ANALISIS : Man City Aktifkan Sistem ‘Inverted Fullbacks’ Untuk Matikan 3-4-3 Spurs

Manchester City (Man City) mempamerkan kebangkitan penuh sensasi apabila mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas Tottenham Hotspurs (Spurs) dalam aksi English Premier League (EPL) di Stadium Etihad.

Spurs terlebih dahulu mendahului pasukan tuan rumah apabila Dejan Kulusevski dan Emerson masing-masing menjaringkan gol pada penghujung babak pertama perlawanan.

Namun, pemain Man City seakan ‘dirasuk’ sebaik perlawanan memasuki babak kedua, di mana mereka mencipta kebangkitan luar biasa dengan menjaringkan 4 gol menerusi Julian Alvarez, Erling Haaland, serta 2 gol daripada Ryad Mahrez.

Meskipun ketinggalan kepada pasukan pelawat, Man City dilihat mahu mendominasi perlawanan ini menerusi ‘possession-based’, di mana mereka akan cenderung untuk membina gerakan serangan mereka daripada Penjaga Gol setiap kali memperoleh penguasaan bola.

Namun, salah satu penekanan taktikal yang diterapkan oleh Jurulatih Man City, Pep Guardiola dalam perlawanan ini adalah peranan ‘inverted fullbacks’ yang digalas oleh pemain remaja mereka, Rico Lewis.

Gambar di atas menunjukkan struktur asas binaan serangan Man City yang berasaskan struktur ‘2-2’ dalam perlawanan ini, di mana Rico Lewis akan melakukan ‘inverting’ ke bahagian tengah bagi membentuk ‘double pivot’ bersama Rodri di fasa serangan yang pertama.

‘Width’ pasukan pula disediakan oleh Ryad Mahrez dan Jack Grealish untuk memecahkan garisan pertahanan Spurs, sementara Gundogan aktif dalam memanipulasi ‘space in between the lines’ pasukan lawan.

Pendekatan taktikal Pep Guardiola ini membolehkan Man City untuk membina gerakan serangan mereka secara tersusun, serta membantu ‘ball progressions’ mereka dengan lebih lancar dan berkesan.

‘Numerical Superiority’ di fasa pertama serangan

Rico Lewis yang melakukan ‘inverting’ ke bahagian tengah akan membantu Man City dalam aspek jumlah pemain ketika mereka mula membina gerakan serangan daripada Penjaga Gol.

Kelebihan dalam jumlah pemain ini turut membolehkan pemain-pemain Man City untuk mencari ‘spare man’, terutamanya Rodri yang menjadi nadi untuk mencorakkan gerakan serangan pasukan.

Untuk mencapai objektif permainan ini, Man City menggunakan konsep ‘link-man’ untuk mencari ‘spare man’, sekaligus turut membantu mereka dalam aspek ‘ball progressions’.

Trend taktikal yang dijelaskan di atas sudah mula ditunjukkan oleh pasukan Man City sejak minit awal permainan ini, di mana struktur binaan serangan mereka disusun berasaskan stuktur ‘2-2’ sebaik Lewis melakukan ‘inverting’.

Struktur ini mencipta ‘numerical superiorities’ di fasa pertama serangan pasukan, bagi membolehkan Man City mencari ‘spare man’ untuk melepasi tekanan awal pemain lawan.

Menerusi gambar di atas, Rodri bertindak sebagai ‘link-man’ untuk membantu Man City mencari ‘spare players’ mereka iaitu Akanji.

Akanji seterusnya melebarkan permainan kepada Nathan Ake.

Konsep ‘link-man’ ini diteruskan oleh Jack Grealish yang membantu Man City menemui ‘spare players’ mereka iaitu Rodri (dalam bulatan).

Gundogan aktif mengeksploitasi ‘space in between the lines’ Spurs

‘Ball progressions’ Man City juga kelihatan tersusun dalam perlawanan ini, dan ianya banyak dibantu oleh Gundogan yang aktif berada di ruang poket.

Gambar di atas merupakan kesinambungan daripada fasa permainan terdahulu, di mana Gundogan bijak meletakkan dirinya di ‘space in between the lines’.

Sekaligus meletakkan Man City untuk berada di kedudukan serangan yang baik, namun sayangnya lorongan bola yang dilakukan oleh Gundogan sedikit kuat, sebelum berjaya dipintas oleh pemain pertahanan Spurs.

Gambar di atas merupakan satu lagi contoh untuk menerangkan kepentingan peranan ‘inverted fullbacks’ dalam organisasi serangan pasukan Man City.

Apabila mereka memperoleh penguasaan bola, mereka akan menyusun binaan serangan mereka berasaskan struktur ‘2-2’.

Struktur ini membolehkan Man City untuk sentiasa mendapat akses kepada Rodri menerusi konsep ‘link man’ dan ‘spare man’ yang dijelaskan sebelum ini.

Organisasi serangan ini dilengkapkan dengan peranan Gundogan yang kerap mengeksploitasi ‘space in between the lines’ pasukan Spurs.

Sekaligus ianya telah meletakkan Man City untuk berada di kedudukan serangan yang baik.

Ryad Mahrez bebas di ‘wide area’

Peranan ‘inverted fullbacks’ ini turut membolehkan pasukan Man City untuk menarik pemain pertahanan Spurs untuk bertahan secara ‘narrow’, sekaligus membuka ruang yang lebih besar di bahagian ‘wide area’ buat Ryad Mahrez.

Mahrez cemerlang dalam perlawanan ini apabila pemain kebangsaan Algeria tersebut mengoptimumkan ‘qualitative superiority’ yang dimilikinya seperti kepantasan serta skil gelecekan dalam situasi 1 lawan 1 bagi menghukum pemain pertahanan lawan.

Gambar di atas menunjukkan detik-detik awal sebelum Man City menjaringkan gol pertama mereka dalam perlawanan ini. Rico Lewis melakukan ‘inverting’ ke bahagian ‘half-space’ ketika Akanji memperoleh penguasaan bola.

Kedudukan Lewis yang terbuka mendorong Akanji melepaskan hantaran kepadanya, sementara Gundogan (dalam bulatan) melakukan ‘decoy movements’ untuk menarik pertahanan Spurs (Romero) bersamanya.

Serta membuka ruang yang lebih besar untuk diserang Lewis.

Lewis melebarkan hantaran kepada Mahrez di bahagian ‘wide area’.

Kepantasan serta kualiti gelecekan ketika situasi 1 lawan 1 yang dimiliki Mahrez membolehkan dirinya untuk melepasi kawalan pemain pertahanan Spurs.

Sementara pemain serangan Man City pula, (dalam bulatan) telah mencipta situasi 4 lawan 4 sebelum Mahrez melepaskan hantaran yang kemudiannya disudahkan oleh Alvarez bagi membantu Man City untuk menjaringkan gol pertama mereka.

Penutup

Bola sepak moden adalah berkenaan dengan ruang dan masa. Maka setiap pasukan akan menyusun permainan mereka bagi mengoptimumkan 2 faktor utama ini bagi membantu mereka untuk mencipta keputusan perlawanan yang baik.

Struktur serangan fleksibel, serta peranan ‘inverted fullbacks’ yang menjadi tema kepada organisasi serangan Man City jelas membantu mereka untuk memecahkan blok pertahanan kompak Spurs yang sememangnya cukup sinonim dengan teras falsafah gaya permainan Antonio Conte.

Kemenangan ini dilihat amat penting buat pasukan ‘The Citizen’ dalam usaha mereka untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Arsenal bagi merebut kejuaraan EPL musim ini.

Leave a Reply