PSG menang 2-0 dalam perlawanan pertama dengan Man. United di Old Trafford. Ianya bekalan yang sangat baik untuk timbal balik di Paris.
Permulaan
Manchester United menggunakan sistem 4-3-3 sebagai asas kepada formasi mereka. Manakala PSG tampil dengan pelan yang mengejutkan dengan 4-5-1 yang klasik.
Penguasaan PSG di tengah
Pada awal perlawnanan, Man. United dilihat memberikan banyak masalah kepada PSG. Ini kerana pada awalnya, PSG masih mecari rentak di tengah.
Namun selepas PSG mendapatkan cengkaman dan dominasi di tengah, Man. United ‘mati akal’ dengan pertarungan di tengah.
Secara asasnya Tuchel sentiasa memastikan di tengah mereka ada unit pemain yang ramai. 4-5-1 secara asas dan 3-4-2-1 ketika transisi kepada serangan.
Daniel Alves menjadi pemain sayap defensif untuk membolehkan Julian Draxler masuk ke half space dan menggunakan ruang di belakang Mbappe.
Solskjaer tampil dengan pelan taktikal yang ofensif dan terbuka. Ini kerana, beliau memikirkan ini adalah hari terbaik untuk Man. United mendapatkan sesuatu daripada PSG dengan kecederaan beberapa pemain utama mereka.
United bertahan dengan sistem 4-1-4-1. Pogba-Matic-Herrera dibuli teruk di bahagian tengah.
Pogba dikenakan rantaian khas (special marking) oleh Tuchel. Jelas Pogba agak tertekan secara psikologi dengan sistem ‘destroying’ oleh PSG – menggunakan Marquinhos.
Sistem yang digemari Mourinho ketika berhadapan dengan lawan ‘besar’ mereka satu ketika dahulu. Itu yang dilakukan Mourinho ketika merantai pemain seperti Hazard – dengan menggunakan Ander Herrera. Pelan taktikal ini menjadi untuk PSG, kerana mereka mengurung Pogba dalam ‘kandang’. Pogba pemain yang sedang dalam prestasi terbaik.
Beliau adalah ‘sel dominan’ untuk sistem Solskjaer sejak pengurus itu mengambil alih.
Wenger: United gagal di tengah dan PSG sangat teknikal
Wenger dalam analisis beliau di BeIN berkata: “Perbezaan teknikal, kepantasan dan persefahaman menjadi semakin besar ketika perlawanan ini semakin berjalan.”
Wenger menyatakan bahawa, pemain-pemain Man. United sukar untuk berlawan 1 v 1 kerana kualiti teknikal PSG terutama sekali pemain seperti Mbappe.
Oleh itu, untuk menghentikan PSG anda perlukan taktikal berbanding dengan terlalu banyak pertarungan duel antara pemain.
Manchester United juga tidak cukup pantas untuk menekan ataupun menghentikan hantaran serta gerakan para pemain PSG. Di bawah ini PSG dengan mudah meletakkan pemain di zon padat dan melakukan pertukaran hantaran.
Wenger juga menjelaskan United dibuli di tengah
“Saya faham, ini adalah UCL dan anda tidak boleh menguasai di tengah itu sepanjang malam, namun hari ini Man. United didominasi [dengan teruk] oleh PSG di tengah.”
https://www.youtube.com/watch?v=tQt96VbL6qc
“Mereka kalah dalam pertarungan di tengah. Apabila anda tidak mampu menyimpan bola lama di tengah, anda dalam masalah.”
Masalah binaan serangan United
Man. United sekali lagi menunjukkan mereka bermasalah dengan binaan serangan daripada bawah. Berhadapan dengan pasukan yang sangat intensif dalam menekan lawan di garisan tinggi, Man. United kerap panik.
Pada separuh masa kedua, Thomas Tuchel menaikkan lagi intensiti pada permainan dengan mengarahkan Di Maria dan Draxler untuk beroperasi lebih tinggi. Pada fasa ini, formasi 4-5-1 ditukar kepada 4-2-3-1.
Jika anda ingat, saya pernah menyatakan Solskjaer cuba membentuk pasukan yang membina serangan daripada bawah namun beliau menolak 2 bek tengah itu tinggi sedikit untuk memastikan mereka ada jarak dan ruang memenangi balik bola jika ada kesilapan.
Ramai pemain Man. United hanya mampu terpaksa bermain individu kerana sistem mereka tidak berfungsi baik. Ander Herrera rajin turun naik dan kesungguhan tinggi – namun kualiti di final third beliau kurang. Itu antara definisi kepada malam Man. United ketika itu.
United tidak efektif di bahagian sayap dan juga sukar melakukan lebih banyak larian ofensif di bahagian tengah. Berbeza dengan PSG, mereka lebih lancar dalam serangan balas, dalam mencipta peluang serta gerakan.
Rumusan
Thomas Tuchel hadir dengan pelan taktikal lebih stabil. Sementara itu Ole Gunnar Solskjaer menyaksikan pusat utama taktikal beliau rosak di tengah.
Manchester United masih ada 90 minit lagi di Paris. Beberapa aspek pertahanan juga perlu diperbaiki oleh mereka. Ada beberapa siri serangan PSG yang sepatutnya pertahanan Man. United memberikan reaksi lebih baik. Mujur De Gea berada dalam prestasi terbaik seperti kebiasaannya.
Seterusnya ramai pemain Man. United – termasuk pemain gantian seperti Alexis Sanchez berada di prestasi bawah par.