Analisis: Falsafah Bola Sepak Patrick Viera & 4-3-3 DNA Guardiola

Generasi jurulatih baharu pada hari ini secara kasarnya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan.

Pertama ialah jurulatih muda yang berasal dari Jerman seperti Julian Nagelsmann, Manuel Baum ataupun Alexander Nouri yang memulakan karier di dalam bidang kejurulatihan sejak awal lagi.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada bekas pemain. Kumpulan jurulatih ini sering dipersalahkan kerana kekurangan pengalaman jika keputusan tidak menyebelahi pasukan.

Artikel ini akan memberikan fokus kepada bekas kapten Arsenal, Patrick Viera yang merupakan dari kumpulan kedua jurulatih baharu. Ikuti perkongsian kami.

Karier awal

Pada 14 Julai 2014, Patrick Viera mengumumkan bersara sebagai pemain profesional selepas musim yang mengecewakan bersama Manchester City.

Namun demikian, bekas pemain antarabangsa Perancis ini kekal di Etihad sebagai duta kelab berkenaan.

Kerana pengalaman yang dimiliki oleh beliau, Viera turut mengambil beberapa peranan lain di Manchester City sehingga dilantik sebagai jurulatih B-21 kelab berkenaan pada musim 2013/14.

Ia permulaan yang baik, tetapi dianggap tidak sempurna buat bekas pemain yang turut pernah berkelana di Itali itu.

Falsafah bola sepak Patrick Viera

Untuk mengkaji falsafah bola sepak Patrick Viera, kami mengkaji data perlawanan New York City F.C (NYCFC) di MLS.

NYCFC gemar menggunakan formasi 4-3-3. Adakalanya ia akan menjadi seperti 3-4-3 ketika pasukan melakukan ultra offensive.

Namun pada musim ini, adakalanya Viera akan mengubahnya kepada 4-2-3-1, untuk menyerap ancaman serangan balas pantas lawan.

Sumber: OPTA/ WhoScored by Benoit Pimpaud

4-2-3-1 turut memberi kelebihan ketika ingin membina serangan di garis rendah dengan kehadiran dua pivot.

Sebagai pemain, Viera beraksi untuk pasukan yang memiliki kombinasi kekuatan fizikal dan juga teknikal. Maka tidak hairanlah falsafah bola sepak Viera mirip ketika zaman beliau bergemar pemain.

Viera menggemari pemain yang memiliki gabungan profail sepertimana yang pernah dimiliki oleh beliau ketika bergelar pemain (kelebihan fizikal dan teknikal).

Di bawah kendalian Viera, NYCFC memberikan fokus untuk membina serangan daripada garis rendah. Ini akan mengundang pasukan lawan untuk memberikan tekanan.

Secara tidak langsung, ia akan membuka ruang di bahagian pertahanan lawan, dan NYCFC akan melakukan hantaran penetratif di celah-celah bahagian tengah lawan.

Selepas itu, NYCFC akan bermain dengan pantas, dengan hantaran yang lebih direct, sama ada bola akan menemui pemain sayap menyerang, atau hantaran akan difokuskan untuk menewaskan pertahanan akhir lawan untuk membenarkan penyerang melakukan penyudah.

Ianya taktikal yang mudah. Namun memerlukan visi, kebijaksanaan pemain dan efektif dalam memusnahkan lawan dengan pemain tidak rigid untuk memastikan fludity serangan.

High pressing

Viera juga melaksanakan high pressing game dalam permainan NYCFC.

Ideanya mudah. Skuad kendalian Viera akan mewujudkan satu tekanan kepada pemain lawan yang memiliki penguasaan bola.

Perkara yang sama turut diberikan kepada pemain lawan yang berpotensi menerima hantaran bola.

Ingatkah anda akan peraturan 6 saat oleh Pep Guardiola di Manchester City? Pemain diwajibkan memberikan tekanan kepada lawan setiap kali pasukan kehilangan bola di dalam tempoh tersebut.

Perkara sama turut diterapkan di NYCFC. Mengambil kira kepentingan kelab Inggeris itu di NYCFC yang dimiliki oleh kumpulan Etihad, maka tidak hairanlah skuad kendalian Viera turut memiliki DNA yang sama dengan juara EPL tersebut.

Tujuannya ialah untuk mendapatkan penguasaan bola secepat mungkin di garisan pertahanan lawan, sebelum melakukan seranga balas pantas untuk menghukum.

Profail pemain

Di dalam sistem dan falsafah bola sepak yang diterapkan oleh Viera, antara komponen penting ialah peranan dua pivot di bahagian tengah.

Dua pemain ini diibaratkan nadi; untuk memulakan serangan ataupun ketika memberikan perlindungan kepada bahagian pertahanan di fasa bertahan.

Musim lalu NYCFC memiliki Andrea Pirlo, dan digandingkan dengan Maxi Morales yang beraksi sedikit di hadapan.

Setelah persaraan Pirlo, Viera menyandarkan peranan tersebut kepada produk akademi Manchester City, Yangel Herrera.

Di bahagian sayap, NYCFC memiliki pemian antarabangsa Norway, Jo Inge Berget dan juga Jesús Manuel Medina yang merupakan pemain sayap menyerang.

Manakala penyerang Sepanyol berusia 36 tahun, David Villa menjadi taruhan di bahagian serangan.

Kelemahan NYCFC

Kami memilih untuk menggariskan kelemahan yang dimiliki oleh NYCFC sebagai sebuah pasukan berbanding dengan taktikal yang diterapkan oleh Viera.

Antara kelemahan yang ketara ialah di bahagian pertahanan. Ini disebabkan oleh aspek kualiti individu pemmain di dalam pasukan. Mereka juga sering melakukan kesilapan mudah sebagai sebuah unit.

(Photo by Tim Clayton/Corbis via Getty Images)

Dalam beberapa situasi, barisan pertahanan cenderung untuk membina perangkap offsaid walaupun ketika tanpa tekanan oleh lawan.

Begitu juga dengan beberapa aspek teknikal seperti spacing dan juga positioning ketika pemain menyerap asakan daripada pemain lawan.

Aspek pertahanan adalah cabaran yang perlu diperbaiki oleh Viera.

Rumusan

Beberapa hari lalu Viera mengesahkan bahawa Arsenal pernah menghubungi beliau untuk mengambil alih jawatan Arsene Wenger. Bagaimanapun, tawaran tersebut dianggap tidak serius oleh Viera sendiri.

Selain daripada Viera, seorang lagi bekas pemain, Mikel Arteta turut menjadi sebutan di Emirates.

Persamaan kedua-dua jurulatih ini ialah mereka memiliki doktrin bola sepak yang diterapkan oleh Pep Guardiola di Manchester City.

Jika pengalaman yang menjadi perkiraan, siapakah calon yang lebih sesuai?

 

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN