Analisis: Menjelaskan Perubahan Peranan Granit Xhaka Di Bawah Arteta

Granit Xhaka antara pemain yang menikmati kebangkitan tersendiri di bawah kendalian Mikel Arteta.

Beliau kini menjadi nadi penting skuad Arteta dengan keupayaan beliau melaksanakan perancangan taktikal.

1. Posisi

Dari segi posisi beliau masih lagi diletakkan sebagai pemain tengah pertahanan seperti sebelum ini.

Granit Xhaka merupakan pilihan utama Mikel Arteta berbanding dengan beberapa pemain yang lain.

2. Peranan

Jika dari segi posisi, Xhaka secara pernomboran adalah sama dengan sebelum ini. Namun dari segi peranan ini yang membezakan sedikit.

Pada fasa bertahan beliau masih lagi pemain yang akan menjadi pemain tengah defensif.

Tetapi apabila pasukan Arsenal masuk ke fasa serangan beliau akan kerapkali menjadi half back yang berada di sebelah kiri.

Biasanya pemain nombor enam akan menjadi bek separa (Half back) yang akan berada di tengah-tengah dua dan tiga bek tengah yang biasa.

Tetapi untuk Xhaka  – di dalam sistem permainan Arsenal bawah Arteta – beliau akan ke sebelah kiri.

Idea dia adalah untuk membolehkan fullback dilepaskan sejauh mungkin ke bahagian atas.

Peranan ini sebenarnya sama sahaja dengan pasukan yang membentuk back 3 dengan half back apabila menyerang.

Cuma di dalam pasukan Arsenal, peranan bek tengah sebelah kiri itu tidak dipegang oleh David Luiz. Ianya diberikan kepada Xhaka.

Jadi, Xhaka perlu melaksanakan tugasan beliau secara taktikal dengan cekap.

Kesannya pemain seperti Bukayo Saka yang kerap bermain di bek sisi juga mendapat perlindungan.

3. Kenapa Xhaka yang diarahkan menjadi wide centre back?

Jawapan dia adakah kerana pemain itu faham untuk peranan itu.

Arsenal sebelum ini kerap bergelut dengan pembentukan formasi tersebut dengan David Luiz ataupun pemain lain.

Misalnya dalam perlawanan menentang Liverpool, David Luiz sangat teruk dimanipulasi oleh Mohamed Salah.

Seterusnya, Xhaka merupakan pemain yang agak cuai dalam melakukan bentesan.

Apabila beliau berada di posisi DM sepanjang masa, maka beliau akan terjejas dengan kesilapan melakukan kesilapan kawasan yang sangat bahaya di luar kotak penalti.

Seterusnya Xhaka masih boleh melakukan hantaran dari belakang sebagai deep lying playmaker dari zon yang ke tepi sedikit.

4. Peranan sementara ataupun jangka panjang?

Tidak pasti sama ada ini adalah peranan yang sementara ataupun jangka panjang.

Hal ini kerana Arsenal akan berhadapan dengan masalah lain jika mereka kehilangan Xhaka, dan pemain lain gagal bermain peranan seperti itu.

Mungkin juga Arteta sedang membentuk wide centre back yang efisien ketika ini di pusat latihan. Dan Xhaka diarahkan untuk memainkan peranan itu sementara.

Rumusan

Arsenal membuat sedikit perubahan ketika fasa mereka membentuk serangan, di mana bek sisi ditolak ke atas dan pemain no.6 menjadi bek separa.

Bezanya pemain no.6 ini menjadi wide centre back dan bukannya half back yang mencelah di antara dua bek tengah yang biasa.

Ia jelas sekali berbeza buat masa ini.

Selain itu Xhaka juga beberapa kali bermain sebagai bek tengah dan bek sisi di bawah Arteta. Bukti kepada Arteta yakin kepada versatiliti yang ada pada pemain itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN