Analisis Taktikal: ‘Zonal Marking’ Perak Berterabur, Felda United Gagal Manfaatkan Kesempatan

Felda United berjaya mengelakkan diri mereka daripada tewas di tangan pasukan Perak dalam perlawanan ke-2 Piala Malaysia kumpulan B. Kedua-dua pasukan seri 1-1.

Permulaan

Felda United turun dengan formasi 4-3-3. Manakala Perak pula turun dengan formasi 4-4-1-1/4-4-2. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terkuat yang mereka miliki.

Struktur pasukan Perak

Pasukan Perak ada masalah kritikal ketika bertahan. Mereka lemah berhadapan dengan pemain yang memiliki skil seperti Wan Zack, Hadin dan juga Augusto.

Apabila berhadapan pemain berteknikal, mereka terlalu agresif untuk melakukan bentesan, kesannya, sama ada melepaskan foul di kawasan bahaya ataupun ditewaskan dengan mudah.

Kenapa mereka bermasalah? Sebabnya adalah, pemain mereka tidak cukup berdisiplin ketika bertahan. Ada pemain terlalu mudah untuk keluar dari garisan (off the line). Contoh yang ketara adalah Thiago Augusto.

Ketika serangan pasukan Perak tidak ada struktur yang jelas di ‘width’ ataupun ‘depth’. Kebanyakan serangan mereka adalah secara terus (direct) dengan gerakan dengan bola.

Apabila tiba di luar kotak penalti, mereka kerap melakukan cubaan jarak jauh.

Gilmar dan Yashir Pinto terputus daripada organisasi pasukan. Pemain sayap mereka gagal membekalkan servis kepada penyerang.  Ini gambaran posisi mereka dalam 4-4-1-1/4-4-2.

A adalah sokongan ‘depth’ untuk Gilmar dan CD adalah sokongan di bahagian sisi. Pemain dari sektor B perlulah membantu membekalkan sokongan di ‘depth’. Leandro dan Shahrul jelas tipikal pemain yang sama iaitu pemain tengah pertahanan terhad.

Sistem serangan ini kurang efektif apabila Yashir Pinto gagal bermain dalam prestasi terbaik. Nazrin dan Nasir pun tidak efektif memberikan servis.  Ini adalah gambaran taktikal mereka ketika membentuk 4-4-1-1.

Kotak tidak efektif dan kotak B tidak memberikan ‘bantuan’.

Felda United efektif mencipta peluang

Dalam perlawanan ini, Felda United memiliki unit pemain yang lebih kreatif. Namun penyudah mereka sangat tumpul. Felda ada struktur serangan yang lebih baik dari segi sokongan di sisi dan dari ‘depth’.

Ketika transisi bertahan ke serangan sistem mereka rigid sama juga seperti pasukan Perak. Bek berempat mereka akan kekal dalam sistem.

Semalam kami kongsikan corak salida lavolpiana. Kedua-dua pasukan tiada aplikasi transisi seperti itu.

Ketika menyerang, Felda diberikan ruang yang selesa di zon 14. Cuma masalah Felda adalah pemain seperti Augusto tidak dapat menyempurnakan peluang.

 

Zonal marking pasukan Perak

Isu terbesar Perak dalam perlawanan ini. Mereka ada masalah dengan kawalan ruang dan organisasi pasukan ketika bertahan. Lihat ruang di bawah ini.

Pemain cepat panik apabila ditekan dan melakukan terjahan yang membawa kepada faul. Ini antara contoh di mana pemain gagal mengenakan kawalan ruang sebaiknya. Mereka membenarkan pemain lawan selesa.

Zah Rahan dengan mudah menerima bola dan melakukan kawalan. Pada detik ini jika Zah Rahan lebih cepat bertindak untuk membunuh ruang di belakang Thiago, Felda ada kelebihan mencipta peluang terbuka.

Sistem pertahanan Perak berterabur dengan corak pertahanan yang seperti tiada organisasi dan pemimpin di barisan belakang.

2 kali Hafizul Hakim men-‘Neur’-kan dirinya untuk menyapu (sweeping) bola yang terlepas dari garisan pertahanan akhir.

Ini adalah antara contoh ketika mereka panik dengan pembawa bola (ball carier) pasukan lawan. Lihat struktur pertahanan mereka. Dan lihat pula ruang di dalam kotak penalti itu.

Jika pemain Felda lebih cepat menukar bola itu ke ruang satu lagi, Perak dalam masalah besar.

Secara kasarnya kita boleh katakan Perak bertahan dengan mengejar bola yang bergerak dan tidak kisah tentang formasi ketika bertahan. Lihat contoh di bawah ini.

Kenapa mereka tidak dihukum? Ini kerana Felda tidak cukup bagus dalam aspek permainan berpasukan. Pemain mereka agak ‘fancy’ dan tidak memanipulasi ruang di belakang pemain Perak.

Pemain mereka lambat bertindak dan akhirnya kehilangan bola.

Gol penyamaan Felda United

Ia adalah kesilapan individu ataupun kesilapan ketika bertahan. Ya memang ada tekanan dari Zah Rahan tetapi Sharom Kalam ada ruang dan masa yang cukup untuk melakukan sesuatu.

Namun beliau panik dan gagal mengawal bola dengan baik. Adakah kita boleh menjadikan permukaan sintetik alasan? Tidak! Pemain profesional sudah bersedia dengan apa sahaja permukaan padang.

Ini adalah tekanan yang dikenakan Zah Rahan dari hadapan. Pada ketika ini, Shahrom ada pilihan melakukan ‘clearance’ terus atau hantar ke titik sokongan (B).

Namun segalanya tak menjadi kerana sentuhan pertama, kedua dan ketiga, kesemuanya adalah sentuhan lemah.

Penilaian

Perak hampir menang kerana mereka lebih tajam menyempurnakan peluang yang terhad. Felda pula gagal menang walaupun mereka pasukan lebih baik kerana mebazir peluang.

Perak beraksi dalam keadaan tidak teratur dari segi taktikal. Felda pula perlu lebih bijak dalam memanipulasi ruang. Felda perlu memperbaiki aspek permainan berpasukan.

Kedua-dua pasukan ada isu dengan kecergasan di dalam perlawanan ini. Jelas sekali intensiti di dalam perlawanan ini agak rendah.

Cuma gerakan beberapa individu yang bergerak pantas. Contohnya, Wan Zack Haikal, Thiago Augusto dan Zah Rahan.

Mungkin faktor jadual padat adalah isu. Jadi perlulah pengurusan pasukan yang baik dilakukan seperti melakukan rotasi skuad.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA

Zah Rahan Krangar (Felda United)

Zah Rahan , Leandro / foto: Asiana.my

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN