Pertahanan Liverpool terus menjadi subjek di bibir peminat dan penganalisis bola sepak. Mereka melepaskan 12 gol selepas 7 perlawanan, terbanyak di kalangan pasukan 10 teratas berkongsi dengan Watford.
Strutktur asas
Liverpool adalah pasukan yang bermain dengan sistem bek berempat. Mereka bergantung kepada gegenpressing di blok atas.
Apabila gegenpressing itu diatasi oleh pemain lawan, mereka akan berhadapan dengan masalah kerana kualiti individu yang dimiliki oleh mereka.
Matip dan Lovren buat masa ini masih tidak berada dalam senarai bek tengah antara yang terbaik di EPL. Baiklah, saya ambil satu contoh daripada gol Joselu tempoh hari.
1. Di bawah ini adalah gambar bagaimana Liverpool gagal melakukan tekanan dengan gegenpressing. Pemain lawan masih mampu melangkau (bypass) blok gegenpressing itu dengan mudah, tanpa perlu panik melakukan hantaran tinggi.
2. Shelvey masih ada ruang selesa dan tekanan daripada Wijnaldum terlalu jauh
3. Shelvey berjaya melakukan hantaran pembunuh
Gegenpressing
Adakah gegenpressing Liverpool rosak? Secara totalnya, ia tidaklah teruk sangat kerana sistem Liverpool ini hanya melepaskan 39 peluang kepada pihak lawan.
Bandingkan pula dengan Manchester United yang melepaskan 41 peluang kepada lawan dengan sistem mereka dan Chelsea melepaskan 46 peluang kepada pihak lawan dalam sistem yang lebih kepada 5-4-1 ketika bertahan.
Jadi, rumusan yang jelas di sini adalah kualiti individu bukannya sistem. Manchester United memiliki pemain pertahanan yang jauh lebih baik secara individu dan juga penjaga gol hebat seperti De Gea.
Anda sudah pasti dapat bayangkan bagaimana pula dengan blok paling rendah Liverpool dan Mignolet.
23% daripada peluang yang mereka lepaskan menjadi peluang paling bahaya. Manakala 63% lagi berpeluang menjadi gol tetapi bukannya kategori ‘great chances’ ataupun peluang gol biasa .
Berbanding dengan Manchester United yang hanya membenarkan lawan mereka memiliki 15% ‘great chances’ dan 52% menjadi peluang gol biasa.
Manakala Chelsea pula hanya membenarkan 9% ‘great chances’ kepada pihak lawan dan 45% mnejadi peluang gol biasa.
Zon mereka melepaskan peluang gol kepada lawan
Berikut adalah rajah taburan statistik di mana zon pasukan Liverpool memberikan peluang gol kepada pihak lawan.
Ini adalah jenis hantaran yang menyebabkan mereka terdedah kepada bahaya. Ternyata zon sebelah kiri mereka adalah kritikal dan kerap melepaskan peluang gol kepada lawan.
Namun secara lebih spesifik pula, ini adalah zon yang lebih mencetuskan gol. Anda akan dapati hantaran terus dari tengah adalah musuh utama Liverpool.
Dalam bola sepak, hantaran vertikal jauh lebih bahaya daripada hantaran lintang. Tetapi bukan mudah untuk sesebuah pasukan itu mencipta peluang dengan hantaran vertikal ini.
Mereka perlukan hantaran yang terbaik untuk memastikan bola tidak dapat dimatikan penjaga gol lawan.
Ini pula laporan untuk pasukan Chelsea yang mendesak lawan mereka ke bahagian sisi untuk mencipta peluang. Ia dapat mengurangkan risiko gol.
Rumusan
Rumusannya, Liverpool perlu memperbaiki aspek teknikal di dalam taktikal mereka. Secara adilnya, barisan hadapan sudah melakukan pressing yang baik. Cuma di bahagian blok paling rendah perlu lebih efektif untuk mematikan peluang.
Manchester City mengatasi masalah ini dengan adanya penjaga gol sweeper yang baik. Ini kerana potensi bola untuik terlepas daripada garisan akhir pertahanan itu memang akan adan, kerana mereka bermain garisan tinggi.
Sumber statistik: Stratabet