Analisis: Formasi Serangan Dominan ‘Big Six’ EPL Setakat Ini

Formasi adalah merujuk kepada di mana kedudukan pemain di dalam padang. Ada formasi yang digelar formasi asas. Seterusnya formasi serangan adalah kedudukan pemain ketika menyerang. Manakala formasi bertahan pula adalah sebaliknya.

Ini merupakan corak (pattern) dominan oleh setiap pasukan di EPL – Big Six – ketika menyerang setakat ini bagi musim 2018/19.

1. Arsenal 3-3-4 

Arsenal kerap memilih formasi 4-2-3-1 sebagai formasi asas. Keutamaan mereka adalah penguasaan bola dan kemudiannya cuba memecahkan pihak lawan dengan kepantasan gerakan serta hantaran.

Dan daripada asas 4-2-3-1 ini, Unai Emery gemar mengarahkan pasukannya membentuk 3-3-4 di atas padang.

4 pemain serangan berada di zon dalam ataupun narrowed area. Ianya membolehkan mereka membentuk permainan kombinasi dalam ruang di kawasan bahaya (danger zone). Pada masa yang sama mereka boleh meningkatkan kemungkinan untuk memenangi bola kedua.

2 pemain bek sisi akan dinaikkan ke zon yang sangat tinggi terutamanya Bellerin.

2. Chelsea 3-4-3 

Maurizzio Sarri menggemari formasi asas 4-3-3 dengan pivot tunggal. Mereka menolak pemain seperti Kante ke zon serangan untuk membolehkan Jorginho ‘playmaking’ di kawasan bawah.

Dalam pasukan Chelsea, mereka jelas sekali membentuk formasi serangan kepada 3-4-3 dengan memberikan kebebasan kepada pemain dengan pusat graviti rendah – Eden Hazard – di sebelah kiri sebagai ‘inside forward’.

Sistem yang mirip dengan apa yang Sarri lakukan di Napoli cuma bezanya di Chelsea Maurizzio Sarri menggunakan sistem ‘target man’ klasik.

3. Liverpool 3-4-3

Liverpool pasukan yang kerap bermula dengan formasi 4-3-3 dengan pivot tunggal pada musim ini. Penekanan mereka adalah penguasaan bola dan juga hantaran segera kepada pemain serangan. Mereka bergerak dengan kelajuan yang sangat tinggi oleh 2 pemain sayap.

Pada fasa serangan ataupun meguasai bola, mereka akan cuba membentuk 3-4-3 dengan pemain penyerang sayap mereka – Mohamed Salah – akan menjadi titik fokal kepada serangan mereka. Firmino akan turun sedikit ke bawah untuk membuka dan mencipta ruang kepada rakannya.

4. Manchester City 3-2-2-3

Pep Guardiola juga gemar memilih 4-3-3 pada musim ini dengan pivot tunggal. Penekanan utama mereka adalah penguasan bola dan penetrasi yang segera.

Pada fasa serangan mereka musim ini kerap membentuk 3-2-2-3 yang menekan lawan mereka dengan sangat tinggi di zon serangan.

Ini akan memudahkan mereka membentuk 3-3-4 ataupun kepada 3-2-5/2-3-5.

5. Manchester United 3-4-2-1

Manchester United adalah pasukan yang mengutamakan kestabilan di barisan pertahanan dan tengah. Mourinho gemarkan 4-3-3 dengan pivot kembar pada asas formasi.

Pada fasa ofensif mereka akan membentuk 3-4-2-1. Pada fasa menyerang 1 pivot akan turun dan seorang lagi menyerang.  Seorang ‘target man’ akan cuba menerima bola di dalam kotak penalti.

2 pemain penyerang sokongan mereka akan bergerak di half-space. 2 bek sisi mereka biasanya menjadi sumber hantaran lintang.

6. Tottenham Hotspur 3-3-3-1

Mouricio Pochettino gemarkan formasi asas 4-3-3. Penekanan utama mereka adalah gerakan lincah oleh pemain tengah yang akan membuka ruang kepada rakan di half-space ataupun di kawasan sayap yang tinggi.

Pada fasa serangan musim ini mereka kerap membentuk 3-3-3-1 dengan sistem sokongan yang kuat kepada Harry Kane.

3 pemain di belakang Harry Kane akan bermain dengan sangat fluid dan dinamik. Spurs memiliki kualiti pemain tengah dan pemain sayang yang sangat baik.

Ini adalah rumusan secara rajah oleh Tacticplatform. untuk kesemua 20 pasukan EPL musim ini.

Rumusan

Daripada sistem di atas ini kita mendapati kesemua pasukan memilih sistem pivot tunggal pada fasa serangan walaupun pada formasi asas mereka menggunakan pivot kembar. Pivot memainkan peranan penting untuk membentuk dinamik dalam permainan.

Seterusnya, isu kepantasan dan juga kejelasan setiap pemain ke atas formasi yang mereka sedang mainkan sangat penting. Bola sepak sukan yang memerlukan pemain cergas dan cerdas berfikir.

Kredit passmap: 11 Tegen

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN