ANALISIS: Manipulasi Garisan Tekanan Kedua Bantu Liverpool Runtuhkan ‘High Pressings’ Spurs

Liverpool

Liverpool berjaya mengekalkan momentum kemenangan mereka setelah menumpaskan Tottenham Hotspur 2-1 dalam saingan Premier League.

berjaya mengekalkan momentum kemenangan mereka setelah menumpaskan Tottenham Hotspur 2-1 dalam saingan Premier League.

Dua jaringan daripada Mohamed Salah di babak pertama perlawanan sudah cukup untuk membantu Liverpool mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini.

Meskipun diasak hebat oleh pasukan lawan di separuh masa kedua, sehingga membolehkan mereka untuk berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Harry Kane.

Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan berintensiti tinggi yang menyaksikan Liverpool dan Spurs cenderung untuk melakukan tekanan secara ‘high pressings’ bagi menganggu rentak serangan lawan masing-masing.

Namun Liverpool dilihat lebih cemerlang dalam melepasi tekanan tinggi pihak lawan, dan antara salah satu strategi yang digunakan mereka adalah dengan memanipulasi garisan tekanan kedua pasukan lawan.

Apa itu garisan tekanan kedua? Analisis kami kali ini akan merungkaikannya.

Organisasi bertahan Spurs

Spurs memulakan perlawanan ini dengan sistem 3-5-2, dan apabila mereka kehilangan penguasaan bola, mereka akan membentuk blok pertahanan secara ‘5-3-2 Mid-blocks’, bahkan mereka tidak akan teragak-agak untuk menaikkan blok pertahanan mereka secara ‘high blocks’ untuk menekan Liverpool.

Seperti yang dapat dilihat menerusi gambar di atas, garisan tekanan pertama Spurs diketuai oleh dua pemain penyerang mereka iaitu Ivan Perisic dan Kane.

Garisan tekanan kedua pula ditunjangi oleh trio pemain tengah iaitu Pierre-Emile Hojberg, Yves Bissouma dan Rodrigo Bentancur, manakala garisan pertama mereka dikemudi oleh barisan bek berlima mereka.

Cara Liverpool memaanipulasi garisan tekanan kedua Spurs

Setiap kali memperoleh penguasaan bola, Liverpool cenderung untuk bermain secara ‘build-up from the back’, dan ini menjadi isyarat penting buat Spurs untuk menaikkan blok pertahanan mereka bagi melakukan ‘high pressings’.

Fokus utama Spurs adalah untuk menutup opsyen hantaran Liverpool kepada dua pemain tengah mereka iaitu Thiago Alcantara dan Fabinho, bagi memastikan The Reds bermain di bahagian ‘wide area’, serta melakukan hantaran-hantaran jauh yang tidak efektif.

Namun Liverpool mengatur gerakan serangan mereka secara tersusun, dan memastikan akan ada pemain yang berada di belakang tiga pemain tengah Spurs yang membentuk garisan tekanan kedua pasukan mereka.

Organisasi serangan ini membolehkan Ibrahima Konate melakukan hantaran kepada Salah, yang kemudiannya melakukan kuisan kepada Harvey Elliot yang diawalnya sudah berada di belakang pemain tengah Spurs (garisan tekanan kedua).

Roberto Firmino yang memainkan peranan sembilan jadian (false nine) menjadi pilihan hantaran Elliot yang mempunyai ruang serta mencukupi dalam menilai opsyen hantarannya.

Darwin Nunez turut memainkan peranan penting dalam membuka ruang buat Firmino, apabila beliau melakukan ‘pinnings’ bagi mengunci dua pemain pertahanan Spurs bersamanya.

Ia sekali gus membolehkan Firmino menyerang ruang, serta melakukan hantaran ke bahagian ‘wide area’ yang terbuka luas buat Andrew Robertson untuk melebarkan permainan.

Ketika Robertson berada di kedudukan selesa untuk melakukan hantaran lintang tanpa sebarang tekanan, Salah secara drastik meningkatkan dinamik lariannya bagi menyerang ruang yang terbuka di antara dua pemain ‘centre-backs’ Spurs.

Ketika hantaran lintang Robertson dilakukan, Liverpool berjaya mencipta situasi 4v4 dalam kawasan pertahanan lawan.

Hantaran lintang Robertson berjaya menemui Nunez yang mempunyai ruang serta masa, ekoran daripada bukaan ruang yang besar di antara garisan pertahanan dan garisan tengah Spurs, hasil manipulasi garisan tekanan kedua tuan rumah oleh Liverpool.

Ruang serta masa yang mencukupi membolehkan Nunez melakukan hantaran kepada Salah.

Seterusnya membantu Liverpool menjaringkan gol pertama perlawanan.

Meskipun Eric Dier menjadi punca utama kepada kejayaan Liverpool menjaringkan gol kedua mereka, namun Liverpool turut mensasarkan peluang untuk memanipulasi garisan tekanan kedua Spurs sejurus sebelum kesalahan tersebut dilakukan.

Ketika hantaran bola terus dilakukan oleh Alisson Becker, terdapat tiga pemain Liverppol yang berada di belakang garisan tekanan kedua Spurs, sekali gus berpeluang membantu mereka untuk mencipta situasi 3v3 bersama pemain pertahanan lawan.

Kesilapan Dier yang menanduk lemah bola hantaran Alisson tersebut membolehkan Salah menghukum pasukan tuan rumah bagi menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan ini.

Setiap masalah ada penyelesaiannya

Sudah tentu, bermain dengan tekanan tinggi (high pressings) merupakan salah satu komponen bola sepak moden. Namun harus diingat bahawa mana-mana pasukan yang bermain secara ‘high pressings’ ini akan mendedahkan mereka kepada risiko serangan balas pasukan lawan sekiranya ia tidak dilakukan dengan efektif.

Dalam perlawanan ini, Liverpool telah menunjukkan kepada kita salah satu cara untuk melepasi tekanan tinggi pasukan lawan, iaitu dengan memanipulasi garisan tekanan kedua mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN