Ketika Liverpool berhadapan dengan Real Madrid dalam perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) 2017/18 mereka ada menunjukkan bahawa pasukan mereka masih ada kebergantungan kepada pemain seperti Mohamed Salah. Sebaik sahaja Salah terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan, Liverpool kelihatan hilang punca dan aura.
Ini ditambah dengan kesilapan penjaga gol yang membuatkan mereka terus longlai dalam percubaan pertama Liverpool di bawah Klopp untuk membidik UCL.
Namun dalam kempen yang sama pada musim ini, Liverpool lebih baik sebagai sebuah pasukan yang hanya bergantung kepada Mo Salah. Jangan salah anggap, Salah tetap memainkan peranan beliau dengan aura tersendiri. Ingat ketika beliau memakai baju-t ‘Never Give Up’ ketika aksi separuh akhir kedua menentang Barcelona di Anfield?
Pemain istimewa ini tetap ada aura tersendiri walaupun hanya berada di kerusi penyokong.
Apa perasaan penyokong Liverpool ketika itu? Ianya mesej yang sangat kuat kepada Barcelona.
Tanpa Mohamed Salah di atas padang Liverpool masih mampu untuk menjaringkan 4 gol ke atas pasukan Barcelona yang ada Lionel Messi dan deretan pemain bintang yang lain. Barcelona memiliki kelebihan 3 gol daripada perlawanan pertama.
Liverpool berhak untuk menjuarai UCL musim ini selepas kerja keras mereka dalam 2-3 musim terakhir ini. Mereka memperbaiki aspek pertahanan dengan membeli Virgil Van Dijk diikuti oleh Alisson.
Alisson Becker vs. Tottenham
8 Saves
3 Parried
3 Caught
1 Punch
1/1 Aerial duel wonThe best player on the pitch tonight; fitting after last year's goalkeeping heartbreak for LFC. Two key saves prior to Liverpool's second goal, 3 in the last 5 minutes. Infalível. pic.twitter.com/8i1k6J95s5
— The Tactical Times (@Tactical_Times) June 1, 2019
Tidak cukup dengan itu, mereka membangunkan bakat muda seperti Trent Alexander Arnold dan Andy Robertson sebaik mungkin.
Liverpool mengutip 97 mata di dalam liga, satu pencapaian yang hanya dibezakan dengan saru garis kecil berbanding Man. City dalam perebutan kejuaraan.
Kenapa orang kritik Liverpool hambar?
Dalam aksi menentang Spurs di final – selepas mendapat gol pertama – Liverpool menurunkan intensiti mereka dan tidak menolak 2 bek sisi mereka ke posisi ‘advance’ seperti kebiasaan.
Gol pendahuluan di awal perlawanan membuatkan Liverpool tidak berminat untuk terlalu bertarung permainan ‘high pressing’ dengan Spurs.
Kesilapan Spurs pula adalah cuba melepasi pertahanan akhir Liverpool dengan bola tinggi yang terlalu mudah untuk dimenangi oleh pertahanan Liverpool – dengan target man mereka iaitu Harry Kane tidak cergas 100%.
Liverpool sangat stabil dan berjaya memastikan struktur pertahanan mereka sukar untuk dibocori Spurs. Namun kualiti seperti Spurs tetap menghadirkan ancaman dengan percubaan jarak jauh, bola mati serta percubaan bola kedua.
Alisson adalah halangan terakhir yang gagal dilepasi Spurs. Satu lagi bukti perlaburan Klopp setakat ini berimpak tinggi.
Liverpool cuba untuk menggunakan taktik serangan balas ke atas Spurs. Namun nampak sekali mereka tidak berada dalam prestasi terbaik. Banyak siri serangan balas mereka tidak setajam seperti sebelum ini.
Ianya kerana struktur pasukan mereka yang tidak menolak Arnold dan Robertson lebih aktif ke hadapan ataupun berada lebih banyak di kawasan lawan.
Bagaimanapun, secara tidak langsung ini membuktikan pasukan Jurgen Klopp kali ini sangat baik dalam aspek bertahan.
Seterusnya adalah Sadio Mane dan Mohamed Salah pula tidak menunggu di bahagian atas untuk serangan balas. Keutamaan mereka berdua adalah untuk mengawasi ancaman daripada bek sisi – Keiran Trippier dan Danny Rose – Spurs. Klopp tahu itu adalah kekuatan utama Spurs.
Roberto Firmino juga seperti Harry Kane, tidak berada pada tahap kecergasan terbaik. Bezanya, Klopp mengeluarkan Firmino lebih awal.
Jika seluruh dunia menyatakan aksi Liverpool adalah hambar malam tadi. Ia menghantar isyarat yang betul kepada Liverpool yang Klopp telah bina.
Agak pelik para penyokong Liverpool terlebih sensitif dengan pandangan dari Jose Mourinho yang menyatakan ini merupakan final yang hambar. Hakikatnya ia memang tidak cukup ‘Liverpool’.
[Media] 'The game was not good' – Mourinho claims pragmatic approach won Champions League for Liverpool https://t.co/KvZwrjmNcy pic.twitter.com/Fle4pePc5P
— LFCMAGAZINE (@LFCMAGAZINE) June 2, 2019
Ia jadi hambar kerana, sebelum perlawanan semua orang sudah menjangkakan aksi high tempo press football dan cubaan oleh Liverpool untuk menguasai perlawanan.
Kenapa? Kerana itulah Liverpool di bawah Jurgen Klopp yang kita kenal. Dan tak lupa lawan Liverpool iaitu Tottenham Hotspur juga menggunakan taktikal yang hampir sama.
Namun mereka juga jadi ‘disorganized’ kerana sistem pertahanan Liverpool yang stabil.
Jika pasukan lain bermain seperti Liverpool semalam – dengan kurang penguasaan bola dan peratusan hantaran yang rendah – mungkin ramai akan berkata mereka sangat berjaya.
Namun bukan untuk Liverpool. Peminat dan pundit kehilangan spark yang diharapkan.
Harus diingat tidak ramai yang bercakap tentang pasukan Jose Mourinho (Inter Milan) pada 2010 ketika menjuarai UCL – yang menguasai perlawanan hanya dengan penguasaan bola jauh lebih rendah iaitu 30%. Mengapa?
Ini disebabkan jangkaan ramai bahawa corak permainan sedemikian sememangnya adalah gaya permainan Jose Mourinho.
35.4% – Liverpool (35.4%) have become the first side to win the Champions League final despite having less possession than the opposition since Jose Mourinho’s Inter Milan beat Bayern Munich in 2010, also in Madrid. Masterplan. #UCLfinal pic.twitter.com/cuydtDvbbQ
— OptaJoe (@OptaJoe) June 1, 2019
Dan tidak lupa, orang tidak akan mengkritik soal penguasaan bola ketika Manchester United memenangi UEL pada 2017 dengan penguasaan bola hanya 33% – berhadapan dengan barisan muda Ajax ketika itu.
Ini kerana – sekali lagi saya tegaskan – jangkaan setiap orang akan berbeza ke atas pengurus dan pasukan yang berbeza.
Dalam erti kata lain setiap pengurus akan dikenakan peraturan yang berbeza oleh pengulas dan pemerhati. Ianya juga berlaku kepada Pep Guardiola. Umum juga akan cepat untuk menilai angka penguasaan bola apabila ianya perlawanan melibatkan Man. City.
🤨 Last night was the first time Guardiola's #MCFC have had less than 50% possession in a home #PremierLeague match
😁 Apparently he can only play one way.. pic.twitter.com/MlNWZk4VEt
— Unibet (@unibet) January 4, 2019
Begitu juga dengan Barcelona. Orang akan menilai aspek penguasaan bola untuk pasukan yang memiliki DNA berasaskan ‘possesion football’ yang semua orang sudah kenali.
2 – Barcelona have had less possession than their opponents in two of their last 111 #UCL games, both vs Guardiola's Bayern. Philosophy. pic.twitter.com/ywm8SbLHYM
— OptaJose (@OptaJose) October 19, 2016
Man. City sendiri pernah dikritik Burnley kerana pendekatan pasif dengan melengahkan perlawanan untuk mempertahankan 1 gol. Jika pasukan Burnley melakukannya dan menang 1-0 ke atas City, peraturan berbeza akan diamalkan oleh pundit dan peminat.
Anda rasa pundit akan menerima jika Guardiola merungut jika ianya disebabkan Burnley melengahkan perlawanan?
Semua tanggapan – aksi hambar- ini adalah kerana semua yang mengikuti perlawanan akhir ini sudah mengenali Liverpool dengan corak permainan gegepressing yang diterapkan oleh Klopp. Sekali sahaja mereka tidak mencorakkan taktikal seperti kebiasaan atau diharapkan, maka ianya sangat akan menjadi sangat jelas kepada umum.
Berhadapan dengan pasukan seperti Spurs, bukannya satu lawan yang mudah. Mereka juga memiliki falsafah yang sama.
Liverpool membuktikan musim ini mereka boleh menjadi pasukan yang mampu bertahan dengan baik selepas mendahului. Berbanding dengan musim-musim sebelum ini mereka memerlukan 3 atau 4 gol untuk berada di dalam kedudukan yang boleh dianggap melegakan.
Rumusan
Penulis berpendapat Liverpool berada di landasan yang sangat baik ketika ini. Jurgen Klopp berjaya membentuk pasukan yang memiliki DNA taktikal yang jelas. Kredit kepada kesabaran pemilik kelab dan juga para penyokong Liverpool ke atas Jürgen Klopp.
Klopp lebih daripada berhak untuk memenangi UCL ini pada musim ini selepas gagal untuk membawa Liga Perdana Inggeris ke Anfield.
Liverpool berhak mendapat sesuatu daripada kempen cemerlang mereka sebagai sebuah pasukan musim ini. Mereka juga memiliki barisan pemain simpanan yang mampu menjadi ‘gamechanger’.
Jangan lupa ketika Liverpool seri 0-0 menentang Bayern Munich pada perlawanan pertama, Gary Neville mencadangkan agar Liverpool melupakan UCL dan fokus sahaja kepada EPL.
Gary Neville after Liverpool's 0-0 draw with Bayern Munich in the last 16 at Anfield:
🗣️ ''Liverpool should forget about the Champions League''
🤔😅#LFC pic.twitter.com/8gS56P37M0
— William Hill (@WilliamHill) June 2, 2019
Namun Klopp dan Liverpool tetap terus mengejar 2 trofi tersebut dengan menurunkan kesebelasan terbaik dalam setiap perlawanan. Jadi EPL terlepas digantikan dengan royalti lebih besar dengan kejuaraan Eropah ke-6.
Apabila bola sepak hari ini lebih daripada sekadar gol, ianya akan menjadi lebih kompleks. Semua ingin tahu cara pasukan itu menang dan mendapat gol. Untuk sebuah pasukan yang memiliki DNA bola sepak yang signifikan, mereka akan diletakkan satu penanda aras tertentu.
Namun akhirnya yang menang tetap menang. Penguasaan bola bukannya gol. Tanpa ramai sedari, aksi hambar itu sebenarnya adalah pelengkap yang menyempurnakan Liverpool sebagai sebuah unit.
Tahniah Liverpool.
YNWA.