ANALISIS: Konsep Bertahan Van Djik Yang Berjaya Letakkan Haaland Dalam ‘Poketnya’

Erling Haaland

Liverpool kembali memperoleh rentak kemenangan dalam saingan Premier League (EPL) setelah pasukan tersebut berjaya mencatat kemenangan 1-0 mengatasi Manchester City.

Dalam aksi yang berlangsung di Anfield itu, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan berintensiti tinggi dengan beberapa gerakan serangan merbahaya berjaya dilakukan.

Tambah menarik, kehadiran Erling Haaland yang telah menjaringkan 15 gol dalam sembilan perlawanan liga semestinya bakal mendapat perhatian daripada barisan pertahanan Liverpool yang diketuai oleh Virgil van Dijk.

City jelas mahu mendominasi perlawanan menerusi penguasaan bola sebelum mensasarkan ruang di belakang pertahanan Liverpool dengan menjadikan Haaland sebagai focal serangan pasukan.

Kepantasan serta dinamik larian yang sukar diduga, kekuatan fizikal, serta ketajaman penyudah Haaland mampu memberikan ancaman kepada pasukan lawan ketika City berada dalam fasa serangan serta transisi serangan.

Namun, Van Djik berjaya memainkan peranan bertahan dengan baik, dan dalam analisis kali ini, kami akan berkongsikan beberapa konsep yang digunakan oleh beliau bagi menghentikan ancaman Haaland.

Kombinasi bertahan utuh bersama Joe Gomez

Jurgen Klopp mempertaruhkan kombinasi Van Djik- Joe Gomez sebagai duo ‘centre-backs’ dan gandingan ini dilihat memainkan peranan bertahan dengan baik bagi menyekat Haaland.

Terutamanya dalam aspek komunikasi, serta prinsip asas bertahan itu sendiri seperti press, delay dan cover.

Menerusi gambar di atas, City memperoleh transisi serangan setelah mereka memperoleh semula penguasaan bola di kawasan ‘defending third’ Liverpool.

Ketika kedudukan badan Kevin De Bruyne berada dalam keadaan terbuka untuk melakukan hantaran ke belakang barisan pertahanan Liverpool, Haaland telah mula melakukan larian untuk menyerang ruang tersebut.

Perhatikan Van Djik (dalam bulatan merah) telah mula memberi isyarat kepada Gomez untuk melakukan ‘tracking’ larian Haaland tersebut.

Komunikasi di antara Van Djik-Gomez berjaya menggagalkan percubaan Haaland untuk mengeksploitasi ruang tersebut.

Menghampiri penghujung babak kedua, City berjaya memasuki defending box Liverpool, dan Phil Foden berjaya melakukan hantaran kepada Bernardo Silva yang menerimanya tanpa sebarang tekanan.

Ketika Bernardo menerima hantaran bola tersebut, Haaland (dalam bulatan hitam) telah memulakan larian untuk menyerang ruang di belakang pertahanan Liverpool.

Namun perhatikan juga Van Djik (dalam bulatan merah) melakukan jangkaan dalam larian, ruang serta arah pergerakan bola yang bakal disasarkan lawan.

Dalam situasi ini, Gomez (bulatan merah) turut memberi signal kepada Van Djik untuk tracking larian Haaland.

Situasi ini memaksa City melakukan switching kepada De Bruyne yang berada di luar kawasan penalti Liverpool, mengakibatkan mereka kehilangan penguasaan bola kepada The Kop tidak lama selepas itu.

Haaland merupakan seorang penyerang yang sentiasa melakukan pergerakan tanpa bola yang dinamik, dan pemain ini aktif untuk turun ke kawasan lebih bawah bagi membantu pasukannya dalam aspek ‘ball progressions’.

Situasi ini kadang kala akan mendatangkan dilema buat pemain pertahanan yang melakukan ‘markings’ terhadapnya, sama ada untuk keluar dari posisi bertahan, ataupun membiarkan sahaja Haaland menerima bola tanpa tekanan.

Gambar di atas merupakan salah satu contoh yang terbaik bagi menggambarkan situasi tersebut. Haaland turun ke kawasan ‘deep area’ bagi menerima hantaran bola, dan Gomez melakukan tekanan bagi menghalangnya menerimanya dengan selesa, sambil Van Djik berada dalam posisi sokongan.

Kekuatan fizikal yang dimiliki Haaland membolehkannya menewaskan Gomez, dan Van Djik (dalam bulatan merah) melakukan larian melengkung bagi menghalakan pergerakan Haaland ke kawasan sisi.

Ia turut menyukarkan Haaland untuk melakukan ”çut inside” bagi menggunakan kaki dominannya serta membolehkan Joe Gomez kembali ke posisi bertahannya.

Lalu memaksa Haaland untuk melakukan hantaran kepada Joao Cancelo di bahagian sisi, yang turut mengakibatkan City kehilangan penguasaan bola.

Organisasi kedudukan (positioning)

Van Djik sentiasa berada dalam posisi bertahan yang ideal, dan sekiranya beliau terkeluar dari kedudukan asalnya, maka pemain kebangsaan Holland ini akan segera berundur untuk kembali semula ke tempat asalnya.

Haaland sekali lagi turun untuk menerima hantaran bola, dan Van Djik mengambil tugas melakukan tekanan ke atas beliau, sambil Gomez berada di posisi sokongan.

Namun kali ini Haaland berjaya mengatasi tekanan tersebut dan melakukan hantaran semula kepada Rodri yang kemudiannya melebarkan permainan ke bahagian sisi.

Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat Van Djik telah keluar dari posisinya, dan Haaland sedang mendahuluinya.

Namun, kepantasan yang dimiliki Van Djik membolehkannya untuk kembali ke posisi bertahan.

Sekali gus membantu dirinya untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Jangkaan permainan yang baik 

Kemampuan untuk berada di posisi bertahan ideal turut membantu Van Djik membaca arah pergerakan arah bola, serta menduga pergerakan pemain lawan.

City memperoleh transisi serangan, dan pemain-pemain mereka berada di kedudukan yang baik untuk melakukan serangan.

Ketika hantaran lintang dilakukan, Haaland bersedia untuk melakukan larian di belakang Van Djik. Namun dalam situasi ini, Van Djik mengekalkan kedudukannya.

Untuk menanduk keluar bola dari kawasan merbahaya, sekali gus menggagalkan serangan lawan.

Kecemerlangan Van Djik, serta bertahan dengan cukup disiplin secara kolektif daripada Liverpool membolehkan mereka mengutip tiga mata dalam perlawanan ini.

Kemenangan ini dilihat bakal memberikan suntikan motivasi kepada Liverpool untuk mempamerkan prestasi yang konsisten, seperti yang dinyatakan oleh pengurus mereka – Jurgen Klopp.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN