Analisis: Kalidou Koulibaly, Daripada ‘Error Prone’ Dibentuk Sarri Menjadi Bek Tengah Lengkap

Ketika Antonio Conte mula mengambil alih pengurusan di Chelsea, nama Kalidou Koulibaly adalah sasaran utama beliau. Alasannya mudah, pemain ini ada kualiti bertahan dan juga kemampuan ketika transisi dengan aspek hantaran yang baik.

Beliau telah menjadi bek tengah yang disayangi di Napoli kerana kualiti beliau terutama sekali era Maurizio Sarri yang telah membentuk pemain ini menjadi apa yang terbaik untuk dirinya.

Corak permainan

Koulibaly memang seorang pemain yang suka memegang bola dan melakukan hantaran jauh kepada pemain serangan dengan melangkau tengah.

Aspek itu dahulu kurang menjadi perhatian. Beliau kerap melakukan kesilapan pertahanan kerana sikap ‘fancy’ di dalam padang. Kerap juga menjadi kecaman peminat Napoli.

Sebaliknya di bawah kendalian Maurizio Sarri beliau meningkatkan keupayaan pemain dari segi kualiti hantaran, teknik hantaran serta ketika memegang bola.

Sarri tidak membunuh kreativiti dan keinginan Koulibaly sebaliknya dia membantu pemain ini meningkatkan keupayaannya. Anda bayangkan jika Sarri menjual Koulibaly ke Chelsea hanya kerana melihat data kesilapan pertahanan beliau.

Di sini pentingnya seorang jurulatih ada penaakulan yang kuat ke atas pemain mereka dan percaya akan apa yang mereka nilai dalam analisis mereka.

Pada hari ini Koulibaly sudah digelar bek tengah lengkap oleh penganalisis bola sepak. Beliau memiliki segala pakej bek tengah moden yang menjadi idaman setiap jurulatih.

Peningkatan ketara dari segi aspek permainan beliau daripada bek tengah keras kepada bek tengah lebih fleksibel. Pada musim 2014-2016 beliau mendapat 20 kad kuning dan 1 kad merah dalam 55 perlawanan liga.

Setakat ini, dalam 47 penampilan pertama dari musim 2016 sehingga 2018 beliau hanya mengumpul 9 kad kuning sahaja.

Beliau lebih bijak membaca situasi dan tidak perlu melakukan terjahan terlalu kerap. Beliau memiliki kekuatan di udara serta meningkatkan kepantasan untuk mengejar lawan. Ini termasuk Cristinao Ronaldo.

https://twitter.com/m7md_ibrahim7/status/951833546947219456

Lihat kepantasan beliau di sini dalam memintas bola. Sesuatu yang sukar untuk kita gambarkan pada beliau berfizikal besar.

Dari segi kesilapan pertahanan (defensive errors), beliau musim ini setakat ini masih belum melakukan sebarang kesilapan defensif.

Pada musim 2014/15 ada 4 kesilapan defensif. Beliau juga pernah dilabel sebagai pembelian membazir oleh segelintir peminat. Pada musim 2015/16 dan 2016/17 masing-masing ada 3 kesilapan defensif.

Kualiti hantaran

Beliau kini digelar salah seorang pakar hantaran di Serie A (pass master) membolehkan beliau bermain sebagai libeiro moden dalam sistem bek bertiga.

Beliau berubah daripada pemain yang kalut ketika ditekan kepada pemain yang tenang untuk mencari ruang dan melancarkan hantaran untuk membina serangan Napoli.

Pada musim 2014/15 beliau dengan ghairahnya melakukan 1,435 hantaran dengan ketepatan 87% ataupun 1,244 hantaran tepat.

Pada musim ini, setakat ini beliau sudah melakukan 1,580 hantaran dengan ratio ketepatan 91% ataupun 1,436 hantaran dilakukan adalah tepat. Aksi menentang Cagliari adalah rekod terbaik beliau musim ini.

Ini bermakna musim ini, dalam 20 perlawanan liga pertama beliau sudah melakukan ratio hantaran yang jauh lebib baik berbanding dengan satu musim pada 2014/15.

Ancaman gol

Beliau kini menjadi salah seorang bek tengah yang memilik keupayaan untuk menjaringkan gol sangat baik. Beliau sudah menjaringkan 4 gol musim ini. 3 musim sebelum ini beliau hanya melakukan 3 gol.

Rumusan

Napoli kini memiliki salah seorang pemain bek tengah terbaik di Eropah yang boleh bermain sistem bek bertiga dan bek berempat. Beliau juga pastinya menjadi perhatian lebih banyak kelab besar.

Jika dahulu ramai yang menganggap beliau sebagai pembaziran, hari ini penyokong Napoli tidak pernah mahukan bek tengah lain menggantikan Koulibaly kerana mereka mahukan hanya Koulibaly.

Peranan jurulatih dan keinginan pemain untuk meningkatkan keupayaan diri adalah sesuatu yang sangat penting. Sarri membantu beliau menjadi pemain yang Koulibaly ingin bermain bukannya mengarahkan pemain 100% ikut kehendak beliau.

Apa yang pasti pemain ini sudah sedia untuk bermain di mana sahaja. Jom saksikan video di bawah ini beberapa aksi pertahanan dan ‘playmaking’ daripada Kalidou Koulibaly.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN