ANALISIS: Liverpool ‘Lemas’ Dengan Transisi Serangan Efektif Arsenal

Arsenal meneruskan rentak cemerlang mereka dalam saingan Premier League apabila mencatatkan kemenangan 3-2 menewaskan Liverpool untuk kembali memimpin persada liga.

Tiga mata yang dikutip di Emirates itu membantu Arsenal untuk memintas Manchester City, seterusnya mendahului juara bertahan itu dengan kelebihan satu mata.

Dua jaringan Bukayo Saka dan satu gol Gabriel Martinelli sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan berpihak kepada Arsenal.

Liverpool sementara itu berjaya memperoleh dua gol dalam perlawanan ini menerusi Darwin Nunez dan Roberto Firmino.

Intensiti permainan yang dipamerkan Arsenal jelas menjadi garis pemisah antara dua pasukan, dan dalam analisis kali ini, kami akan berkongsi bagaimana faktor ini diadun oleh The Gunners dalam menyusun gerakan serangan pantas berbahaya bagi memastikan Liverpool berputih mata dalam perlawanan ini.

Keberkesanan transisi serangan Arsenal

Arsenal berjaya menyerap tekanan daripada Liverpool yang sinonim dengan gaya permainan ‘high pressing’ serta gemar bermain di garisan tinggi.

Organisasi bertahan yang diatur Arsenal secara berdisiplin membantu mereka untuk mengekang gerakan serangan lawan, sekali gus mencipta peluang menerusi transisi serangan yang pantas, serta penuh intensiti.

Transisi serangan ini turut dirancang dengan efektif, apabila mereka menyasarkan ruang yang ditinggalkan pemain ‘fullback’ Liverpool, Trent Alexander-Arnold untuk melancarkan transisi serangan mereka.

Antara faktor utama pendekatan ini diambil Arsenal adalah kerana peranan menyerang yang digalas pemain antarabangsa England tersebut yang sentiasa menuntut dirinya untuk sentiasa menyertai rantaian serangan The Reds.

Ia sekali gus meninggalkan posisi bertahannya. Meskipun terkenal dengan peranan menyerangnya, namun Alexander-Arnold kelihatan sedikit bergelut dalam melakukan tugas bertahan dengan baik.

Ini mungkin antara sebab mengapa pengurus England, Gareth Southgate kerap menggugurkan beliau dari tugasan antarabangsa.

Faktor-faktor ini boleh menjadi justifikasi ideal kepada pendekatan Arsenal yang menyalurkan gerakan serangan mereka ke arah pemain ini.

Gol seawal minit pertama perlawanan berpunca daripada transisi serangan Arsenal, selepas mereka berjaya membuat pintasan hantaran pasukan lawan, lalu memulakan transisi serangan mereka dengan pantas menerusi Saka.

Ketika transisi permainan ini berlaku, Liverpool telah menghantar ramai pemainnya ke kawasan ‘defending third’ lawan, sekali gus ruang dan masa yang dimiliki Saka membolehkannya untuk membawa bola ke hadapan tanpa sebarang tekanan.

Sebelum membuat hantaran kepada Martin Odegaard yang berada di bahagian ‘pocket of space’.

Intensiti transisi serangan Arsenal membolehkan mereka mengambil kesempatan ke atas Alexander-Arnold yang tidak diberikan sokongan menerusi situasi ‘4v1’.

Martinelli memulakan lariannya untuk menyerang ruang di belakang barisan pertahanan Liverppol.

Bagi membolehkan dirinya untuk menjaringkan gol setelah menerima hantaran Odegaard.

Situasi sama turut terjadi ketika Arsenal menjaringkan gol kedua mereka di penghujung separuh masa pertama.

Ketika memperoleh sepakan percuma, Liverpool telah menghantar seramai enam orang pemain untuk menyempurnakan segala peluang terhidang menerusi situasi bola mati, sambil gandingan Jordan Henderson-Thiago Alcantara berperanan untuk menyediakan pautan sokongan bagi memenangi sebarang bola kedua, mahu pun menghentikan transisi serangan pihak lawan.

Namun pautan sokongan yang disediakan tidak dapat menghalang pemain Arsenal yang berjaya merampas asemula penguasaan bola.

Bagi membolehkan transisi serangan Arsenal bermula sebaik Martinelli menerima hantaran bola.

Larian Martinelli berjaya menarik keluar Alexander-Arnold yang bertindak keluar dari posisi bertahannya.

Ia sekali gus mencipta situasi ‘3v1’ di bahagian ‘back post’ Liverpool

Membolehkan Saka menjaringkan gol kedua Arsenal.

Gol ketiga Arsenal juga berpunca daripada transisi serangan, dan ianya bermula di fasa pertama serangan mereka.

Berikutan organisasi pertahanan Liverpool yang kompak terutamanya di bahagian tengah, Thomas Partey bertindak untuk turun ke bawah bagi membantu pergerakan bola pasukan ke hadapan.

Situasi ini turut membolehkan dirinya untuk melakukan hantaran terus kepada Gabriel Jesus bagi melepasi garisan tekanan Liverpool.

Jesus berjaya melindungi bola, sebelum melakukan kombinasi permainan bersama Granit Xhaka, sambil Martinelli turut memainkan peranan dalam menyerang ruang di belakang Joe Gomez.

Sekaligus mencipta situasi ‘2v1’ ke atas Gomez.

Serta membolehkan Martinelli menghantar bola kepada Xhaka bagi memanipulasi ruang di belakang pertahanan Liverpool.

Situasi ini meletakkan Arsenal berada dalam kedudukan serangan yang baik, dimana Odegaard dan Jesus bersedia menyerang bahagian ‘near post’ serta di ruang tengah, sementara Saka merancang lariannya bagi menyerang bahagian ‘back post’ Liverpool.

Namun Alisson Becker bertindak cemerlang dalam menafikan percubaan Saka, serta tendangan susulan daripada Jesus.

Ia sekali gus membantu Fabinho untuk mengeluarkan bola daripada situasi kelam kabut, sebelum Martinelli berjaya melakukan pintasan bola.

Bagi membolehkan Arsenal untuk sekali lagi melakukan transisi serangan pantas.

Perhatikan bagaimana Jesus, Odegaard dan  Saka sekali lagi bersedia untuk melakukan serangan ke kawasan ‘near post’, ruang tengah serta bahagian ‘back post’.

Kekasaran terhadap Jesus oleh Thiago menganugerahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Saka.

Keputusan ini meletakkan Liverpool berada di kedudukan ke-10 dalam carta Premier League selepas mengumpul 10 mata daripada lapan perlawanan.

Sepertinya skuad The Reds kini sudah terlalu kerap keciciran mata dan agak sukar untuk mereka bersaing merebut gelaran liga musim ini.

Bukan hanya mahu bersaing merebut gelaran liga, skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga sepertinya bakal berdepan kesukaran untuk merebut kedudukan empat teratas musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN