ANALISIS: Garisan Tinggi Bermasalah ‘Humban’ Barcelona Ke Saingan Kelas Kedua Eropah

Barcelona gagal melepasi saingan peringkat kumpulan UEFA Champions League (UCL) buat dua musim berturut-turut setelah tumpas 0-3 kepada Bayern Munich di Nou Camp.

Dua jaringan di separuh masa pertama oleh Sadio Mane dan Eric Choupo-Moting, serta satu gol di penghujung separuh masa kedua daripada Benjamin Pavard melengkapkan pesta kemenangan pasukan Bavaria.

Ia sekaligus menghantar Barcelona ke saingan UEFA Europa League (UEL). Tambah perit, dua gol yang dijaringkan Bayern adalah berpunca daripada masalah yang sama, iaitu kegagalan Barcelona untuk melindungi ruang di belakang barisan pertahanan mereka dengan baik apabila mereka bermain di garisan tinggi untuk menekan pasukan lawan.

Analisis kami kali ini akan menerangkan bagaimana isu garisan tinggi Barcelona dieksploitasi oleh Bayern.

Tekanan tinggi Barcelona 

Bayern jelas mahu mendominasi permainan secara penguasaan bola (possession-based approach), dan mereka cenderung untuk membina gerakan serangan mereka daripada penjaga gol (build-up from the back).

Untuk menghalang Bayern membina gerakan serangan secara tersusun, pengurus Barcelona, Xavi Hernandez mengarahkan anak-anak buahnya untuk melakukan tekanan tinggi (high pressing) secara tandaan individu (man-markings),

Ia memastikan mereka menutup opsyen hantaran kepada pemain ‘pivot’ Bayern, iaitu Joshua Kimmich, serta menutup pilihan hantaran yang lain.

Tindakan balas Bayern Munich 

Bayern seakan-akan sengaja ‘menjemput’ tekanan tinggi daripada Barcelona dalam usaha untuk mengeksploitasi garisan tinggi pasukan lawan.

Untuk memastikan tekanan awal Barcelona dapat dilepasi dengan efektif, Bayern menggunakan kemampuan pemain ‘centre-backs’ mereka, iaitu Dayot Upamecano yang mempunyai keupayaan untuk memainkan peranan ‘ball-playing centre-backs’ bagi mencari pemain serangan yang akan turun ke bahagian bawah (dropping deeper) bagi membantu pergerakan bola (ball progressions).

Menerusi gambar di atas, Choupo-Moting (dalam bulatan) ‘drop deeper’ untuk menerima hantaran bola daripada Upamecano di belakang garisan tekanan (pressing lines) Barcelona.

Peranan ini biasanya dilaksanakan oleh Thomas Muller yang bermula dari bangku simpanan dalam perlawanan ini.

Barcelona gagal memenangi penguasaan bola, sekali gus membolehkan hantaran dilakukan kepada Gnabry (dalam bulatan).

Sadio Mane ketika ini sedang menindih (pinning) pemain pertahanan Barcelona. Hector Bellerin dalam situasi 1v1 di bahagian ‘far side’.

Mane memberikan isyarat buat rakan sepasukannya untuk melakukan lorongan hantaran ke arah ruang di belakang barisan pertahanan Barcelona, dan telah memulakan larian titik buta (blindside runs) di belakang Bellerin.

Satu lorongan hantaran yang tepat dilakukan oleh Gnabry dan Mane berada dalam situasi 1v1 bersama Bellerin.

‘Qualitative superiorities’ yang dimiliki oleh Mane ke atas Bellerin membolehkannya memenangi perlumbaan untuk menerima hantaran bola tersebut.

Ia sekaligus membantu Bayern menjaringkan gol pertama perlawanan.

Gol kedua Bayern turut berpunca daripada masalah yang sama, iaitu kegagalan Barcelona melindungi ruang yang ditinggalkan di belakang pertahanan mereka ketika bermain di garisan tinggi.

Ketika Bayern memperoleh sepakan percuma di kawasan pertahanan mereka, pemain Barcelona melakukan tekanan tinggi bagi mengagalkan sebarang usaha membina gerakan serangan mereka secara tersusun.

Bahkan pada waktu ini, Barcelona kelihatan berjaya mengimbangkan bilangan pemain di bahagian ‘ball side’ menerusi situasi 7v7.

Seperti organisasi seranagn Bayern yang dinyatakan sebelum ini, Upamecano akan memainkan peranan penting dalam melakukan hantaran kepada pemain serangan pasukan yang akan mengeksploitasi ruang di belakang garisan tekanan (pressing lines) Barcelona, iaitu Choupo-Moting (dalam bulatan).

Namun Sergio Busquest berjaya menduga arah hantaran bola tersebut dengan baik, dan berjaya menghantar bola kepada rakan sepasukan, Frenkie De Jong (dalam bulatan).

De Jong membuat hantaran susulan menerusi tandukan kepada rakan sepasukan, lalu melakukan gerakan sokongan sebagai langkah untuk menerima semula hantaran bola.

Namun pemain Bayern berjaya memenangi semula penguasaan bola, dimana Mane serta Choupo-Moting masing-masing sudah mula melakukan tindihan (pinning) ke atas pemain pertahanan lawan.

Choupo-Moting melakukan gerakan pukau untuk menarik pemain pertahanan lawan bersamanya, sekaligus mencipta ruang buat Gnabry (dalam bulatan) yang melakukan ‘blindside run’ di belakang Busquest.

Ia sekaligus mencipta situasi 3vs2 ketika transisi serangan Bayern.

Bagi membantu mereka menjaringkan gol kedua perlawanan menerusi Choupo-Moting (dalam bulatan)

Isu garisan tinggi ini turut berlarutan di separuh masa kedua perlawanan.

Pada minit ke-77 permainan, Bayern memperoleh peluang untuk melakukan serangan balas daripada situasi bola mati Barcelona yang tidak menjadi.

Ia sekaligus mencipta situasi 2v2 sebaik Serge Gnabry menerima hantaran bola, diiringi larian sokongan Mane.

Gnabry berpeluang untuk melakukan hatrik bantuan jaringan dalam perlawanan ini, namun hantarannya tidak berjaya menemui  Mane yang berada di kedudukan serangan yang baik untuk menjaringkan gol.

Prestasi tidak menentu anak buah Xavi Hernandez dalam saingan domestik serta Eropah sedikit sebanyak menggusarkan peminat pasukan Catalan ini yang seakan-akan masih merasai pemergian Lionel Messi yang dilepaskan ke pasukan Paris Saint-Germain (PSG) dua tahun lalu.

Lebih ironik, Barcelona turut gagal meloloskan diri dari saingan peringkat kumpulan 2 musim berturut-turut, sebaik Messi meninggalkan pasukan ekoran masalah kewangan yang membelenggu kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN