Barangkali sudah tahu kemampuan pemain sayap menyerang, Arif Aiman Hanapi, Urawa Reds telah bersedia sepenuhnya untuk ‘menutup’ pintunya.
Arif Aiman menggunakan koridor kanan untuk beroperasi dan lawan sudah menyediakan perancangan khas untuk menggagalkan gerakan pemain itu.
Johor Darul Ta’zim (JDT) longlai dibelasah juara dua kali AFC Champions League (ACL) dalam pusingan 16 terbaik di Saitama Stadium, malam tadi.
A unique Malaysian talent that managed to capture our scouting team's eyes, after a stellar campaign in the Asian Champions League Group Stages.
A young winger from Malaysia who is a very good provider that can feed the balls on the plate for strikers.#wearescouting #talentid pic.twitter.com/3ErCK6ZQtV
— We Are Scouting (@we_are_scouting) June 3, 2022
Kelebihan Arif Aiman yang dihidu lawan
Urawa Reds telah bersedia mengehadkan gerakan Arif Aiman. Dengan formasi 4-2-3-1, ‘Red Devils’ meletakkan sekurang-kurangnya tiga lapisan pemain yang perlu dilepasinya. Mereka adalah bek kiri, Ayumu Ohata, pemain tengah bertahan, Ken Iwao dan pemain tengah, Tomoaki Okubo.
Ketiga-tiga pemain ini dilihat lebih banyak berlegar di koridor kanan JDT.
Berbanding bek sayap kanan, Hiroki Sakai yang berlegar sehingga ke kawasan final third, Ohata dilihat lebih defensif peranannya. Malah, selain Okubo dan Iwao yang membantu Ohata, heat map seorang lagi pemain tengah, Yoshio Koizumi juga lebih berat ke kawasan Arif bermain.
Seperti yang diketahui umum, Arif adalah pemain sayap yang memiliki kelincahan dan hantaran tepat. Menurut laman pemantau bakat yang berpangkalan di Sepanyol, We Are Scouting, beliau mampu membuat hantaran dengan 85 peratus ketepatan ketika saingan peringkat kumpulan.
“Bakat unik Malaysia yang menarik perhatian para pemerhati bakat kami, selepas melalui kempen yang cemerlang di peringkat kumpulan, AFC Champions League [ACL]. Pemain sayap muda dari Malaysia yang menjadi penghantar yang mempunyai kemampuan untuk menghantar bola ke ‘pinggan’ penyerang.”
Twitter We Are Scouting
Jadi, Urawa Reds perlu membatasi sebarang gerakan yang dilakukannya.
JDT builds their play up towards the right with Arif Aiman. Urawa countered by having more men overload that side of the pitch which drags Bergson wide to support him.
That means there's only Forestieri inside the box, not enough men in the box to supply crosses to.
— chunhang 🇲🇾 (@chunhang7) August 19, 2022
Menurut pengumpul statistik bebas, ChunHang di Twitternya, JDT membina asakan di sebelah kanan dan di situlah lawan telah memadatkan dengan pemainnya sehingga memaksa penyerang, Bergson da Silva lebih banyak membantu Arif berbanding menjalankan tugasnya di jentera serangan.
Ini yang menjadikan JDT sedikit tempang di dalam kotak penalti lawan.
Bergson adalah penjaring terbanyak JDT sama ada di saingan domestik mahupun antarabangsa. Ketiadaannya di dalam kotak penalti menyaksikan Harimau Selatan hilang sengat. Dan beliau hanya mampu membuat satu percubaan tepat dan tersasar – kedua-duanya dari luar kotak penalti.
Kehilangan yang amat dirasai
Selain itu, kehilangan Leandro Velazquez yang digantung perlawanan juga memberi kesan terhadap JDT. Nazmi Faiz yang menggantikannya dilihat gagal memberi impak yang diharapkan walaupun hanya fokus untuk menjana serangan berbanding Leandro yang sentiasa turun dan naik.
JDT was missing Leandro Velasquez. Those intricate one-twos would have made a difference.
I know some may not agree with me, but I am looking forward to seeing Jordi Amat and Natxo Insa's pivot combination in future games.
There were promising signs, and it could get better!
— T. Avineshwaran (@avineshW90) August 19, 2022
Ini kerana, dalam perlawanan ini, JDT mempertaruhkan kembali formasi yang ‘dilupakan’ dalam enam perlawanan Liga Malaysia (Liga M) – 3-5-2 dengan Natxo Insa dan Jordi Amat dipertaruhkan di posisi defensive midfielder. Kita tahu, kedua-duanya tidak cukup cergas untuk beraksi.
Malah, Amat sebenarnya sudah hampir tiga tahun tidak bermain sebagai defensive midfielder kerana ia hanyalah posisi sekundernya. Masalah kecergasan dan bukan posisi sebenar memberikan beban tambahan kepada Natxo yang juga tidak cukup cergas. Natijahnya, JDT bergelut.
Sedikit menghairankan apabila Hong Wan dan Afiq Fazail disisihkan.
Mungkin dari segi kecergasan dan persefahaman, kedua-duanya boleh memberikan sedikit kelebihan tetapi Hector Bidoglio lebih mengutamakan pengalaman luas kedua-dua pemain yang pernah beraksi di pentas Eropah.
Apabila gagal menguasai jentera tengah walaupun menguasai permainan, Harimau Selatan gagal menjana serangan lebih berkualiti. Dengan Arif ditenggelamkan oleh pemain-pemain ‘Red Devils’, JDT ‘lemas’ sepenuhnya.