ANALISIS: Macam Mana Udinese Pecahkan Rekod Tanpa Kalah Jose Mourinho?

Udinese meleburkan rekod tanpa kalah AS Roma dan Jose Mourinho dalam saingan Serie A pada musim ini apabila mereka membenam pasukan pelawat yang merupakan penyandang UEFA Europa Conference league dengan jaringan 4-0 di Dacia Arena pada pagi Isnin yang lalu.

Dalam analisa perlawanan kali ini, saya akan menunjukkan bagaimana Udinese menyusun organisasi taktikal mereka bagi mengutip 3 mata maksimum dalam perlawanan ini.

Kesebelasan utama (Udinese)

Jurulatih Udinese, Andrea Sottil mengekalkan formasi sama ketika pasukan kendaliannya menumpaskan Fiorentina dalam aksi liga terdahulu iaitu sistem 3-5-2.

Namun terdapat tiga perubahan pemain yang dilakukannya, di mana Nehuen Perez dibawa masuk untuk bermain di posisi left-sided centre-back bagi menggantikan Adam Masina.

Lazar Samardzic dan Tolgay Arslan masing-masing dibawa masuk untuk menggantikan Jean-Victor Makengo serta Sandi Lovric di posisi tengah.

Gerard Deulofeu dikekalkan untuk mengetuai jentera serangan pasukan, namun dalam perlawanan ini, beliau bergandingan dengan Isaac Success yang dibawa masuk menggantikan Beto bagi memulakan perlawanan ini.

Jose Mourinho

Kesebelasan utama (AS Roma)

Jurulatih Roma, Jose Mourinho turut mengekalkan formasi pasukannya dengan formasi 3-4-2-1, dengan Rui Patricio mengekalkan posisi beliau selaku penjaga gol utama pasukan.

Chris Smalling kembali ke dalam kesebelasan utama pasukan setelah direhatkan dalam perlawanan terdahulu, bergandingan dengan Gialuca Mancini- Roger Ibanez sebagai bek bertiga pasukan.

Pivot berganda Roma ditunjangi oleh gandingan Nemanja Matic- Bryan Cristante, manakala Rick Karsdorp dan Leonardo Spinnazzola masing-masing bermula di posisi bek sayap kanan dan kiri pasukan.

Gandingan Paolo Dybala-Lorenzo Pellegrini-Tammy Abraham mengetuai jentera serangan pasukan dalam perlawanan ini.

Jose Mourinho

Blok Pertahanan Udinese yang kompak

Ketika pasukan tidak memegang bola, Udinese akan menyusun organisasi pertahanan mereka secara 5-3-2 berblok tengah yang padat.

Objektif utama mereka adalah untuk menutup ruang tengah daripada ditembusi lawan, serta memaksa Roma untuk melakukan hantaran jauh yang sia-sia.

Taktik itu juga akan menolak Roma untuk bermain di bahagian sisi padang dimana mereka akan lebih mudah untuk melakukan tugas bertahan pada kawasan tersebut.

Roma juga terpaksa bermain dengan negatif seperti kerap melakukan hantaran ke belakang di kawasan sendiri.

Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat bagaimana pemain barisan hadapan yang diketuai oleh Deolofue dan Success melakukan shadow markings bagi menutup akses Roma kepada pivot berganda mereka di bahagian tengah.

Bek sayap kanan dan kiri Udinese pula akan berada di posisi ideal untuk segera menekan pemain bek sayap Roma yang menyediakan keluasan (width) buat pasukan lawan itu.

Organisasi bertahan Udinese ini kerap memaksa Roma untuk menggerakkan bola serta serangan mereka di bahagian sisi padang, dan ianya membantu tuan rumah untuk meneutralkan ancaman gerakan serangan daripada pasukan pelawat.

Namun ada beberapa pergerakan yang berjaya dilakukan oleh Roma untuk memecahkan blok pertahanan Udinese, iaitu dengan melakukan decoy run.

Gambar di atas adalah kesinambungan daripada gambar terdahulu, dimana pemain Roma mengalirkan bola ke bahagian sisi padang.

Ruang yang terbuka di antara bek tengah kanan dan bek tengah lawan menjadi isyarat penting buat Pellegrini (dalam bulatan) untuk melakukan decoy run bagi menyerang ruang tersebut.

Decoy run yang dilakukan Pellegrini ini berjaya menarik keluar bek tengah lawan dari posisi asalnya, sekali gus meninggalkan ruang untuk dieksploitasi oleh Dybala.

Spinnazolla turut mengesan ruang yang terbuka ini lalu beliau melakukan hantaran ke ruang untuk dieksploitasi oleh Dybala.

Gerakan ini berjaya menghasilkan percubaan buat Roma. Namun sayangnya, mereka tidak kerap melakukan gerakan-gerakan seperti ini bagi menghasilkan gol kerana Roma lebih cenderung untuk melepasi blok pertahanan lawan secara terus bagi mencarik target man mereka iaitu Tammy Abraham.

Sekali lagi, gambar di atas menunjukkan betapa padatnya blok pertahanan Udinese di bahagian tengah.

Ini memaksa Roma untuk melakukan hantaran jauh bagi mencari target man mereka iaitu Tammy Abraham (dalam bulatan).

Ini adalah salah satu trend permainan Roma, dimana mereka akan mengoptimumkan kemampuan Tammy Abraham dalam aspek hold-and link up play.

Namun pemain-pemain Udinese yang cemerlang dalam menyusun organisasi pertahanan mereka turut menunjukkan reaksi yang baik untuk memenangi sebarang bola kedua bagi menghentikan serta meneutralkan gerakan serangan pasukan lawan.

Udinese menyerang dengan penuh kesabaran

Jika menyebut tentang Mourinho, semestinya beliau cukup terkenal dengan sistem permainan bertahan.

Ketika tanpa penguasaan bola, Roma akan menyusun blok pertahanan mereka secara 5-3-2 dengan blok rendah bagi menghadkan ruang buat pasukan lawan, terutamanya di bahagian tengah serta belakang backlines.

Gambar di atas menunjukkan bagaimana Roma menyusun blok pertahanan mereka secara blok rendah menerusi formasi 5-3-2.

Namun berbeza dengan Roma, Udinese tidak terburu-buru dalam melakukan gerakan serangan mereka.

Dalam perlawanan ini, mereka akan menggerakkan bola ke kiri dan kanan, serta depan dan belakang dalam usaha mereka mencarikkan blok pertahanan lawan, dan juga mencari sebarang ruang yang terbuka tatkala Roma melakukan shifting blok pertahanan mereka mengikut arah pergerakan bola.

Organisasi serangan ini juga berjaya membantu mereka untuk melakukan provokasi kepada pemain lawan untuk keluar daripada posisi asal mereka, sekali gus meninggalkan ruang untuk diekspolitasi oleh rakan sepasukan yang lain.

Gambar di atas ini adalah antara detik awal sebelum gol pertama Udinese dijaringkan seawal minit ke-5 permainan.

Dalam situasi ini, pemain Roma terpaksa keluar dari posisi asal bagi memberi tekanan kepada pemain Udinese yang sedang mengawal bola.

Tindakan ini membolehkan Udinese memiliki kelebihan pemain ke atas backlines Roma (situasi 5 lawan 4) bagi mencipta peluang jaringan gol.

Sebelum hantaran lintang dilakukan oleh Roberto Pereyra, Destiny Udogie (dalam bulatan) mula melakukan larian titik buta bagi menyerang kawasan tiang jauh (far post) Roma.

Larian titik buta yang dilakukan ini menyukarkan pemain Roma untuk menyedari tekanan yang diberikan kepada mereka.

Gerakan licik ini membolehkan Udogie menjaringkan gol pertama di awal permainan.

Transisi serangan Udinese yang berbisa

Selain daripada disiplin pertahanan, serta organisasi serangan yang berstruktur, Udinese turut memberi masalah buat Roma dalam perlawanan ini.

Gambar di atas menunjukkan situasi transisi yang berlaku sebelum gol keempat Udinese dijaringkan. Mereka berjaya merampas kembali penguasaan bola setelah mempertahan situasi bola mati Roma iaitu sepakan penjuru.

Ketika situasi transisi serangan ini berlaku, Udogie (dalam bulatan) mempunyai beberapa pilihan hantaran berbahaya berikutan tindakan pemain-pemain Roma untuk menghantar lebih banyak pemain ke atas dalam usaha mereka untuk menjaringkan gol.

Udogie dengan pantas membuat hantaran kepada Pereyra (dalam bulatan), dan kita boleh perhatikan pemain-pemain Udinese berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding pemain-pemain Roma yang cuba melakukan larian trace back untuk kembali ke kedudukan bertahan mereka.

Tatkala Roma dalam keadaan kelam kabut untuk mempertahankan kawasan penalti mereka, terdapat dua orang pemain Udinese yang berada di posisi ideal untuk melakukan rembatan tanpa sebarang kawalan dan tekanan daripada lawan.

Gerakan ini berjaya membantu Udinese menjaringkan gol keempat mereka menerusi Sandi Lovric.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN