Analisis: Kadar Penggunaan Formasi Di Liga Utama Eropah

kali ini kami bawakan satu analisis oleh Wyscout tentang formasi paling banyak digunakan di 5 liga utama Eropah. Ianya boleh dijadikan satu bayangan kepada formasi popular yang boleh anda jangkakan pada Piala Dunia nanti.

Satu data telah dikumpulkan daripada Bundesliga, La Liga, Ligue 1, Premier League dan Serie A. Pada permulaan musim ini, ada 17 formasi berbeza telah digunakan.

Bundesliga dan Serie A adalah liga yang paling banyak bereksperimen dengan formasi mereka. Masing-masing ada 15 formasi utama digunakan oleh kesemua pasukan. Ligue 1 paling kurang variasi dalam formasi dengan 9 formasi.

4-4-2

Formasi 4-4-2 masih yang paling popular digunakan dengan 22.16% diikuti oleh formasi moden 4-2-3-1 yang digunakan sebanyak 21.21%.

Formasi ke-3 paling banyak digunakan adalah 4-3-3. Ini agak mengejutkan kerana sebelum ini 4-3-3 antara formasi utama di Eropah. Pada separuh musim ini hanya 13.2% formasi ini digunakan.

Dari segi sistem perthanan, bek bertiga digunakan sebanyak 18.9%. Satu jumlah yang agak tinggi. Manakala bek berlia atau digunakan sebanyak 5.11%. Sistem bek berempat masih unggul dengan 75.99%.

EPL dan 4-4-2

Trend dalam EPL agak menarik. Mereka yang terkenal dengan 4-4-2 telah mencatatkan kemerosotan dalam sistem 4-4-2 dengan hanya 12.71%. Ianya formasi ke-3 paling popular di EPL musim ini.

Revolusi taktikal oleh pengurus seperti Guardiola, Mourinho, Pochettino, Klopp dan juga falsafah Conte dan Wenger antara yang telah memberikan impak ketara dalam trend formasi di EPL.

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Anda pasti tidak percaya apabila formasi 4-2-3-1 adalah yang paling banyak digunakan di England dengan 27.21%. Tempat kedua adalah sistem 3-4-3 ataupun 3-4-2-1 dengan 14.41%. Mengejutkan bukan?

Perbandingan sistem pertahanan pula, sistem bek bertiga telah digunakan sebanyak 33.05% di EPL. Angka yang sangat tinggi. Banyak pasukan di EPL termasuk pasukan big 6 mampu bermain sistem bek bertiga.

Pasukan seperti Chelsea masih menjadikan ia formasi utama. Arsenal seringkali menukar formasi bek bertiga atau berempat. Begitu juga dengan Spurs dan Manchester United. Sistem pressing telah menjadi faktor kepada isu ini.

Apa sahaja anda panggil ia, tekanan atau desakan, istilah universalnya ialah pressing. Ini antara sebab utama formasi 4-4-2 di England kurang digunakan.

Sistem high pressing oleh pasukan yang kuat berjaya mengurangkan sistem ‘direct football’ di England. Mereka sukar untuk membina serangan dengan menggerakan bola ke bahagian sayap kerana ditekan lebih awal.

Nak tak nak, mereka harus memikirkan cara untuk bersaing dan melabur lebih ramai pemain di tengah.

Sepanyol

Agak mengejutkan apabila di Sepanyol sebenarnya mereka lebih ‘direct’ berbanding dengan EPL musim ini. Formasi 4-4-2 adalah pilihan utama di sana dengan 32.5%.

Semakin banyak pasukan yang bermain formasi mirip bola sepak Inggeris di Sepanyol. Pasukan seperti Real Madrid, Valencia dan Atletico antara yang kerap menggunakan formasi ini.

Jadi, hujah untuk peminat menyatakan La Liga lebih fluid daripada EPL mungkin boleh dipertikaikan selepas ini.

Real Madrid

Formasi 4-3-3 yang sinonim dengan bola sepak Sepanyol telah berada di tangga ke-2 dengan hanya 20%. Formasi moden 4-2-3-1 pula hanya 19.17%.

Realiti di Itali

Satu lagi negara yang terkenal dengan 4-4-2 ataupun 4-4-1-1 ialah Itali. Mereka turut kurang menggunakan formasi ini apabila ianya hanya formasi ke-3 pilihan di sana, berkongsi tempat dengan formasi 4-3-1-2 pada kadar 13.64%. Formasi utama di Itali setakat ini ialah 4-3-3 (15.91%) dan 4-2-3-1 (14.39%).

Pasukan seperti Benevento, Crotone dan Udinese masih dilihat kerap mengamalkan route 1 football. Mereka bertahan dengan ramai pemain dan cuba menyerang balas. Ala, parkir bas la tu.

Berikut adalah data yang dikeluarkan oleh Wyscout tentang formasi dan kekerapan ia digunakan dalam 5 liga utama Eropah setakat ini.

Formasi

Formasi adalah talian nombor kepada taktikal di dalam pasukan. Kami menjangkakan trend formasi tidak akan banyak berubah pada separuh kedua musim.

Pada masa yang sama juga, ini boleh dijadikan gambaran awal oleh jurulatih yang akan ke Piala Dunia dalam menyiapkan pasukan mereka.

4-4-2 memang masih formasi dominan. Perkara yang menarik adalah peningkatan penggunaan formasi bek bertiga.

Anda gemari formasi yang mana satu? Kongsikan dengan kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN