. Ada beberapa pemain yang kompeten di dalam padang seperti Maxsius Musa, Leopord Alfonso Otong dan Masaya Jituzono.
Namun 3 pemain ini tidak ada ‘pasukan’ untuk bermain dengan mereka di dalam padang. Pemain-pemain Sabah perlu ada jiwa lebih besar di dalam padang untuk mengeluarkan potensi terbaik mereka.
Negeri Sembilan tidak memperbaiki taktikal mereka di separuh masa kedua. Apa yang membuatkan mereka lebih baik adalah intensiti yang ditingkatkan serta pendekatan Sabah yang lebih pasif dengan turun lebih ke bawah (drop deeper).
Saya pun hairan kenapa Sabah pula yang bermain pasif sedangkan mereka 1 gol di belakang. Sabah ada isu dengan kecergasan (fitness) dan pemain mereka jelas hilang tenaga selepas 60 minit.
Secara keseluruhan, Negeri Sembilan dan Sabah perlu juga memperbaiki isu kreativiti. Ini termasuk variasi pada hantaran serta gerakan taktikal (off ball movement).
Pemain terbaik
Khairul Anwar Shahruddin (Negeri Sembilan)
Awalnya, saya merasakan Masaya Jitozono sebagai pemain terbaik perlawanan. Namun beliau hilang sentuhan pada separuh masa kedua.
Simic mungkin banyak melakukan cubaan gol dan ancaman bahaya. Namun perlawanan ini memerlukan lebih ramai pemain seperti Khairul Anwar untuk memecahkan 2 banks of four pasukan lawan.
Khairul Anwar sentiasa melepaskan bola lebih awal dan pada masa yang sama cuba mencipta beberapa peluang. Beliau turut melakukan 1 cubaan terkena tiang gol.
Tahniah Negeri Sembilan!
Baca juga: Analisis Taktikal: Manchester United Tajam Dengan Kelajuan Dan Serangan Sayap