Analisis Taktikal: Pertahanan Kedah Tidak Padat, Perak Selesa Dengan Formasi Baharu

Kedah turun dengan formasi biasa 4-2-3-1. 4 pemain utama tidak dapat diturunkan iaitu Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Ken Ilso dan Zac Anderson kerana masih belum pulih dari kecederaan.

Unit pertahanan Kedah diisi oleh Khairul Helmi, Syawal Nordin, Fitri Omar dan Syazwan Tajudin.

Masalah utama pertahanan Kedah dalam perlawanan ini adalah mereka tidak padat. Pertahanan kanan dan kiri meninggalkan banyak ruang kosong di half-space utk dimanipulasi pasukan Perak.

Syazwan agak bersahaja dalam menjalankan tugas sebagai pertahanan kanan manakala Fitri bergelut dengan positioning dan kecergasan.

Gambar: Norazmi Ibrahim/Asiana

Dalam keadaan Perak bermain dgn 5 pemain tengah, pertahanan Kedah bagai hilang punca kerana cuba melakukan man-to-man marking tanpa bantuan yang cukup dari pemain barisan tengah.

Kestabilan barisan pertahanan Kedah juga terganggu dengan kekerapan pertukaran pemain apabila Khairul Helmi dan Akram Mahinan mengalami kecederaan.

Jentera tengah Kedah berfungsi dengan baik ketika menyerang tetapi lambat membantu untuk bertahan.

Kedah juga kerap kali menjadi pegun apabila kehilangan bola dan tidak melakukan recovery run secepat mungkin.

Ini mungkin berkait dengan faktor kecergasan pemain selepas berehat lama.

Bahagian serangan adalah unit yang amat mengecewakan.

Fakri Sahrani boleh dikatakan gagal secara total dalam perlawanan ini, tiada percubaan tepat dan tiada bantuan gol untuk rakan sepasukan dan pada saya beliau seharusnya dikeluarkan lebih awal pada separuh masa kedua.

Ketika Syafiq Ahmad beroperasi sebagai penyerang, Akhyar mengambil tempat Syazwan Zainon dan Arif Farhan berkerja di pertahanan kanan dalam 15 minit terakhir barulah nampak perubahan ketara dalam aspek serangan.

Kelancaran bola semakin baik dan Syafiq berpeluang menjaringkan gol dengan palang dan Nazirul Naim sahaja menjadi penghalang.

Pergerakan Kedah menggunakan sistem 4-2-3-1.

Perak turun dengan formasi baru untuk musim ini dengan 4-5-1.

Mereka berjaya mengadaptasi formasi ini dengan sangat baik dengan Nasir Basharudin dan Nazrin Nawi beroperasi di dua bahagian sayap.

Kedua-dua mereka adalah titik fokal kebanyakkan gerakan serangan pasukan Perak.

Perak juga sekali sekala bermain dengan target man ke arah Gilmar atau Pinto.

Benar Gilmar kerap diperangkap ofsaid tetapi salah satu dari gerakan Perak berjaya melepasi perangkap ofsaid dan menghasilkan gol ke-3.

Perubahan dari 4-3-3 kepada 4-5-1 sangat membantu Perak dari sudut kestabilan struktur pasukan dengan 2 pivot iaitu Leandro dan Hafiz Kamal saling membantu menyekat gerakan Liridon dan Sandro.

Pergerakan formasi Perak yang menggunakan sistem 4-5-1.

Kesimpulan

Kedah mengalami krisis kecederaan dan kecergasan pemain yang bolehlah dikatakan membimbangkan.

Mereka perlu berani memberi peluang kepada pemain-pemain muda bermain dalam kesebelasan utama. Kadar kerja yang tinggi diperlukan ketika menentang pasukan yang hampir lengkap seperti Perak.

Struktur pasukan ketika bertahan amat lemah dan kurang kerjasama dari semua pemain.

Perak sudah berubah menjadi pasukan yang semakin baik pada setiap unit. Kemasukan Leandro dan Gilmar memberi impak segera dalam menstabilkan pasukan.

Pertahanan Perak boleh ditingkatkan lagi kerana mereka agak mudah ditewaskan dari hantaran lintang.

Pemain terbaik perlawanan

Saya memilih Nasir Basharudin. Beliau telah melakukan kerja dengan sangat baik dan menjaringkan 1 gol. Perubahan posisi dari pemain tengah ke pemain sayap menjadikan beliau lebih kebebasan untuk bergerak.

Gambar: Zulfachri Zulkifli/Asiana

Nota editor: Artikel ini merupakan sumbangan Rauf Lahab. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN