Analisis Taktikal MSL 2017: Ghaddar Membuli Pertahanan Perak Di Garisan Tinggi

Perak tewas 2-4 di Ipoh selepas aksi memukau Ghaddar di dalam perlawanan ini terutama pada 15 minit terakhir permainan.

Permulaan

Perak turun dengan formasi 4-3-3. Manakala Kelantan bermain dengan 4-1-3-2.

Kelantan gugup vs serangan dari kanan Perak

Terus dari sepak mula lagi mereka sudah diancam oleh percubaan gol oleh Perak.

Kemudian serangan Perak banyak digerakkan oleh Zaquan Adha yang bermain dalam prestasi terbaik dalam perlawanan ini.

Zaquan terlalu mudah melepasi Qayyum dalam perlawanan ini. Disiplin pertahanan 2 bek sisi Kelantan memang agak mencemaskan.

Gol pertama Mirchev adalah kerana 2 bentesan lemah oleh pemain Kelantan di sebelah kiri. Ketika bola dihantar ke far post, Danso hanya mampu memerhatikan Mirchev.

Perak ada 2 flanker yang menjadi asas kepada sistem 4-3-3 mereka. Namun Zaquan Adha jauh lebih efektif daripada Nazreen Nawi.

Terlalu banyak peluang gol yang dicipta oleh Zaquan dalam perlawanan ini. Namun sayangnya penyudah pasukan Perak agak lemah.

Mereka boleh membunuh perlawanan ini lebih awal namun mereka tidak melakukannya.

Kelantan pula kerap bermasalah ketika mereka diserang balas. Ini kerana kordinasi mereka ketika menyerang adalah dengan 3-4-1-2.

Disiplin 2 bek sisi Kelantan agak teruk ketika bertahan. Mereka tidak cukup komited untuk turun segera atau terus bergerak ke bawah ketika diserang balas.

Badhri Radzi dan sistem tengah Kelantan

Badhri Radzi efektif menjadi asas ancaman untuk pasukan Kelantan. Ketika Kelantan tersentak dengan bolos minit ke-17.

Seminit selepas itu hantaran panjang beliau menjadi ancaman dan hampir memberikan gol segera untuk Kelantan selepas ketinggalan, mujurlah Hafizul Hakim berjaya menafikannya.

Pada separuh masa kedua, hampir kesemua gol adalah berpunca daripada hantaran beliau sama ada yang mencetuskan ancaman langsung atapun tidak langsung.

Kelantan jelas bermain dengan sistem hantaran panjang di dalam perlawanan ini. Namun ada 2 fasa penting. Fasa pertama, ia nampak teruk pada separuh masa pertama.

Fasa kedua, ia nampak luar biasa pada separuh masa kedua. Ini kerana kualiti hantaran panjang Badhri Radzi dan gerakan tanpa bola yang lebih baik .

Isu workload Gomis sekali lagi

Isu ini berlaku dengan kritikal ketika perlawanan menentang Selangor dan antara sebab kenapa mereka tewas ketika itu.

Badhri Radzi, Zairul Fitree dan Khairul Izwan Rosli/Indra (ketika pertukaran posisi dan peranan) sangat lemah membantu Gomis untuk melindungi bek berempat.

Kesannya, Gomis kerap buntu untuk menghentikan ancaman daripada pemain-pemain yang masuk ke zon defensifve third Kelantan.

Di bawah ini saya jelaskan, 2 weakest link pasukan Kelantan. Gomis jelas ada isu workload sekali lagi kerana Khairul Izuan dan Badhri Radzi agak lemah ketika turun bertahan.

Ini yang mendedahkan Kelantan kepada ancaman mudah oleh pasuakan Perak. Ianya masalah yang sama ketika mereka tewas di tangan Selangor.

Isu space marking yang lemah membuka ruang yang besar.

Larian ofensif Ghaddar

Ini adalah masalah utama Perak. Pada separuh masa pertama, Ghaddar agak tumpul untuk menyudahkan gerakan beliau.

Namun pada separuh masa kedua, Hafizul Hakim gagal untuk berterusan menyelamatkan pintu gol Perak.

Pada ada separuh masa kedua, 3 kali Ghaddar melakukan ancaman menewaskan garisan petahanan akhir dan mencipta 1 lawan 1.

2 daripada 3 gerakan itu dilakukan dalam jarak 3 minit.

Tengah bertiga Perak terlalu lemah untuk melindungi bek berempat dan pemain seperti Hafiz Kamal kelihatan sudah tidak ada stamina.

Di bek berempat, Perak terlalu mudah ditewaskan oleh Ghaddar di garisan tinggi. Mereka outpaced oleh Ghaddar.

Gol ke-4 Kelantan juga kerana Perak lemah di garisan tinggi. Pemain terlalu statik untuk mengawal lawan dan tidak nampak keliru dengan peranan masing-masing dalam zonal marking.

Silap taktikal Perak, mereka sudah nampak pattern Badhri Radzi Ghaddar ini dari awal tetapi tidak ada plan untuk membendung sistem ini.

Pressing dan pressuring yang lemah di tengah dan tidak ada pressure kepada Badhri Radzi memudahkan lagi beliau melakukan hantaran sesedap rasa.

Rumusan

Ia kekalahan yang agak kejam kepada Perak. Namun mereka harus menyalahkan diri sendiri.

Pertamanya mereka gagal mencari gol kedua walaupun banyak peluang gol. Ketiga mereka, memberikan keyakinan kepada Kelantan untuk mendapatkan sesuatu di dalam perlawanan ini.

Perak boleh mendahului dengan 2 atau 3 gol tetapi mereka terlalu membazir. Seterusnya, ketika mereka bergelut untuk menjaringkan gol, pertahanan mereka terlalu naif dibuli Ghaddar dan Badhri Radzi.

Saya boleh katakan Kelantan tidak bermain dalam taktikal yang baik. Tetapi mereka hanya perlukan 2 men show di atas padang untuk membawa balik 3 mata dari Ipoh.

Badhri Radzi dengan hantaran vertikal membunuh dengan larian ofensif Ghaddar adalah kunci utama kemenangan Kelantan.

Di pertahanan Kelantan dan Perak masing-masing ada isu dengan track back, bek sisi yang kurang disiplin ketika bertahan dan perlindungan lemah daripada pemain tengah.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Mohamed Ghaddar (Kelantan)

Perak vs Kelantan ,Kelantan player,Mohamad Ghaddar (22),during Super League match at Stadium Ipoh Perak on,1 March 2017,Photo by Zulfachri Zulkifli / www.asiana.my,

Baca juga: Video: Gol Minit Akhir Juliano Mineiro Yang Kontroversi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN