Analisis: Kebangkitan Felda United, Faktor ‘Thiagoal’ Augusto Antara Sebab Penting

Felda United antara pasukan yang berhadapan dengan krisis prestasi yang teruk pada awal musim ini. Ramai yang berpendapat pemergian Irfan Bakti terlalu sukar untuk diisi oleh mana-mana jurulatih.

Ini selepas Irfan Bakti membawa Felda United menjadi Naib Juara Liga Super musim 2016. Pada awal musim 2017, Felda United melantik ‘orang no.2’ Irfan musim lalu iaitu Azmi Mohamed sebagai jurulatih mereka.

Namun pengendali ini melepaskan jawatan beliau di Felda United atas alasan tidak yakin dapat membawa Felda United lebih jauh dalam kempen musim ini dengan adanya Piala AFC di dalam jadual mereka.

Azmi Mohamed meletakkan jawatan dan Felda United melantik B. Sathianathan sebagai pengendali mereka pada Februari lalu.

Era B. Sathianathan

Sathianathan memulakan langkah kiri apabila pasukan beliau tewas 2-1 di tangan Tampines Rovers dalam perlawanan pertama beliau menjadi ketua jurulatih.

Dalam 14 perlawanan sebelum cuti rehat panjang, B. Sathianathan hanya menang 4 kali dan kalah 4 kali. Selebihnya Felda United mencatatkan keputusan seri.

Rombakan Jun 2017

Sathianathan mengambil peluang untuk merombak pasukan beliau pada jendela perpindahan pemain Jun lalu.

3 pemain import mereka dilepaskan dan digantikan dengan pemain import baru termasuk Thiago Augusto Fernandez yang kembali menyarung jersi pasukan tersebut.

Berikut adalah senarai transaksi masuk dan keluar mereka pada jendela perpindahan Jun 2017.

Masuk:

Dino Djulbic (Dari Perth Glory FC, Australia), Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi (Dari Al-Hidd, Bahrain), K. Prabakaran (Dari Perlis FA), Safwan Hashim (Tiada Ikatan), Thiago Augusto Fernandes (Dari Manama Club, Bahrain), Curran Singh Ferns (Negeri Sembilan FA)

Keluar:

Farid Ramli (Ke Kuala Lumpur FA), Ilham Yusof (Ke UITM FC), Ridzuan Abdunloh (Ke Terengganu FA),Mootaz El Jounaidi. Lucas Cano, Gastón Cellerino (Dilepaskan)

Statistik

Bersambung saingan bola sepak domestik, Felda menunjukkan prestasi terbaik mereka musim ini. Mereka tidak ada komitmen dengan Piala AFC lagi.

5 perlawanan selepas cuti panjang tersebut, 4 daripadanya adalah menang dan 1 seri untuk semua pertandingan. Pada ketika ini, B. Sathianathan memperbaiki ratio kemenangan beliau bersama Felda.

Dalam 5 perlawanan pertama selepas cuti panjang, B. Sathianatnan mencatatkan ratio kemenangan 0.8 per perlawanan berbanding dengan 0.29 per perlawanan dalam 14 perlawanan beliau sebelum cuti pertengahan musim.

B. Sathianathan – Felda United/ Foto: Asiana.my

Felda United menjaringkan 12 gol dalam 5 perlawanan pertama separuh kedua musim ini. Pada separuh pertama musim 2017, mereka mengambil masa sehingga 14 perlawanan untuk melepasi angka 12 gol.

Felda United adalah satu-satunya pasukan yang menang dalam 5 perlawanan terakhir Liga Super buat masa ini.

Kepulangan impian Thiago Augusto

Thiago Augusto ternyata dalam aksi terbaik beliau dan mewujudkan Thiagoal Effect. Augusto menjaringkan hatrik berturut-turut dalam dua perlawanan terakhir beliau.

Dalam 5 perlawanan terakhir, Thiago Augusto hanya gagal menjaringkan gol ketika Felda United diikat tanpa jaringan oleh Kuala Lumpur dalam kempen Piala Malaysia.

Thiago Augusto / Foto: Asiana.my

Augusto masih belum gagal menjaringkan gol dalam 4 perlawanan Liga Super dalam kepulangan semula beliau ke Felda United.

vs T-team (MSL) – Hatrik

vs Sarawak (MSL) – Hatrik

vs PKNS (MSL) – 1 gol kemenangan minit ke-88, Felda menang 1-2

vs Pahang (MSL)- 1 gol kemenangan minit 88 menang, Felda United menang 1-2

Rumusan

Adakah Felda akan menamatkan saingan di tangga ke-2 sekali lagi pada musim ini? Berdasarkan prestasi semasa mereka adalah pasukan dalam prestasi terbaik.

2 perlawanan Liga Super selepas ini, Felda United akan berhadapan dengan Perak dan Selangor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN